relax song

Sunday, November 29, 2009

ARFAQ ENTERPRISE



ARFAQ ENTERPRISE sebuah perniagaan perkongsian 3 usahawan muda, Puan Nor Azizah Ahmad, En Sakri Ibrahim dan Mat Hisham Mohamed, mengusahakan Perusahaan Memproses Santan Segar dan Cili Kisar Segar dan dipasarkan ke pasaran terbuka di sekitar Klang, Shah Alam dan kawsan yang berdekatan. Dengan modal permulaan sebanyak RM40,000.00 ARFAQ ENT mendapatkan bekalan kelapa terus dari Ladang Kelapa dan memproses Santan di senuah Premis di Taman Sentosa. Dari pusingan jualan RM5,000 hingga RM8,000.00 sebulan pada permulaan perniagaan sehingga 2009, pusingan jualan mencecah RM22,000.00 sebulan dengan penghantaran Santan dan Cili Kisar ke 23 buah kedao runcit dan Pasar Mini. ARFAQ ENT ingin memajukan perniagaan ini dengan membuat pembungkusan yang lebih kemas (packaging) untuk produk ini dapat menembusi Pasaraya Tempatan. Oleh itu ARFAQ ENT memohon Pembiayaan untuk membeli Mesin Proses Santan yang berkapasiti tinggi agar dapat menghasilkan Santan yang lebih berkualiti dan dalam kuantiti yang lebih besar.












BATU GONG SERVICES



BATU GONG SERVICES sebuah perniagaan papan iklan dan periklanan lain yang diusahakan oleh oleh seorang usahawan Wanita Puan NASUHA CHEANG BT ABDULLAH sejak tahun 2003 sehingga hari ini. Telah banyak mendapat tempahan dan rujukan dari pelanggan individu dan juga pelanggan-pelanggan yang mendapat kontrak dari badan kerajaan. Walaupun mendapat saingan harga dari syarikat-syarikat lain, naum BATU GONG sering mendapat tempahan yang banyak berikutan dengan harganya yang lebih kompetatif berbanding dengan harga dari syarikat-syarikat lain. Sehingga hari ini BATU GONG tidak dapat menerima tempahan yang berskala besar, oleh tu BATU GONG memerlukan pembiayaan untuk membeli beberapa mesin yang lebih berkemampuan untuk menyiapkan kerja-kerja papan iklan dalam skala yang lebih besar dan berkualiti tinggi. Oleh itu BATU GONG memohon pembiayaan dari SME BANK bagi pembiayaan mesin yang diperlukan.