relax song

Monday, August 31, 2009

MANSURIA AUTO (Shah Alam)



Mansuria Auto adalah sebuah syarikat menjual alatganti kenderaan yang terletak di Seksyen 34 Shah Alam Selangor. Syarikat ini merupakan satu-satu syarikat alatganti yang dimiliki oleh bumiputera dan mempunyai sebuah cawangan di Terengganu. Seharusnya ia diberi kepujian kerana terlalu sedikit bilangan bumiputera yang terlibat dalam perniagaan Alat Ganti Kenderaan yang diketahui umum di monopoli oleh peniagaan Bukan Bumiputra. Atas peningkatan yang mendadak, Mansuri Auto telah banyak mendapat permintaaan teruatama dari bengkel-bengkel kenderaan Bumiputera untuk pembekalan alatganti, oleh itu Mansuri Aota bercita-cita untuk menjadi Pemborong Alat Ganti Kenderaan bagi pembekalan dikalangan kaum bumiputera di Selangor. Maka beliau ingin mendapat pembiayaan dari pihak Bank Tempatan atas tujuan tersebut.












SHOW GEAR PRODUCTION SDN BHD



SHOW GEAR PRODUCTION SDN BHD adalah sebuah syarikat yang membekalkan peralatan audio, peralatan kesan bunyi dan peralatan-peralatan lain yang berkaitan dengan keperluan pentas dan acara-acara pelancaran termasuk persidangan-persidangan Antarabangsa. Syarikat ini telah memulakan perniagaan perkhidmatan ini sejak tahun 2005. Pada tahun 2006, pencapaian jualan sebanyak RM3.5 juta, meningkat sehingga RM4.5 juta dalam tahun 2007. Pencapaian yang mendadak sehingga RM7.5 juta dapat dicapai dalam tahun 2008. Atas kelengkapan dan peralatan yang termoden, Shoe Gear Prod Sdn Bhd, sering menjadi rujukan syarikat-syarikat "event" bagi mendapatkan khidmat nasihat dan alatan sekiranya melancarkan sesuatu Majlis. Atas keperluan Modal yang tinggi, SHOW GEAR PROD S?B memohon pembiayaan dari bank tempatan agar dapat meningkatkan perniagaan ini.