Perkhidmatan "khidmat Nasihat" (Advisory) adalah perkhidmatan khidmat nasihat menyediakan kertas kerja dan juga penyediaan dokumen-dokumen berbentuk, Aliran Tunai, Perancangan Perniagaan, Kewangan Tahun dan penilaian projek, adalah dokumen-dokumen yang amat diperlukan oleh pihak Institusi Kewangan untuk melulusakan sesuatu "Fasiliti" kewangan bagi sesebuah syarikat.
Malangnya banyak syarikat-syarikat kecil di Malaysia tidak mengambil inisiatif menyediakan dokumen-dokumen ini bagi memendekkan masa pihak bank memproses pembiayaan yang sesuai untuk mereka,
Oleh itu Syarikat-syarikat Advisory seperti ini memainkan peranan untuk menyediakan dokumen-dokumen ini dalam aliran dan carta penyediaan yang tetap bagi memudahkan pihak bank membuat penilaian
Malangnya banyak individu-individu dan syarikat-syarikat beranggapan, melantik advisory adalah salah satu cara untuk mendapat kelulusan 100%, walhal kerja-kerja advisory hanyalah untuk menyediakan dokumen yang lengkap dan bukan ketentuan kelulusan, tetapi selalu disalah anggap, dan apabila gagal di sebabkan faktor-faktor lain, pelanggan selalu menyalahkan syarikat advisor.
Walhal, kesilapan datangnya dari sikap pelanggan yang langsung tidak membaca kertas kerja yang dibuat, dan bila pihak bank menilai dari kertas kerja ditanya, lain yang dijawab, maka gagal lah permohonan itu.
Dan mereka marah, dan mahukan wang yang dibayar atas kos menyediakan kertas kerja hendak dikembalikan, akhirnnya yang jadi mangsa adalah syarikat-syarikat advisory ini seperti membuat kerja-kerja amal sahaja, sebab dalam masa yang sama kos-kos logistik di keluarkan, kos kertas, kos cetak, kos menyusun dan mendapat maklumat, belum lagi kos-kos profesional yang datang dari ilmu yang di dapati dari pengalaman bekerja di bank dahulu.
Rupanya peniaga Malaysia sering kali tidak profesional, dan bila mereka salah sering kali mereka salahkan advisory, walhal kesilapan mereka bercakap dengan pihak bank tak pernah dia sedar.
Akhirnya kami di cop sebagai "pembohong"
No comments:
Post a Comment