relax song

Friday, October 30, 2009

GAYA BESTARI ENT



Gaya Bestari Enterprise, satu-satu syarikat Perkongsian Suami Isteri yang di lantik oleh Telekom Malaysia membuat kerja-kerja memasang dan penyambungan telefon talian tetap bagi kawasan sekitar, Serdang dan Seri Kembangan. SEhingga hari ini, Gaya Bestari Ent, mempunyai jadual ketat memasang dari 30 hingga 50 talian telefon sehari. Atas kerja-kerja tersebut pusingan hasil sebulan adalah antara 30,000 hingga 50,000.00 Namun Gaya Bestari masih memerlukan pembiayaan bagi kerja-kerja kontrak pemasangan berskala besar. Oleh itu Gaya Bestari Enterprise memohon Pembiayaan dari Institusi Kewangan tempatan bagi tujuan pembiayaan tersebut







S & A BINTANG ENTERPRISE - Bangi








S & A BINTANG ENTERPRISE adalah sebuah syarikat selenggara peralatan hawa dingin hak milik bumiputera sepenuhnya yang terletak di Seksyen 9 Bandar baru Bangi. Syarikat ini terkenal dengan nama DOCTOR OF AIRCOND telah mula berniaga sejak tahun 2004 sehingga hari ini. Pusingan jualan tertinggi yang pernah dicapai adalah RM1,640,000.00 pada tahun 2008. S & A Bintang Ent berjaya memberi peluang kerja hampir 28 pekerja yang berkemahiran asas elektrik dan banyak membantu golongan belia disekitar Bangi dan Kajang dalam kerjaya juru teknik elektrik dan hawa dingin. Dalam usaha meningkatkan lagi perniagaan ini, S & A Bintang Ent memerlukan Pembiayaan yang bersesuai dengan bidang perniagaan. En Amiruddin pemilik S & A Bintang Ent bercita membuka banyak lagi Cawangan DOCTOR OF AIROND di sekitar Selangor bagi memberi peluang kerjaya dibidang yang semakin meningkat maju sekarang








Wednesday, October 28, 2009

UNI SMART SERVICES



UNI SMART SERVICES syarikat perkongsian dari 3 orang usahawan yang berhenti kerja di sektor profesional dan menceburkan diri dalam Perniagaan Perkhidmatan Pembersihan (Cleaning Services). 3 usahawan tersebut adalah Mohd Faizal Baharom, Abdul Halim Saari dan Syed Nazaruddin Othman, berkeyakinan dengan perniagaan ini kerana berpendapat permintaan perkhidmatan ini sentiasa meningkat berikutan peningkatan pembangunan sektor Awam dan Sektor Swasta. Sasaran pelanggan bukan sahaja syarikat-syarikat swasta, malahan terdapat juga individu dan juga syarikat kecil dan sederhana memerlukan perkhidmatan pembersihan bagi mengatasi masalah mendapat tenaga kerja dalam "Cleaning Services". Dalam masa yang sama, UNI SMART SERVICES masih memerlukan pembiayaan untuk membiayai peralatan-peralatan yang perlu untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.







AZZUBIR TRADING SDN BHD




Sebuah syarikat Sdn Bhd yang diterajui oleh Mohd Izham Mawi Mohd Saaidin seorang Usahawan yang berkelulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia dan berpengalaman 13 tahun dalam bidang yang sama. Mula berniaga sendiri sejak 2 tahun lepas, menjadi Kontraktor Pembekalan ke Sektor Awam ke beberapa Jabatan Kerajaan, antaranya ialah : Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri, Kementerian Pertahan dan beberapa Kementerian lain. Namun kekurangan modal pusingan menyebabkan Azzubair Trading Sdn Bhd tidak dapat memperluaskan bidang pembekalannya. Belian memohon modal kerja dari BSN bagi mendapatkan modal kerja tersebut. Beliau yakin dengan modal yang cukup, dapat membiaya segala tawaran-tawaran pembekalan yang di terimanya







Monday, October 26, 2009

PANGORT MEL ENTERPRISE



Pangort Mel Enterprise adalah sebuah Syarikat Perkongsian yang pada mulanya menjalankan perniagaan Kilang Kayu (Sawmill) pada awal tahun 1998, dan da tahun 2004 sehingga hari ini menjalankan perniagaan mereka, membuat dan memasang perabut pasang siap di kebanyakan kawasan perumahan terancang sekitar bandar Ipoh. Pangort Mel Enterprise mengikat kontrak dengan kebanyakan peamju perumahan dan kondominum di Ipoh bagi kerja-kerja memasang "walldrobe" bagi pasaran Ipoh. Pangort Mel Ent mempunyai kilang perabutnya nya sendiri di Kawasan Perindustrian Menglembu Ipoh. sehingga tahun 2008 hasil kerja Pangort mencecah RM3,500,000.00. Oleh itu Pangort memohon pembiayaan dari Institusi kewangan bagi mendapatkan modal kerja bagi memajukan perniagaan ini.












Saturday, October 24, 2009

DINEMA JAYA ENTERPRISE





DINEMA JAYA NIAGA adalah perniagaan Tunggal yang menjalankan Perniagaan Barangan Elektrik dan membaiki peralatan Elektrik bertempat di Jalan Kebun Klang. Telah mula berniaga sejak 5 tahun lepas secara tunai dan juga bayaran Ansuran. Kini telah membuka 3 cawangan di Kalang dan juga Puchong. Bercita-cita meningkatkan lagi jualan dengan menaik taraf Premis di Jalan Kebun supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan di samping menambahkan lagi stok dari pelbagai jenama-jenama barangan elektrik yang membolehkan pengguna mendapat pilihan jenama. Dinema memohon Pembiayaan dari SME Bank pembiayaan tersebut.















Thursday, October 22, 2009

ADYTA ENTERPRISE - ADYTA CAFE



Adyta Enterprise adalah syarikat perkongsian antara Puan Rozita Mohd Noor dengan Normadi Muhamed, mengusahakan kan Kafetaria di Kilang Polymatech, Section 26 Subang Jaya, Food Court di Court Mammoth Section 26 dan Restoran Makanan di Puchong. 3 perniagaan ini diusahakan bagi sara hidup sejak 5 tahun yang lalu dan mendapat pulangan yang memuaskan. Namun Adyta telah mengeluarkan banyak modal tunai bagi membangun perniagaan Restoran. Dalam masa yang sama Adyta memohon pembiayaan bagi menaik taraf Restoran ADYTA CAFE di Puchong sebagai usaha untuk mempelbagaikan perniagaan berasakan Makanan dan minuman. Puan Rozita yakin dengan kemudahan pembiayaan ini dapat memajukan lagi perniagaan ini dan memberi peluang kerja kepada lebih ramai tenaga muda.







RELTAN ENTERPRISE - Shah Alam



RELTAN ENTERPRISE adalah syarikat yang menjalankan aktiviti bengkel kenderaan di Seksyen 24 Shah Alam, sebuah kawasan Bengkel Kenderaan berpusat di Shah Alam. RELTAN ENTERPRISE mengambil alih perniagaan dari Metro Valley Autotech Sdn Bhd yang mempunyai kontrak vendor dengan Spanco. Dalam masa yang sama Reltan Enterprise juga mempunyai pelanggannya tersendiri berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran yang ada pada pemiliknya seorang Bekas Tentera di bahagian Logistik dan Kenderaan iaitu En Shaarum Sulaiman. RELTAN ENT berusaha mendapatkan pembiayaan bagi menambahkan lagi peralatan dan menaiktarafkan Bengkel yang sedia ada.







Monday, October 19, 2009

TASKA KREATIF - SAUJANA UTAMA



PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK INSAN KREATIF ini telah diusahakan oleh Puan Rokiah Kindar sejak dari tahun 2006 sehingga hari ini. Pusat ini terletak di Kawasan Perumahan baru Saujana Utama (Glomac) di Sungai Buloh. Peratus penduduk Melayu di kawsan tersebut adalah 65%. Dan semakin hari pertambahan penduduk meningkat di kawasan perumahan Saujana Utama, oleh itu Puan Rokian berpendapat permintaan perkhidmatan Pusat Jagaan ini akan sentiasa bertambah setiap tahun. Justeru itu beliau mengambil peluang ini sebagai satu kerjaya dan ingin mendapatkan pembiayaan bagi meningkatkan lagi kemudahan dan fasiliti lain di Pusat ini. Dengan tambahan modal ini, beliau dapat menaikkan taraf Pusat Jagaan ini, supaya lebih nampak "esklusif" dan mendapat kepuasan ibubapa yang menghantar anak-anak ke pusat ini.












Wednesday, October 14, 2009

DMA - DAUD MD AKIL



DMA- (Daud Md Akil) sebuah Perniagaan Perkongsian yang mula menjalankan kerja-kerja kontraktor Telekom Malaysia sejak tahun 1990an sehingga hari ini. Kerja-kerja yang pernah diterima mencecah RM700,000.00 bagi satu-satu kontrak. Sehingga hari ini DMA tidak pernah mendapat tawaran mana-mana Institusi kewangan bagi membiayai Kontrak-kontrak yang diterimanya terutama dari Telekom Malaysia. Kontrak terbaru yang diperolehi adalah KERJA-KERJA NETWORK BERSKALA BAGAI PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN RANGKAIAN (NO) dari 16 Okt 2009 hingga 16 Okt 2011. Dengan pengalaman kerja di Telekom Malaysia beberapa tahun dahulu, ia memebri kelebihan kepada DMA mendapatkan kontrak-kontrak yang baik dan kerja-kerja yang dilakukan tidak pernah gagal. DMA memerlukan Pembiayaan bagi membantu syarikat Bumiputera ini terus maju dalam kerja-kerja selenggara yang berkaitan dengan telekomunikasi.







PEMBEKALAN DAN PERKHIDMATAN SEJAGAT




PEMBEKALAN DAN PERKHIDMATAN SEJAGAT adalah sebuah perniagaan tunggal yang dimiliki oleh EN MUSTAFA IDRUS, seorang bekas pegawai bank yang terlebat dalam perniagaan membekalkan papan tanda dan kerja-kerja selenggara papan tanda di Lembah Kelang. Syarikat ini juga terlibat dengan kerja-kerja Kontraktor bangunan dan kerja-kerja yang berkaintan. Mempunyai Premis Kecil di Rawang untuk menyiapkan papan tanda teruatama Tanda Jalan. Kontraknya kebanyakkannya datang dari DBKL dan PBT-PBT Negeri Selangor. Beliau juga antara Kontraktor yang memperkenalkan Tulisan Jawi di papan Tanda Nama Jalan dan di terima pakai oleh DBKL. Beliau memerlukan Pembiayaan bagi memperkembangkan lagi perniagaan ini dengan menyediakan beberapa lagi peralatan dan mesin-mesin.
















Thursday, October 8, 2009

SUNGAI DURI PLANTATION SDN BHD



SUNGAI DURI PLANTATION SDN BHD adsalah sebauah syarikat tempatan yan g telah berjaya bekerjasama dengan Syarikat Korea dengan membawa masuk Teknologi penanaman padi secara komewrsial dan berteknologi tinggi. SDPSB telah membuat MOU dengan Kerajaan Negeri Pahang dan kebenaran memamajukan tanah terbiar di Daerah Pekan Pahang Mukim Pahang Tua sebenar 1200 ekar bagi memajukan projek tersebut dengan asas tujuan menambahkan pengeluaran beras negara. Syarikat ini diterajui oleh Puan Normala Kahar dan En Nohairi sebagai usahawan yang bercita-cita meningkat hasil pertanian dan sekali gus dapat membangunkan tanah terbiar di daerah tersebut yang selama ini terbiar akan dijadikan tanah yang berpontensi mengeluarkan hasil pertanian bagi warga tempatan.