ARFAQ ENTERPRISE sebuah perniagaan perkongsian 3 usahawan muda, Puan Nor Azizah Ahmad, En Sakri Ibrahim dan Mat Hisham Mohamed, mengusahakan Perusahaan Memproses Santan Segar dan Cili Kisar Segar dan dipasarkan ke pasaran terbuka di sekitar Klang, Shah Alam dan kawsan yang berdekatan. Dengan modal permulaan sebanyak RM40,000.00 ARFAQ ENT mendapatkan bekalan kelapa terus dari Ladang Kelapa dan memproses Santan di senuah Premis di Taman Sentosa. Dari pusingan jualan RM5,000 hingga RM8,000.00 sebulan pada permulaan perniagaan sehingga 2009, pusingan jualan mencecah RM22,000.00 sebulan dengan penghantaran Santan dan Cili Kisar ke 23 buah kedao runcit dan Pasar Mini. ARFAQ ENT ingin memajukan perniagaan ini dengan membuat pembungkusan yang lebih kemas (packaging) untuk produk ini dapat menembusi Pasaraya Tempatan. Oleh itu ARFAQ ENT memohon Pembiayaan untuk membeli Mesin Proses Santan yang berkapasiti tinggi agar dapat menghasilkan Santan yang lebih berkualiti dan dalam kuantiti yang lebih besar.
relax song
Sunday, November 29, 2009
ARFAQ ENTERPRISE
ARFAQ ENTERPRISE sebuah perniagaan perkongsian 3 usahawan muda, Puan Nor Azizah Ahmad, En Sakri Ibrahim dan Mat Hisham Mohamed, mengusahakan Perusahaan Memproses Santan Segar dan Cili Kisar Segar dan dipasarkan ke pasaran terbuka di sekitar Klang, Shah Alam dan kawsan yang berdekatan. Dengan modal permulaan sebanyak RM40,000.00 ARFAQ ENT mendapatkan bekalan kelapa terus dari Ladang Kelapa dan memproses Santan di senuah Premis di Taman Sentosa. Dari pusingan jualan RM5,000 hingga RM8,000.00 sebulan pada permulaan perniagaan sehingga 2009, pusingan jualan mencecah RM22,000.00 sebulan dengan penghantaran Santan dan Cili Kisar ke 23 buah kedao runcit dan Pasar Mini. ARFAQ ENT ingin memajukan perniagaan ini dengan membuat pembungkusan yang lebih kemas (packaging) untuk produk ini dapat menembusi Pasaraya Tempatan. Oleh itu ARFAQ ENT memohon Pembiayaan untuk membeli Mesin Proses Santan yang berkapasiti tinggi agar dapat menghasilkan Santan yang lebih berkualiti dan dalam kuantiti yang lebih besar.
BATU GONG SERVICES
BATU GONG SERVICES sebuah perniagaan papan iklan dan periklanan lain yang diusahakan oleh oleh seorang usahawan Wanita Puan NASUHA CHEANG BT ABDULLAH sejak tahun 2003 sehingga hari ini. Telah banyak mendapat tempahan dan rujukan dari pelanggan individu dan juga pelanggan-pelanggan yang mendapat kontrak dari badan kerajaan. Walaupun mendapat saingan harga dari syarikat-syarikat lain, naum BATU GONG sering mendapat tempahan yang banyak berikutan dengan harganya yang lebih kompetatif berbanding dengan harga dari syarikat-syarikat lain. Sehingga hari ini BATU GONG tidak dapat menerima tempahan yang berskala besar, oleh tu BATU GONG memerlukan pembiayaan untuk membeli beberapa mesin yang lebih berkemampuan untuk menyiapkan kerja-kerja papan iklan dalam skala yang lebih besar dan berkualiti tinggi. Oleh itu BATU GONG memohon pembiayaan dari SME BANK bagi pembiayaan mesin yang diperlukan.
Saturday, November 28, 2009
MAZHAR SDN BHD
MAZHAR SDN BHD sebuah syarikat Perkhidmatan Pembuangan (Waste Disposal) yang dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya di terajui oleh EN FARHAN BIN MOKHTAR . Syarikat ini telah breoperasi sejak tahun 1988 lagi oleh Bapanya dan kini beliau meneruskan kerjaya di bidang yang sama. Kontrak yang diperolehi dari Majlis Pembandaran Kajang dan juga Perbadanan Putrajaya sudah cukup menjadikan Syarikat ini diegani kerana sepanjang MAZHAR SDN BHd mengambil tugas mengendalikan sisa pepejal dikedua-dua kawasan ini tiada permasalahan yang timbul. Namun En Farhan ini meperluaskan lagi bukan setakat dari segi kawasan namun dari segi mutu dan pembersihan yang berkualiti. Beliau ingin mengambil contoh konsep pembuangan dari negara-negara barat yang amat mementingkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan. Oleh itu beliau memerlukan pembiayaan bagi menambah peralatan dan modal pusingan dalam usaha memajukan industri ini.
Thursday, November 26, 2009
RAHMANI ENTERPRISE
RAHMANI ENTERPRISE adalah sebuah syarikat Kedai Serbaneka yang terletak di PRIMA SAUJANA KAJANG dan satu-satunya kedai serbaneka yang dimiliki oleh Bumiputera di kawasan tersebut. Di miliki oleh Puan Yusni Mohd Yusof dan diuruskan oleh Suaminya En Rahman bin Kassim. dalam masa 13 bulan Kedai Serbaneka ini dibuka Rahmani Enterprise telah berjaya membuat jualan lebih dari RM200,000.00. Namun Rahmani Enterprise yakin sekiranya mendapat pembiayaan yang cukup, dapat meningkatkan lagi perniagaan kedai serbaneka ini dan dapat membuka banyak lagi cawangan yang sama konsep dan memberi peluang kerjaya kepada Golongan muda. Dalam masa terdekat Rahmani Enterprise ingin menjadi pembekal peralatan sukan kelas sederhan kepada beberapa buah sekolah yang berdekatan dengan premis perniagaannya di Prima Saujana.
Wednesday, November 25, 2009
TERAS UNGGUL SERVICES
TERAS UNGGUL SERVICES satu-satu Syarikat Bumiputera yang mendapat Kontrak membaik pulih Jentera Berat dan Kenderaan Berat bagi Hak Milik MISC Logistik Services. TUS dianggap bertuah kerana sebuah syarikat kecil ini mendapat kepercayaan dari syarikat GLC MISC yang mempunyai kepentingan dengan PETRONAS. Atas rekod yang baik, TUS telah berjaya mendapatkan sambungan Kontrak sehingga 3 tahun lagi. Walaubagaimanapun TUS masih kekurangan modal bagi meningkatkan lagi kualiti kerja dan juga pembelian alatganti-alatganti bagi proses membaikpulih. Dalam masa yang sama syarikat ini yang diterajui oleh seorang usahawan Wanita Puan Hanni Suhannah bercita mengembangkan lagi perniagaan ini dengan membuka sebuah bengkel lagi di luar kawasan MISC bagi mendapatkan pelanggan-pelanggan secara terbuka di luar.
Tuesday, November 24, 2009
AYOEEP AUTO SERVICES
AYOEEP AUTO SERVICES sudah beroprasi di Taman Salak Jaya, sejak dari tahun 2007 sehingga hari ini. Bengkel ini dimiliki oleh En Mohd Nazri, seorang Ushawan Belia yang ingin meningkatkan lagi perniagaan bengkel walaupun berada di kawasan yang begitu banyak bengkel-bengkel diusahakan. Beliau ingin mendapatkan pembiayaan untuk membeli pelbagai kelengkapan bengkel yang lain supaya AAS dapat menrima tempahan dan juga kerja-kerja dari Syarikat Induran dan juga dari kereta-kereta koporat yang lain. Beliau diantara pengusaha bumiputera yang bekerja kuat untuk mempastikan Bengkel Membaiki kenderaan ini berdaya saing dan berdaya maju setanding dengan bengkel-bengkel lain disekitar Lembah Kelang.
Sunday, November 22, 2009
REWARD FURNITURE
PUAN ZURAIDAH MOHAMAD ZAMBRI adalah salah seorang dari usahawan wanita yang gigih kerana berani menjalankan perniagaan Perabut dengan Skala yang besar di Pusat Perabut Wangsa Maju, satu satu Pusat Perabut yang terkenal di Kuala Lumpur. Pemilik REWARD FURNITURE ini telah membangunkan pusat perabut di kawasan ini dan beliau satu-satu nya peniaga Bumiputera di kelompok Pusat Perabut tersebut. Dengan purata Jualan antara RM100,000 hingga RM150,000 sebulan, beliau yakin perniagaan ini akan lebih maju sekiranya mendapat pembiayaan dari Institusi Kewangan Tempatan bagi IKS Bumiputera, Oleh itu beliau memohon Pembiayaan dari Institusi Tempatan bagi meningkatkan perniagaan beliau.
YAKIN ENGINEERING
YAKIN ENGINEERING adalah Perniagaan Perkongsian En Saad Naim dengan En Mazlan Haron sejak tahun 1991 hingga hari ini. Dari tahun 1990an lagi Yakin Engineering telah melaksanakan banyak projek-projek Kejuruteraan dengan Kerja-kerja dari JKR, Jabatan Kastam, Pejabat Tanah, MPPJ dan beberapa jabatan lain. Menjangkau tahun 2003 Yakin Engineering telah mempunyai Bengkel Kejuruteraan Besi nya sendiri dan kemudian membuat kerja-kerja besi (Iron Work) selain daripada Projek-projek Jabatan Kerajaan. Usaha ini telah menambahkan pendapatan tambahan lebih dari RM400,000.00 setahun. Namun Yakin Engineering masih memrlukan pembiayaan bagi meningkatkan lagi Perniagaan yang ada sekarang.
ALAN S TRADING
En Sahalan Mohamad Zainodin adalah seorang Usahawan Muda (Belia) yang amat berminta dengan perniagan pakaian siap dan pakaian terpakai. Beliau telah memulakan perniagaan ini secara kecil-kecil dengan mengedarkan produk kemeja T yang diimport dari Singapura ke pasaran tempatan sekitar Kuala LUmpur dan lembah Klang. Atas permintaan yang meningkat beliau tidak cukup modal untuk mengimport secara pukal. Beliau memohon pembiayaan Mikro bagi mendapatkan stok pkemeja T tersebut dan dapat diedarkan ke peruncit pakaian dengan harga yang lebih kompetatif.
PERNIAGAAN NOR AZERI
PERNIAGAAN NOR AZERI telah berjalan sejak dari awal tahun 1999 sehingga hari ini. NOR AZERI adalah pembekal dan pemborong barangan runcit bagi pasaran pasar-pasar Malam sekitar Selangor, Kuala Lumpur hingga ke Seremban. Dengan konsep pembekalan ini, pusingan jualannya mencecah 1,2 juta setahun dengan pengedaran ke lebih dari 50 lokasi pasara malam. Kini NOR AZERI bercita memperbaiki lagi konsep pembungkusan (Packaging) yang sedia ada supaya lebih menarik minat pelanggan membeli barangan seperti Cili Kering, Kentang, Ikan Bilis, Bawang Merah, Bawang Putih, Halia dan lain lagi dengan pembungkusan yang lebih kemas. Beliau memohon pembiayaan peralatan dari SME Bank bagi mendapatkan peralatan tersebut dan meningkatkan lagi "Volume" jualan sehingga mencecah RM2,5 juta setahun.
ILHAMTECH SERVICES
ILHAMTECH SERVICES dimiliki oleh En Ismail Hamat yang telah pun mempunyai beberapa cabang perniagaan sebelum ini. Beliau menjadi pembekal peralatan pejabat dan juga membuka perniagaan Dobi dan perniagaan Cyber Cafe di kawasan Rumah Kedai di Jalan Kelumpang, SEksyen 27 Shah Alam. Hasil dari perniagaan yang sedia ada beliau telah membeli sebuah perniagaan Restoran bersebelahan dengan Kedai Dobinya yang sedia ada bernama RESTORAN AL TAHZAN, sebuah restoran berkonsepkan makanan Ala Thai. Walaubagaimanapun kelengkapan Restoran tersebut perlu dinaiktarafkan bagi membolehkan restoran ini cukup modal dan kelengkapan untuk bergerak maju. Beliau memohon Pembiayaan Khas dai SME BANK bagi membolahkan beliau mendapat Pembiayaan menaiktaraf restoran.
Subscribe to:
Posts (Atom)