relax song

Tuesday, May 26, 2009

PERMATANG AGRO FARM (KUANTAN)


PERMATANG AGRO FARM diasakan oleh En Sufian Aziz, berasal dari Kuantan Pahang, Beliau berminta dalam Kerjaya Penternakan Kambing secara Komersial. Memiliki tanah keluarga di Kampung Baru Chendering, Kuantan seluas 1 1/2 ekar untuk dijadikan tapak Ladang Ternakan Kambing, Daging dan Tenusu, dari pelbagai spesis Kambing yang didapati disini. Memandangkan permintaan terhadap Daging Kambing semakin tinggi, justeru itu beliau memohon Pembiayaan TEKUN bagi mendapatkan Modal Kerja Tetap dan Modal Pusingan juga sokongan dari Kerajaan bagi memajukan Projek Ternakan ini yang diklasfikasikan dalam Industri Desa.