relax song

Sunday, September 6, 2009

BENZIN WORKHOUSE



BENZIN WORKHOUSE sebuah bengkel kenderaan yang diusahakan oleh 2 orang usahawan muda MOHD NAZRUL IZWAN dan NAZEY SPUN. Kedua-dua usahawan ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang membaiki kenderaan terutamanya Jenama Mercedes. Dengan Pengalaman selama beberapa tahun bekerja dengan Cycle and Carrigae dan beberapa Bengkel Kenderaan MERZ, kedua-dua rakan kongsi berhenti kerja dan mengusahakan sendiri Bengkel mereka.
Sehingga hari ini telah mempunyai hampir 300 pelanggan tetap dan cuba menambahkan lagi pelanggan tersebut. Mereka memohon pembiayaan dari SME BANK bagi menaikkan tarafkan Bengkel ini setaraf dengan bengkel-bengkel lain yang terkemuka












OMEGA TELECOMMUNICATION



OMEGA TELECOMMUNICATION satu-satu kedai menjual alat Telfon bimbit dan akseosri yang terletak di Bandar BatangBerjuntai, Selangor. Diusahakan oleh seorang Usahawan Muda, SOLOMON MARUTHAMUTHU, hanya berkelulusan SPM, tetapi memulakan pernigaan sejak berhenti dari kerja sebagai QC di kilang POKKA ICE. Tidak banyak saingan setakat ini dikawasan perniagaan tersebut. Namun masih kekurangan modal unutk memajukan lagi perniagaan tersebut. Beliau ingin menaiktaraf lagi Kedai Telefonnya dan juga membuka beberapa cawangan lagi bagi usaha meningkatkan pernigaan ini sebagai satu kerjaya yang dipilih olehnya sendiri








RESTORAN SURIA MENTARI



Restoran Suria Mentari ini telah mula menjalan perniagaannya sejak tahun 2006 sehingga hari ini. Dimiliki oleh En Kamarul Bahrin, seorang usahawan berkelulusan Ijazah Pengurusan UITM, berhenti kerja dari sebuah Bank terkemuka dan melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan Restoran. Restoran yang terletak di sebuah Kompleks Kondominium yang terkenal di Sunway, mempunyai lebih dari 800 yunit rumah (Kondo) sudah cukup untuk melayani pelanggan di kawasan tersebut sahaja. Walaubagaimana pun beliau ingin menaikkan lagi taraf restoran ini supaya lebih kelihatan eksklusif berbanding keadaannya masakini. Memohon pembiyaan dari SME Bank bagi pembiyaan tersebut