relax song

Friday, February 27, 2009

MHH DESIGN & PUBLICATION (BANGI)


MHH DESIGN adalah sebuah perniagaan tunggal yang di miliki oleh Mohd Hafeez Hasmat seorang Graduan lepasan Senireka Industeri UTM, Skudai. Mendapat projek mengendalikan Makmal Komputer di Kolej Kejuruteraan Mekanikal Universiti Tenaga Nasional, Bangi. Beliau mengemukakan idea ini kepada pihak pengurusan UNITEN dan mendapat sambutan baik. Konsep seperti CYBER CAFE ini diterima pakai sebagai satu usaha MHH DESIGN memberi perkhidmatan ICT di peringkat "perisian Yang Terkini" yang tidak mampu disediakan oleh pusat-pusat Cyber Cafe di luar kampus. Ini adalah konsep pertama dan memberi ruang lebih meyakinkan demi pembelajaran di ITPS tempatan








Thursday, February 19, 2009

MERU LOGAM KRAF ENTERPRISE (PERAK)



MLKE sebuah syarikat perkongsian milik penuh Bumiptera dari jelapang Perak. MLKE telah lama menjalankan kerja-kerja logam seperti merekabentuk Pagar Rumah, Ubahsuai rumah dan kerja-kerja logam lain. Bercita2 membeli MESIN membuat"roof metal" dan sekiranya berjaya akan menjadi peniaga Bumiptera pertama memiliki Mesin Roof Metal. Memandangkan perusahan produk ini mempunyai ramai pelanggan, MLKE tidak melepaskan peluang ini. Permohonan untuk menjadi pembekal sentiasa meningkat. Dengan Mesin ROOF METAL ini akan mempercepatkan kerja dan lebih kemas. Tahniah kepada MLKE atas usaha dan kejayaan menerajui perniagaan ini










Sunday, February 15, 2009

MALTIARA SYSTEM SDN BHD (KL)




MALTIARA SYSTEM SDN BHD adalah sebuah syarikat bertaraf 100% Bumiputera telah memulakan kegiatan niaganya dari tahun 2002 sehingga hari ini. Syarikat ini bergiat dalam PEMBEKALAN PRODUK ICT ke sektor Awam (Kerajaan) dan kepada beberapa badan berkanun. Modal yang dikeluarkan adalah sebanyak RM100,000 dan sehingga 2008 MALTIARA telah berurusniaga hampir RM400,000.00. Dengan potensi yang ada syarikat iniu memohon pembiayaan dari SME bank bagi mendapatkan PEMBIAYAAN KONTRAK yang dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan.











Saturday, February 7, 2009

SAIFULZHAIRUL AZIZ SDN BHD



SHAIFULZHAIRUL AZIZ SDN BHD adalah syarikat bumiputera 100% sepenuhnya dengan kerja-kerja kejuruteraan bengkel kenderaan. SASB telah mendapat banyak kerja-kerja bengkel membina badan kenderaan dan kerja-kerja pembaikan dari MARA, UNIVERSITI, dan BADAN-BADAN KERAJAAN yang lain. Beliau bercita-cita membesarkan lagi bengkel dengan berusaha mendapatkan pembiayaan dari pihak Institusi Kewangan. Sehingga tahun 2008 jumlah kerja yang diperolehi lebihi RM700,000.00. SASB telah membina bengkelnya sendiri di tanah hak milik En Haji Shamsun Bharin, telah mengeluarkan modal sebanyak RM400,000 membina bengkelnya sendiri di Jalan Kuang. SASB memohon Pembiayaan dari SME BANK bagi pembiayaan membeli mesin-mesin untuk mempercepatkan kerja-kerja bengkel.












JIJAN ENTERPRISE (N SEMBILAN)


JIJAN ENTERPRISE diterajui oleh EN MOHD SALIM BIN LAMBAK, seorang pengusaha ternakan kambing segar bagi pembekalan tempatan. Beliau telah mengeluarkan hampir RM60,000 bagi menyediakan kandang kambing dan memajukan ternakan kambing. Beliau juga mengusahakan hasil-hasil pertanian yang lain seperti kelapa sawit sebagai sumber pendapatan. Dalam masa yang sama JIJAN ENTERPRISE mendapat kontrak dari Koperasi KOPEDIK membekalkan Daging Kambing segar kepasa ahli-ahli Koperasi. Oleh itu beliau memerlukan pembiayaan sekitar RM150,000.00 bagi menjalankan kontrak dan pembekalan Kambing hidup. Beliau yakin, permintaan yang meningkat masakini akan membawa pulangan yang lumayan.








Friday, February 6, 2009

MAGHNA ENTERPRISE (N SEMBILAN)


Maghna Enterprise adalah sebuah perniagaan menjual VCD, Cenderamata, Peralatan Rumah, Alat Tulis dan Pelbagai keperluan di Taman Semarak Nilai sejak dari tahun 1995. Diusahakan oleh En Sukumaran setelah ibunya meninggal dunia dan meneruskan perniagaan ini sehingga hari ini. Mempunyai 2 premis di Taman Semarak dan di Taman Cempaka Nilai. Berusaha untuk membuka sebuah kedai lagi di Nilai 3. Nilai urusniaga bulanan adalah antara RM80,000 hingga RM100,000 sebulan. Beliau memerlukan pembiayaan dari pihak institusi kewangan bagi memajukan lagi perniagaan ini.








Thursday, February 5, 2009

RESTORAN KOTA ANGGERIK (SHAH ALAM)




Retoran Kota Anggerik adalah sebuah Restoren yang dikenali ramai di Seksyen 7 Shah Alam. Dengan urusniaga antara RM3000-RM4000 sehari pelbagai jenis makanan dihidangkan oleh Restoran ini dan kebanyakan pelanggan adalah dikalangan penduduk Shah Alam Seksyen 7 dan kawasan sesekitarnya. Restoran Kota Anggerik ingin mengembangkan perniagaannya dan membuka satu lagi cawangannya di Seksyen 24 di kawasan Kolam Memancing Ikan dengan Nama DANAU ANGGERIK. Memohon pembiayaan dari SME Bank bagi meningkat dan memajukan lagi Restoren ini dengan Konsep yang lebih Esklusif




Wednesday, February 4, 2009

SYARIKAT SELAMAT KHALIL SDN BHD (MELAKA)


Syarikat Selamat Khalil Sdn Bhd, adalah sebuah syarikat Bumiptera sepenuhnya di terajui oleh En Selamat Khalil dan Puan Zaini, sebagai Kontraktor Kejuruteraan Elektrik Bumiputera yang terbesar di Melaka. Syarikat ini telah mula bertapak sejak awal 1990an sehingga hari ini. Mempunyai bangunan sendiri dan hampir 30 kakitangan. Nilai urusniaga adalah dalam lingkungan RM7 juta sehingga RM10 juta setahun. En Selamat Khalil juga telaha melahirkan ramai kontraktor Bumiputera yang lain agar dapat bersaing dengan sihat dalm bidang yang sama.