SAS - nama singkatan untuk Saiful bin A Samad
SAS - Saiful Advisory Services
Selepas menamatkan tugas sebagai "banker" sejak tahun 2004, saya buat kerja-kerja menulis kertas kerja bagi kawan-kawan yang hendak memohon pinjaman dari pihak bank. Mula-mula tu buat secara suka-suka aje, selepas itu dari 10 kertas kerja yang di buat 7 kertas kerja mendapat perhatian dari pihak bank : dengan kata lain ia diterima pakai.
Saya gunakan format yang sama semasa saya bekerja di Bank, dalam masa yang sama ada juga kawan-kawan yang masih lagi bekerja di bank yang membantu saya dan mereka juga memerlukan saya bagi memudahkan kerja-kerja mereka.
Setelah mendapat sambutan kerja-kerja sambilan ini yang pada mula nya di hantar ke Bank Simpanan Nasional, kemudian ke Maybank, RHB dan beberapa lagi bank, mendapat rujukan dari sahabat-sahabat dan mereka secara tak langsung memasarkan produk saya ini untuk sama-sama mencari sedikit wang poket
Tahun 2005 saya berkongsi dengan sorang sahabat buka syarikat di Jalan Ampang, selama 3 tahun bertungkus lumus, hampir 250 pelanggan dalam tempuh 3 tahun, dan kebanyakannya saya hantar ke SME bank,
Langit tak selalu cerah, pelanggan sering kali mengharap terlalu tinggi dari kami, walhal kerja-kerja kami adalah menyediakan kertas kerja sahaja, bukannya penentu kelulusan, mereka menyalahkan kami kalau sering kali mendapat komen dari pihak bank, walhal adakalanya perubahan-perubahan dalam dasar bank saya sering tidak dapat maklumat
Ada pelanggan yang memberi impak yang berbeza, biasalah bila pinjaman berjaya, pelanggan tidak sedikit pun memuji, tapi kalau gagal kutukan tak boleh tahan dengar walhal kdg kalau tak juga salah saya.
Rakan kongsi menyalahkan saya
Ada juga kawan-kawan yang nasihat kan saya, buatlah syarikat sendiri jangan: akhirnya saya menubuhkan SAS ADVISORY SERVICES dan alhamdulilah, saya tidak lagi tertekan denga n masalah rakan kongsi dan rasa bebas untuk bekerja
Walaupun pendapatan nya tidak seperti dulu tetapi sekurang-kurang tiada tekanan kerja : dengan pejabat kecil yang saya sewa di Bangi : sekarang saya bebas,
Pelanggan-pelanggan yang telah berjaya dengan Advisory saya datang membawa pelanggan baru untuk mendapat khidmat saya.
Apa yang SAS ADVISORY SERVICES buat :
1) Menyediakan Kertas Kredit untuk Bank
2) Lawatan tapak bagi menyempurnakan kertas kerja bersama gambar
3) Aliran Tunai semasa dan Aliran Tunai akan datang
4) Cadangan dan Perancangan Perniagaan
5) Khidmat Nasihat Akaun
6) Laporan Untung Rugi Tahunan Syarikat
7) Senarai Aging
8) Kerja-kerja lain berkaitan dengan :
ii) Penilaian Pemasaran (Market Outlook)
iii) Konsep Pemasaran (Marketing Concept)
Semua kerja-kerja ini dapat menilai prestasi syarikat kan secara tak langsung menyebabkan kelulusan dari pihak bank lebih mudah
Saya beranggapan kerja-kerja saya adalah kerja-kerja profesional, tetapi masih ramai antara peniaga kami beranggapan kami ini "broker" :
Tapi kami terima aje lah apa nak buat: daya pemikiran mereka amat rendah
Kerja-kerja ilmu kita sering kali hanya di nilai seperti "harga teh tarik"
mereka sering tertipu dengan broker, tetapi bila mereka di rujukan kepada saya untuk buat kertas kerja yang mereka langsung tak tahu buat; nilai nya hanya seperti nilai fotostat:
Selepas itu sering berjanji : KALAU LULUS NANTI KAMI BERI LAH
dan dari 10 percaya lah : sejak dari tahun 2005, ramai yang lulus: tapi tidak seorang pun telefon untuk menunai kan apa yang dikata :
Sebab itu lah saya tidak akan meminta apa-apa pun selepas lulus;
No comments:
Post a Comment