relax song

Sunday, November 22, 2009

REWARD FURNITURE



PUAN ZURAIDAH MOHAMAD ZAMBRI adalah salah seorang dari usahawan wanita yang gigih kerana berani menjalankan perniagaan Perabut dengan Skala yang besar di Pusat Perabut Wangsa Maju, satu satu Pusat Perabut yang terkenal di Kuala Lumpur. Pemilik REWARD FURNITURE ini telah membangunkan pusat perabut di kawasan ini dan beliau satu-satu nya peniaga Bumiputera di kelompok Pusat Perabut tersebut. Dengan purata Jualan antara RM100,000 hingga RM150,000 sebulan, beliau yakin perniagaan ini akan lebih maju sekiranya mendapat pembiayaan dari Institusi Kewangan Tempatan bagi IKS Bumiputera, Oleh itu beliau memohon Pembiayaan dari Institusi Tempatan bagi meningkatkan perniagaan beliau.












YAKIN ENGINEERING



YAKIN ENGINEERING adalah Perniagaan Perkongsian En Saad Naim dengan En Mazlan Haron sejak tahun 1991 hingga hari ini. Dari tahun 1990an lagi Yakin Engineering telah melaksanakan banyak projek-projek Kejuruteraan dengan Kerja-kerja dari JKR, Jabatan Kastam, Pejabat Tanah, MPPJ dan beberapa jabatan lain. Menjangkau tahun 2003 Yakin Engineering telah mempunyai Bengkel Kejuruteraan Besi nya sendiri dan kemudian membuat kerja-kerja besi (Iron Work) selain daripada Projek-projek Jabatan Kerajaan. Usaha ini telah menambahkan pendapatan tambahan lebih dari RM400,000.00 setahun. Namun Yakin Engineering masih memrlukan pembiayaan bagi meningkatkan lagi Perniagaan yang ada sekarang.







ALAN S TRADING






En Sahalan Mohamad Zainodin adalah seorang Usahawan Muda (Belia) yang amat berminta dengan perniagan pakaian siap dan pakaian terpakai. Beliau telah memulakan perniagaan ini secara kecil-kecil dengan mengedarkan produk kemeja T yang diimport dari Singapura ke pasaran tempatan sekitar Kuala LUmpur dan lembah Klang. Atas permintaan yang meningkat beliau tidak cukup modal untuk mengimport secara pukal. Beliau memohon pembiayaan Mikro bagi mendapatkan stok pkemeja T tersebut dan dapat diedarkan ke peruncit pakaian dengan harga yang lebih kompetatif.




PERNIAGAAN NOR AZERI



PERNIAGAAN NOR AZERI telah berjalan sejak dari awal tahun 1999 sehingga hari ini. NOR AZERI adalah pembekal dan pemborong barangan runcit bagi pasaran pasar-pasar Malam sekitar Selangor, Kuala Lumpur hingga ke Seremban. Dengan konsep pembekalan ini, pusingan jualannya mencecah 1,2 juta setahun dengan pengedaran ke lebih dari 50 lokasi pasara malam. Kini NOR AZERI bercita memperbaiki lagi konsep pembungkusan (Packaging) yang sedia ada supaya lebih menarik minat pelanggan membeli barangan seperti Cili Kering, Kentang, Ikan Bilis, Bawang Merah, Bawang Putih, Halia dan lain lagi dengan pembungkusan yang lebih kemas. Beliau memohon pembiayaan peralatan dari SME Bank bagi mendapatkan peralatan tersebut dan meningkatkan lagi "Volume" jualan sehingga mencecah RM2,5 juta setahun.







ILHAMTECH SERVICES



ILHAMTECH SERVICES dimiliki oleh En Ismail Hamat yang telah pun mempunyai beberapa cabang perniagaan sebelum ini. Beliau menjadi pembekal peralatan pejabat dan juga membuka perniagaan Dobi dan perniagaan Cyber Cafe di kawasan Rumah Kedai di Jalan Kelumpang, SEksyen 27 Shah Alam. Hasil dari perniagaan yang sedia ada beliau telah membeli sebuah perniagaan Restoran bersebelahan dengan Kedai Dobinya yang sedia ada bernama RESTORAN AL TAHZAN, sebuah restoran berkonsepkan makanan Ala Thai. Walaubagaimanapun kelengkapan Restoran tersebut perlu dinaiktarafkan bagi membolehkan restoran ini cukup modal dan kelengkapan untuk bergerak maju. Beliau memohon Pembiayaan Khas dai SME BANK bagi membolahkan beliau mendapat Pembiayaan menaiktaraf restoran.