Yayasan Tekun Nasional, menawarkan Skim Pembiayaan dari Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan. Pemohon dikehendaki mengisikan borang permohonan dan sertakan Dokumen-dokumen yang lengkap.
Perlu diingat, permohonan ini adalah kepada peniaga yang telah menjalankan perniagaan.
Pihak TEKUN tidak melantik mana-mana ejen atau wakil oleh itu elakkan mana-mana ejen atau orang perseorangan yang menawarkan Skim ini dengan bayaran komisen sebelum dan selepas lulus.
Didalam Perkara (7), Pihak TEKUN perlukan, Kertas Kerja Ringkas seperti Cadangan Pembelian Perkakas, Peralatan lain dan juga Ubahsuai, dan Rancangan Pemasaran termasuk Aliran Tunai. Kami akan membantu pemohon-pemohon yang memerlukan KERTAS KERJA PERANCANGAN tersebut, dengan caj yang munasabah.
Pemohon sendiri yang akan menyerahkan semua dokumen dan kertas kerja yang telah siap kepada TEKUN NASIONAL, dan kami tidak akan menyerahkan nya kerana kami tidak dilantik, cuma kami boleh membantu menyiapkan dokumen-dokumen dan Kertas Kerja yang di perlukan.