relax song

Thursday, June 18, 2009

KASYIFIL RAZAN ENTERPRISE (Bandar Baru Salak Tinggi)


KASYIFIL RAZAN ENTERPRISE adalah syarikat pemilikan tunggal yang menjalankan perniagaan restoran R&B Bistro di kawasan pusat perniagaan Kosmopkes Bandar Baru Salak Tinggi Sepang. KRE menyewa 2 lot kedai dan menjalankan perniagaan restoran selama 24 jam. Dalam masa yang sama KFE juga menjalankan perniagaan Katering bagi sekitar Salak Tinggi, Nilai, Sepang dan Putera Jaya. Pemilik KRE En Mohamad Herman Mohamad Johari memohon pembiayaan dari TEKUN bagi membanyakkan lagi kelengkapan Katering dan urusniaga dapat dipercepat dan dimasa akan datang perniagaan dijangka akan meningkat







THREE SIXTY AGRO FARM RESOURCES (Banting)


THREE SIXTY AGRO FARM RESOURCES di miliki oleh EN NORISHAM PAIMIN seorang usahawan muda yang memulakan kerjaya penanaman Cendawan sebanyak 5000 bungkah dengan modal mula membuat bangsal sebanyak RM10,000 dibelakang rumah. Setelah terbukti mendapat pendapatan bersih RM3,000 hingga RM4,000 sebulan, beliau bercita-cita membesarkan lagi bangsal cendawan yang dapat memuatkan 10,000 bungkah disebelah tanah di kawasan rumah. Beliau yakin modal yang tidak melebihi RM50,000 diperlukan bagi menyediakan segala kelengkapan agar dapat menghasilkan pendapatan bersih antara RM8,000 hingga RM10,000 sebulan. Dengan permintaan yang semakin banyak terhadap hasil cendawan, permohonan dari TEKUN yakin dapat diperolehi membantu beliau meningkatkan perniagaannya