relax song

Wednesday, October 14, 2009

DMA - DAUD MD AKIL



DMA- (Daud Md Akil) sebuah Perniagaan Perkongsian yang mula menjalankan kerja-kerja kontraktor Telekom Malaysia sejak tahun 1990an sehingga hari ini. Kerja-kerja yang pernah diterima mencecah RM700,000.00 bagi satu-satu kontrak. Sehingga hari ini DMA tidak pernah mendapat tawaran mana-mana Institusi kewangan bagi membiayai Kontrak-kontrak yang diterimanya terutama dari Telekom Malaysia. Kontrak terbaru yang diperolehi adalah KERJA-KERJA NETWORK BERSKALA BAGAI PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN RANGKAIAN (NO) dari 16 Okt 2009 hingga 16 Okt 2011. Dengan pengalaman kerja di Telekom Malaysia beberapa tahun dahulu, ia memebri kelebihan kepada DMA mendapatkan kontrak-kontrak yang baik dan kerja-kerja yang dilakukan tidak pernah gagal. DMA memerlukan Pembiayaan bagi membantu syarikat Bumiputera ini terus maju dalam kerja-kerja selenggara yang berkaitan dengan telekomunikasi.







PEMBEKALAN DAN PERKHIDMATAN SEJAGAT




PEMBEKALAN DAN PERKHIDMATAN SEJAGAT adalah sebuah perniagaan tunggal yang dimiliki oleh EN MUSTAFA IDRUS, seorang bekas pegawai bank yang terlebat dalam perniagaan membekalkan papan tanda dan kerja-kerja selenggara papan tanda di Lembah Kelang. Syarikat ini juga terlibat dengan kerja-kerja Kontraktor bangunan dan kerja-kerja yang berkaintan. Mempunyai Premis Kecil di Rawang untuk menyiapkan papan tanda teruatama Tanda Jalan. Kontraknya kebanyakkannya datang dari DBKL dan PBT-PBT Negeri Selangor. Beliau juga antara Kontraktor yang memperkenalkan Tulisan Jawi di papan Tanda Nama Jalan dan di terima pakai oleh DBKL. Beliau memerlukan Pembiayaan bagi memperkembangkan lagi perniagaan ini dengan menyediakan beberapa lagi peralatan dan mesin-mesin.