relax song

Saturday, July 19, 2008

SKIM TABUNG EKONOMI BELIA


Skim Tabung ini telah bermula sejak tahun 2007 lagi, ramai yang terkeliru dengan Skim ini dan beranggapan bahawa ianya terlalu mudah untuk dipohon. Ramai juga pada peringkat awal yang telah lulus Ujian Saringan yang dikendalikan oleh Jabatan Belia, tetapi setelah lulus ramai yang gagal menyediakan Kertas Perancangan Perniagaan (Kertas Kerja) bagi dimajukan oleh pemohon untuk kelulusan, dan kemudian menyalahkan pihak Kementerian Belia dan Bank Rakyat kerana mengambil masa yang lama untuk lulus

SAS ADVISORY SERVICES menawarkan perkhidmatan menyediakan kertas kerja tersebut yang diperlukan oleh Jabatan Belia sebanyak 5 salinan, ramai juga pemohon yang datang menggunakan perkhidmatan ini dan mereka kemudian memajukannya kepada Pejabat Belia dan Bank Rakyat, tawaran harga profesional yang kami kena kan serendah RM500 dan setinggi RM800 bergantung kepada lokasi pemohon tersebut.

Namun presepsi Pemohon yang memerlukan Kertas Kerja seringkali sukar dijangka, mereka sering membuat andaian bahawa dengan membayar harga tersebut, 100% kelulusan akan diperolehi dengan apa cara sekali pun, seolah-olah SAS ADVISORY sebagai badan yang meluluskan walhak kami hanya menyediakan kertas kerja yang disyaratkan oleh Jabatan Belia dan Bank Rakyat.

Terdapat juga, individu yang mencari kesempatan, mengenakan Caj ribuan ringgit bagi 5 salinan Kertas Kerja sehingga RM2000-RM3000 dan "broker-broker" ini akan menghantar kepada SAS ADVISORY untuk membuat kertas kerja dengan kos RM500 dan setalah berlaku masalah, presepsi pemohon tertekan, SAS ADVISORY juga yang akan menjadi mangsa yang sering dianggap "pembohong" sebenarnya pihak broker ini lah meletakkan presepdi "Gerenti Lulus" itu kepada pemohon.

Kepada pelanggan kami, ingin dibetulkan PERSEPSI ini, kami hanya menyediakan Kertas Kerja yang terbaik untuk setiap pemohon, segala kelulusan adalah ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Bank Rakyat. Dengan Caj yang serendah RM500.00 agak tidak menasabahkan kami dapat memberi "gerenti"

Terima Kasih kepada Pelanggan kami yang sebenarnya faham dengan presepsi ini.