relax song

Thursday, May 28, 2009

FARIESYA COLLECTION (Kajang)



FAZRIESYA COLLECTION adalah sebuah perniagaan yang diusahakan oleh Puan Rozita di kajang Selangor dalam perniagaan mengambil tempahan baju siap dan penjualan produk kesihatan dan kecantikan. SAS mengucapkah Tahniah kepada beliau kerana telah berjaya mendapat Pembiayaan dari SKIM TABUNG EKONOMI BELIA. Atas kelulusan tersebut beliau telah membuka sebuah premis baru di Bangi Bagi membolehkan pelanggan datang dan memilih produk jahitan dan juga produk Kecantikan yang dijual oleh beliau. Semuga Puan Rozita akan Maju jaya







Tuesday, May 26, 2009

PERMATANG AGRO FARM (KUANTAN)


PERMATANG AGRO FARM diasakan oleh En Sufian Aziz, berasal dari Kuantan Pahang, Beliau berminta dalam Kerjaya Penternakan Kambing secara Komersial. Memiliki tanah keluarga di Kampung Baru Chendering, Kuantan seluas 1 1/2 ekar untuk dijadikan tapak Ladang Ternakan Kambing, Daging dan Tenusu, dari pelbagai spesis Kambing yang didapati disini. Memandangkan permintaan terhadap Daging Kambing semakin tinggi, justeru itu beliau memohon Pembiayaan TEKUN bagi mendapatkan Modal Kerja Tetap dan Modal Pusingan juga sokongan dari Kerajaan bagi memajukan Projek Ternakan ini yang diklasfikasikan dalam Industri Desa.








Monday, May 25, 2009

ISLAND HEALTH & BEAUTY (Kota Damansara)



ISLAND HEALTH & BEAUTY dimiliki oleh EN HAFIZI HASHIM seorang graduan Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia, yang telah memilih kerjaya dalam bidang keusahawanan dan membawa produk House Of Healin. Beliau berkeyakinan produk ini boleh maju kerana sekongan dari pembekal dan sokongan dari Iklan Media yang kuat. Dalam masa yang sama beliau juga menjalankan beberapa perniagaan pembekalan yang lain disamping menguruskan Pusat Urutan Tradisional dan juga Stokis House Of Healin di Jalan Teknologi Seksyen 3, Kota Damansara. Memohon pembiayaan TEKUN bagi menambah modal kerja dan memajukan lagi kerjaya dalam perniagaan ini.







Sunday, May 24, 2009

PERNIAGAAN AZMAN KASTUMI (KL)


PERNIAGAAN MOHD AZMAN KASTUMI, menjalan perniagaan Makanan dan Minuman dan tertumpu kepada menjual Nasi Lemak dan berlauk di Pusat Penjaja Jalan Tunku Abd Rahman Kuala Lumpur. Kawasan perniagaan tersebut adalah satu kawasan yang pesat dan ramai pengunjung. Beliau telah berniaga di situ sejak dari awal 1990an sehingga hari ini, dan sekarang telah membuka minda untuk membuat Permohonan Pembiayaan TEKUN bagi meluaskan perniagaan beliau dalam bentuk Katering. Untuk sesiapa yanghendak rasa keenakan Nasi Lemak berlauk di Chowkit, datanglah ke Pusat Penjaja Jalan Tunku Abd Rahman berdekatan Chowkit







YUZLIN ENTERPRISE (PUTRAJAYA)



YUZLIN ENTERPRISE adalah perniagaan Pemilikan Tunggal yang dimiliki oleh Puan Azlina Manap, mulanya menjalankan perniagaan Kantin Kilang di Malaysian Packaging Berhad dengan Taman Industri Kuchai. Dengan pengalaman yang telah ada, beliau ingin memperbesarkan perniagaan tersebut dengan cadangan membuka sebuah Restoran di Presint 14 Putrajaya, menjual makanan dan minuman terus dan juga membuat Katering. Memerlukan perbelanjaan hampir RM100,000.00 dalam usaha menjayakan pembukaan restoran ini. Beliau memohon Pembiayaan dari SME Bank.







Friday, May 22, 2009

TERATAI RENDANG ENTERPRISE



TERATAI RENDANG ENTERPRISE sebuah syarikat bumiputera yang sekarang mempunyai misi bagi mempromosikan usahawan-usahawan bumiputera, dan mengiklankan aktiviti-aktiviti keusahawanan mereka melalui Majalah POTENSI yang diedarkan oleh syarikat ini dan diterbitkan dengan kerjasama penerbit tempatan. Majalah ini telah mempunyai ratusan mengikut (followers) sejak diterbitkan dari tahun 2006 sehingga sekarang dan banyak memperkenalkan usahawan bumiputera bersama-sama produknya. Bagi memajukan lagi usaha penerbitan ini Teratai Rendang Enterprise ingi menerbitkan sendiri Majalah ini dengan pengedaran yang lebih meluas keseluruh Malaysia, dan memerlukan pembiayaan dari segi peralatan penerbitan dan menerbitkan Majalah tersebut dalam skala yang lebih besar.







Monday, May 18, 2009

DAHLIA AUTO SERVICES (Bandar Baru Salak Tinggi)


DAHLIA AUTO SERVICES adalah sebuah bengkel membaiki kereta yang baru dibuka di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi. Bengkel ini diusahakan oleh TENGKU MAHHUSIN BIN TENGKU IBRAHIM yang telah mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang bengkel kereta. Pernah bekerja dengan beberapa bengkel kereta di beberapa tempat di sekitar Negeri Sembilan dan Selangor. Walaupun bengkelnya kecil tetapi belia bertekad untuk meningkatkan lagi perniagaan ini yang dianggap mempunyai potensi maju memandangkan peningkatan jumlah kereta setiap bulan dan perkembangan Bandar Baru Salak Tinggi yang dianggap bandar satelit kerana berdekatan dengan kemajuan, KLIA, Bandar Baru Nilai, Dengkil dan kawasan-kawasan sekitar. Beliau memohon pembiayaan TEKUN sebagai satu cara yang sesuai untuk menambah modal niaga.








Sunday, May 17, 2009

EJM MOTOR (Bandar Baru Salak Tinggi)


EJM MOTOR, adsalah sebuah bengkel membaiki Motor yang diusahakan oleh seorang Belia EN RUHAIZAN MOKTI, penduduk tempatan, lokasinya di Taman Dahlia, bandar Baru salak Tinggi. Melihat kepada pembangunan yang semakin pesat di Bandar baru Salak Tinggi beliau memberanikan diri mengambil risiko membuka sebuah bengkel sejak tahun 2008 sehingga hari ini. Dari jualan 200-300 ringgit sehari, sehingga sekarang pemilik motor semakin ramai datang ke EJM MOTOR untuk membaiki dan servis motor. En Ruhaizan berkeyakinan dengan pembiayaan sekurang-kurang nya 30,000 hingga 50,000 yang boleh disalurkan dari TEKUN, beliau dapat memajukan Bengkel ini dan memberi peluang kerja kepada ramai lagi belia di sekitar Sepang dan bandar Baru Salak Tinggi.








ROSERA ENTERPRISE (KUALA LUMPUR)


ROSERA ENTERPRISE di usahakan oleh seorang Ibu Tunggal Puan Shaerah Omar yang menjalankan perniagaan ubatan tradisional yang diproses sendiri di samping menjual produk-produk lain. Dalam masa yang saya beliau menjalankan perkhidmtan mengurut wanita bagi wanita-wanita dalam pantang dan menyediakan ubat-ubat herba yang sesuai dengan pelanggan. Selama hampir 15 tahun berniaga beliau masih menjalankan operasi perniagaannya dari rumah. Beliau bercita-cita membuka sebuat premis sebagai satu usaha menarik lagi ramai pelanggan dan bersaing peniaga-peniaga lain dengan jalan yang sihat. Beliau memohon pembiayaan dari TEKUN bagi mendapatkan dana.








Friday, May 15, 2009

AG TWO THOUSAND BEAUTY SALOON (SUBANG JAYA)


AG TWO THOUSAND BEAUTY SALOON yang terletak di tingkat 3 Summit Subang Jaya adalah satu-satu Outlet HOUSE OF HEALIN yang terdapat di Subang Jaya. Di usahakan oleh pengusaha wanita yang berpengalaman Puan Saripah Mohd Nooh. Beliau telah membuka Cawangan tersebut sejak tahun 2005 sehingga hari ini. Sebagai Ibu Tunggal yang berusaha gigih, beliau memerlukan pembiayaan Mikro bagi meningkatkan lagi perniagaan tersebut. Dalam masa yang sama beliau ingin mempelnagaikan lagi produk jualan di Premis perniagaan nya di Summit Subang Jaya. Sesiapa yang duduk di Subang jaya dapat kan Produk House of Healin di Summit Subang jaya di alamat Lot 3.16 Summit Subang Jaya.








Tuesday, May 12, 2009

CONTITEC SDN BHD




CONTITEC SDN BHD adalah satu-satunya bengkel membaiki kereta Jenama MERCEDES yang dimiliki oleh usahawan Bumiputera. Mula terkenal sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Di terujui oleh En Zahidi Zain yang berpengalaman bebebrapa tahun di dalam dan di luar negara dalam teknologi Mercedes. Sehingga 2008, pusingan perniagaannya mencecah RM2,494,331.00 dan ingin menambah lagi sehingga RM3,000,000.00. Bengkel yang terletak di Kawasan Perindustrian IKS Batu Caves telah mula dikunjungi oleh pelangan individu dan koporat. Memohon pembiayaan dari Skim IKS bagi meningkatkan lagi perniagaan beliau











Friday, May 8, 2009

EASTERN REACH SDN BHD (SEREMBAN)


EASTERN REACH SYSTEM SDN BHD sebuah syarikat bumiputera yang pada mulanya bergiat dalam pemasaran Hartanah dari tahun 2002 sehingga tahun 2008, kemudia mengembangkan bidang ke Sektor Perladangan dan Penternakan. Mempunyai tanah 20 ekar di Jelebu Ulu Klawang, ingin membangunkan sektor ini dengan modal RM500,000.00 dengan konsep Ladang Tanaman Jangka Pendek dan Lembu Fidlot. ERSSB bercita-cita memperolehi jangkaan RM3,000,000 setahun bagi pembangunan projek ini. Memajukan permohonan ke Agrobank bagi pembiayaan ini.








Wednesday, May 6, 2009

WHY HOLIDAY & TOUR SDN BHD (SEREMBAN)


WHY HOLIDAY & TOURS SDN BHD adalah sebuah syarikat Agensi Pelancungan milik bumiputera sepenuhnya beroperasi di Seremban. Dalam tempuh 2006 hingga 2008, WHTSB telah berjaya mendapatkan peluang kerja dengan mengendalikan banyak event percutian bagi sektor Awan dan Sektor Swasta. Dengan permintaan yang mendadak ini, WHTSB bercadang membeli Bas Persiaran sendiri bagi memenuhi permintaan yang semakin banyak. WHTSB memohon pembiayaan dari SME Bank kerana bank ini menyediakan peruntukan dalam sektor pelancungan.