relax song

Wednesday, December 9, 2009

DEEZA BERJAYA ENTERPRISE



Puan Hafiza Mohd Zaki adalah seorang Usahawan Wanita yang menjalankan perniagaan kedai Tempahan Jahitan pelbagai jenis baju yang terletak di Kawasan Perniagaan Perkarangan Masjid Jamek Kajang. Sehingga hari ini DEEZA BERJAYA ENT telah mempunyai lebih 300 pelanggan tetap yang terditi dari Pekerja Kilang, Guru Sekolah, Pegawai Kerjaan dan syarikat-syarikat yang membuat tempahan baju untuk kegunaan peribadi mahupun tempahan Uniform sekolah. Namun beliau masih tidak berpuashati ingin meningkatkan lagi pernigaan ini dengan membeli beberapa peralatan menjahit lagi agar dapat menanikan lagi produktiviti dan juga mutu jahitan. Jahitan-jahitan pakain yang berkualiti sering diutamakan namun masih kekurangan modal bagi mengembangkan perniagaan ini. Oleh itu beliau memohon pembiayaan bagi tujuan tersebut.












ADBAK AGRO FARM



ADBAK AGRO FARM yang beroperasi di Melaka, adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh Puan Hazlinda Hussain seorang Usahawan Wanita yang gigih membiak Lembu secara Fidlot dan menjual secara terus kepada pengguna di Pasar dan sekitar Negeri melaka. Sehingga tahun 2008, syarikat ini telah mendapat peluang membekal daging lembu segar di Pasaraya Mydin di MITC Melaka dengan hasil jualan antara RM100,000.00 hingga RM160,000.00 sebulan. Beliau ingin mengembangkan perniagaan ini ladi sebagai "Finish Products" dengan mereka bentuk pembungkusan yang lebih menarik dan dapat di pasarkan secara meluas dan dalam kenadaan segar. Dalam masa yang sama juga membekal Lembu Hidup secara Borong kepada penternak-penternak Tempatan. Beliau memohon pembiayaan bagi membeli beberaspa peralatan bagi meningkatkan usaha pembekalan ini kepada seluruh Pasaraya Mydin seluruh Malaysia.