relax song

Sunday, November 15, 2009

DIVA F ENTERPRISE



MOHD FAIRUS BIN ALI adalah pemilik Perniagaan DIVA F ENTERPRISE yang pada awal penubuhan syarikat ini menjalankan kerja-kerja sivil dan kejurutera sivil yang lain mengambil kontrak-kontrak kecil menyelenggarakan Jalan dan juga kerja-kerja membaiki bangunan teruatama di Jabatan-jabatan Kerajaan dan Perbadanan di sekitar Klang. Setelah ada peningkatan yang mengalakan beliau membuka bengkel kimpalan dan bengkel besi bagi memudahkan beliau membuat kerja-kerja selenggra yang berkaitan dengan kerja-kerja besi. Perniagaan tersebut meningkat maju dengan Jualan tertinggi melebehi RM400,000 setahun. Beliau ingin memohon pembiayaan dari SME Bank bagi mendapatkan tambahan peralatan dan juga peralatan-peralatan lain supaya perniagaan yang berasaskan Kimpalan dan Besi ini akan meningkat maju dan dapat memberi peluang kerja kepada ramai beliau sekitar Kawasan Penduduk Sungai Udang Klang.







MEY RESOURCES



MEY RESOURCES dimiliki oleh seorang oleh seorang gadis muda berumur 25 tahun, menjalankan pernigaan restoran di Plaza Suria, Damansara Damai. Beliau telah membeli perniagaan tersebut dengan nilai sebanyak RM45,000.00 dari seorang pengusaha restoran asal dan terus menjalankan perniagaan tersebut dengan bersungguh dan ingin membangunkan dan menjadikan Restoran tersebut di kenali ramai. Walupun menghadapi pelbagai cabaran, pemiliknya CIK MASHITA ELYANA cuba mendapatkan pembiayaan yang boleh meningkatkan kelengkapan restoran ini dan terus maju. Beliau memohon pembiayaan dari TEKUN sebagai saluran yang paling sesuai dan dapat membantu belaiu dalam usaha keusahawanan dibidang Makanan dan minuman.







AZIE MAJU ENTERPRISE



AZIE MAJU ENTERPRISE salah satu perniagaan yang melibatkan perkhidmatan Katering telah diusahakan oleh Puan Noor Raziah dan En Kaharudin Karim sejak tahun 2005 di Klang Selangor sehingga hari ini. Sepanjang perniagaan ini AME telah banyak mendapat tempahan sehingga dapat menambahkan modal kerja dengan meningkatkan kelengkapan-kelengkapan Katering syarikat, bukan setakat menyediakan perkhidmatan katering malah menyewakan kelengkapan tersebut kepada beberapa syarikat Katering lain. AZE bercita mengujudkan Konsep Dapur Sepusat dengan berkonsepkan pengedarann makanan bermasak kepada pelanggan dan juga kepada syarikat-syarikat Katering lain. AME memohon pembiayaan bagi tujuan ini dari SME Bank.