relax song

Wednesday, April 29, 2009

MHMT ENGINEERING S/B (Senawang)


MHMT ENGINEERING SDN BHD, sebuah syarikat Kejuruteraan Elektrik Bumiputera 100% di Negeri Sembilan. Di terajui oleh 2 adik beradik Tun Haji Ir Hazimi Mak Tapin dan En Norlizam Mak Tapin sejak dari tahun 2002 hingga hari ini dan menjadikan MHMT sebagai sebuah syarikat yang berjaya mendapat kontrak berjuta ringgit. Sehingga tahun 2008 jumlah kontrak yang diperolehi mencecah RM17,000,000.00 dan terus maju mendapatkan lebih banyak kontrak. Sehingga tahun ini tidak ada sebuah Institusi Kewangan pun yang membiayai Projek lebih dari RM300,000.00. Oleh itu beliau memohon Pembiayaan di RHB Islamic Bank sebagai sebuah Institusi Kewangan yang ingin membantu MHMT berkembang.








Sunday, April 26, 2009

ERS LAND AGRO FARM


ERS LAND AGRO FARM ditubuhkan bagi memberi inpirasi bagi ushawan-usahan muda bagi pempertingkatan usaha dalam sektor pertanian sebagai sektor ekonomi yang semakin meningkat masa kini. ERS LAND AGRO FARM memilih Kelapa Pandan sebagai satu produk yang tidak ramai diceburi oleh Bumiputera. Dalam masa yang sama Kelapa Pandan mendapat pasaran yang baik bukan sahaja dari permintaan tradisional namun permintaan dari sektor Perkilangan dan sektor perlancungan. ERS memohon Tabung Ekonomi Belia, memandangkan pemohon adalah belia yang aktif yang mempunyai ciri keusahawan yang baik.








Wednesday, April 22, 2009

GLOBAL VISION NETWORK TECHNOLOGY


GLOBAL VISION NETWORK TECHNOLOGY telah diusahakan oleh usahawan muda Marzita berkelulusan Diploma Teknologi Maklumat Keluaran Kolej Cosmopoint Ipoh, setelah bekerja sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di FRIM Kuala Lumpur, berhenti kerja dan melibatkan diri sepenuh masa dalam bidang perniagaan bagi pembekalan produk-produk berasaskan Komputer, dan kita berusaha unttuk membuka sebuah CYBER CAFE di Sunway dan memerlukan pembiayaan dari TEKUN bagi merealisasikan cadangan perniagaan tersebut.








Tuesday, April 21, 2009

PAROI MART (Seremban)


PAROI MART diusahakan oleh usahawan muda En Zairul Nizar sejak tahun 2005 dengan nama Fish & Meat Shop Enterprise. Dengan modal kecil beliau memulakan perniagaan walaupun telah beberapa kali gagal, penukaran nama ke PAROI MART telah menaikkan nama dan meningkatkan perniagaannya dari RM200,000 sehingga RM1,000,000.00 dalam tahun 2008. Beliau bercita-cita meningkatkan lagi perniagaan ini dengan tarket jualan RM3,000,000.00 jualan tahunan. Oleh itu beliau memerlukan pembiayaan yang lebih baik dari bank-bank tempatan.








Friday, April 17, 2009

HAJAH TIMAH & KELUARGA


HAJAH TIMAH & KELUARGA ENTERPRISE adalah satu-satu pengusaha kerepek Sayur Bayam di Negeri Senbilan. Syarikat ini telah menjalankan perniagaan ini sejak dari tahun 2005 sehingga hari ini. Pada ulanya kerepek ini tidak mendapat tempat dikalangan peminat kerepek tetapi dalam tempuh beberapa tahun Kerepek Sayur Bayam telah terkenal sama dengan kerepek Ubi, Kerepek Sayur Bawang dan beberapa jenis kerepek lain. Dengan perkembangan pemintaan HTKE memohon SKIM TABUNG EKONOMI BELIA sebagai usaha untuk mendapat Dana dan memajukan lagi perusahaan desa ini.








Wednesday, April 15, 2009

PERNIAGAAN ZUBAIDAH TAHIR (KAJANG)


Puan Zubaidah Tahir telah mula menjalankan perniagaan membuat Kuih-kuih tradisional ini sejak tahun 2004 sehingga hari ini. Beliau lebih menumpukan kepada membuat Karipap untuk dihantar ke Restoren, Kantin Sekolah dan Kantin Kilang-kilang sekitar Bangi, Kajang dan Semenyih. Sehingga tahun 2008, jumlah urus niaga hampir RM200,000 setahun. Beliau memerlukan bantuan pembiayaan dari Dana-dana Kerajaan yang dapat membantu meningkat perniagaan, dan beliau memilih TEKUN untuk mendapat pembiayaan tersebut.













Monday, April 13, 2009

SUN MEGASTAR ENTERPRISE


SUN MEGASTAR ENTERPRISE adalah sebuah syarikat perkongsian yang mengusahakan premis Tekstil dan Gedung pakaian di SEksyen 25 Shah Alam. Syarikat ini memulakan perniagaannya pada tahun 2008 sehingga hari ini. Telah mendapat nama yang baik di kalangan pelanggan-pelanggan sekitar Shah Alam dan Kelang. Walaupun syarikat ini tidak sebesar syarikat-syarikat Tekstil dan juga Gedung Pakaian di Klang dan juga Nilai 3 Seremban, tetapi Sun Megastar Enterprise menawarkan pelbagai jenama pakaian yang sememangnya mendapat permintaan dari orang ramai. Syarikat memerlukan pembiayaan lebih lagi bagi membantu syarikat ini berkembang dengan modal pusingan yang lebih banyak.








Wednesday, April 8, 2009

SML TOP STAR ENTERPRISE





SML TOP STAR ENTEPRISE adalah sebuah syarikat pemilikan Tunggal yang telah mula menjalankan perniagaan membekal barangan Letrik dan barangan-barangan produk lain ke Pasaraya Mydin sejak tahun 2004 sehingga hari ini. Pusingan jualan sehingga RM400,000 setahun menjadikan Syarikat ini mendapat kepercayaan untuk membekal ke Pasaraya ini dengan harga yang rendah. Dalam masa yang sama TOP STAR ENT memerlukan pembiayaan seperti LC dan Modal pusingan bagi tujuan mendapatkan produk dari luarnegara dan dibekalkan kepada Mydin Wholesaler. Syarikat ini dikendalikan oleh En Mohan Lechutmanan telah 10 tahun berpengalaman dalam bidang pembekalan barangan ke Pasaraya.








Thursday, April 2, 2009

REST NUR MUHIBAH/MINI MARKET UMI


Puan Umi Kalthom adalah usahawan wanita yang menjalankan 2 jenis perniagaan bersebelahan antara satu sama lain. Sebuah Kedai Makan dan sebuag Minimaket terletak di Taman Marida Seremban. Bliau bercita-cita memperbesarkan perniagaan agar kelihatan lebih menarik dan mendapat tarikan pelanggan. Beliau yakin dengan tiadanya saingan yang berdekatan dengan kawasan perumhan Taman Marida, perniagaan Mikro ini akan dapat dimajukan dengan pembiayaan yang bersesuai dari SME Bank.