relax song

Tuesday, June 2, 2009

DKASIH HEMODALISIS SDN BHD (Seremban)



D'KASIH HEMODIALISIS SDN BHD adalah satu-satu Pusat Rawatan Hemodialisis yang terletak di Taman Seremban Jaya. Pusat Rawatan ini dibuka oleh 4 rakan kongsi professional, 2 orang ahli perniagaan dan 2 orang ahli professional yang mempunyai latar belakang pekerjaan di Hospital. Dalam masa yang sama DHSB yang bermula pada tahun 2007 telah mula mendapat permintaan dari pesakit-pesakit sekitar Seremban dan kawasan berdekat untuk mendapatkan Rawatan dengan Mesin Hemodialisis. Perniaggaan ini memerlukan jangkamasa panjang untuk mendapat keuntungan, namun secara tak langsung syarikat ini lebih tertumpukan kepada memberi perkhidmatan. Dijangka jumpa pelanggan dari kalangan pesakit buah pinggang bertambah oleh tu, DHSB memohon pembiayaan dari pihak bank bagi menambah lagi peralatan Mesin rawatan dan menaik tarafkan Premis Rawatan ini.







HIKMAT ULUNG SDN BHD




HIKMAT ULUNG SDN BHD telah diterajui oleh 2 orang usahawan bekas peneroka Felda Bukit Cerakah yang menumpukan perniagaan pengurusan Ladang kelapa Sawit dari Felda Berhad. Hikmat Ulung Sdn Bhd juga bertanggungjawab penyelenggaraan Ladang dan membuat integrasi ladang. Syarikat juga menjalankan perniagaan Bengkel Kenderaan bagi kemudahan penduduk Felda Bukit Cerakah. Dalam masa 3 tahun pencapaian tertinggi urusniaga setahun yang tercapai adalah RM1,200,000.00. Bagi meningkat dan mempelbagaikan perniagaan Hikmat Ulung Sdn Berhad bercadang pemeliharaan ikan air tawar dan sekali gus membuat Konsep Restoran masakan ikan air tawar, di kawasan tanah yang sama. Memohon pembiayaan sehingga RM300,000.00 projek tersebut.