Mansuria Auto adalah sebuah syarikat menjual alatganti kenderaan yang terletak di Seksyen 34 Shah Alam Selangor. Syarikat ini merupakan satu-satu syarikat alatganti yang dimiliki oleh bumiputera dan mempunyai sebuah cawangan di Terengganu. Seharusnya ia diberi kepujian kerana terlalu sedikit bilangan bumiputera yang terlibat dalam perniagaan Alat Ganti Kenderaan yang diketahui umum di monopoli oleh peniagaan Bukan Bumiputra. Atas peningkatan yang mendadak, Mansuri Auto telah banyak mendapat permintaaan teruatama dari bengkel-bengkel kenderaan Bumiputera untuk pembekalan alatganti, oleh itu Mansuri Aota bercita-cita untuk menjadi Pemborong Alat Ganti Kenderaan bagi pembekalan dikalangan kaum bumiputera di Selangor. Maka beliau ingin mendapat pembiayaan dari pihak Bank Tempatan atas tujuan tersebut.
relax song
Monday, August 31, 2009
MANSURIA AUTO (Shah Alam)

SHOW GEAR PRODUCTION SDN BHD
SHOW GEAR PRODUCTION SDN BHD adalah sebuah syarikat yang membekalkan peralatan audio, peralatan kesan bunyi dan peralatan-peralatan lain yang berkaitan dengan keperluan pentas dan acara-acara pelancaran termasuk persidangan-persidangan Antarabangsa. Syarikat ini telah memulakan perniagaan perkhidmatan ini sejak tahun 2005. Pada tahun 2006, pencapaian jualan sebanyak RM3.5 juta, meningkat sehingga RM4.5 juta dalam tahun 2007. Pencapaian yang mendadak sehingga RM7.5 juta dapat dicapai dalam tahun 2008. Atas kelengkapan dan peralatan yang termoden, Shoe Gear Prod Sdn Bhd, sering menjadi rujukan syarikat-syarikat "event" bagi mendapatkan khidmat nasihat dan alatan sekiranya melancarkan sesuatu Majlis. Atas keperluan Modal yang tinggi, SHOW GEAR PROD S?B memohon pembiayaan dari bank tempatan agar dapat meningkatkan perniagaan ini.
Thursday, August 27, 2009
KIMIN INTEGRATED SDN BHD
Kimin Integrated S/B adalah sebuah syarikat baru ditubuhkan pada Julai 2009 dengan bidang "Kontrak Farming" Ayam Daging dibawah Kontrak Pertanian Pertiwi S/B. 2 usahawan bumiputera ini En Azhari Hashim dan En Muhamed Kimin berkeyakinan dengan Kontrak Farming yang boleh memberi pulangan bersih sebanyak RM500,000.00 setahun. Walaupun KISB memerlukan pembinaan yang cukup besar sebanyak 2 juta bagi pembiayaan untuk membina Reban Ayam yang berteknologi tinggi sesuai dengan keperluan hasil Ayam Daging yang baik
Tuesday, August 25, 2009
PRADOH PASTRY CT ENTERPRISE
PRADOH PASTRY CT ENTERPRISE adalah sebuah perniagaan Kuih Muih moden "cookies" yang diusahakan oleh Puan Siti Hawa Abdullah sejak dari tahun 2007. Walaubagaimana pun beliau telah menjalankan perniagaan sejak 15 tahun yang lepas sebagai pernigaan di rumah. Kini telah mempunyai kedai menjual kuihnya sendiri di Taman Gombak berdekatan Greenwood Gombak. Beliau yakin perniagaan ini bukan lagi bermusim di hari Perayaan sahaja terutama pada musim Hari Raya, tetapi permintaan "cookies" kini diperlukan sepanjang tahun dan ada beberapa syarikat bumiputera sudah mula mengekspotkan produk ini. Pradoh Pastry memohon pembiayaan dari SME BANK bagi meningkatkan lagi mutu dan kuantiti keluaran Cookies dengan penambahan peralatan membuat cookies.
Sunday, August 23, 2009
LAWATAN KE FRANKFURT JERMAN BERSAMA AVIATRADE SDN DAN RHB ISLAMIC BANK
Perjanjian Pembelian
Lawatan ke Frankfurt Jerman dari 16 Ogos hingga 20 Ogos 2009 adalah lawatan kerja antara AVIATRADE SB dan Wakil RHB ISLAMIC BANK merupakan lawatan bagi urusan pembiayaan bagi peralatan TRACK JET bernilai RM3.8 juta. Perjanjian pembelian dan pembiayaan telah diuruskan dengan baik, dan AVIATRADE adalah syarikat Pertama di Asia Tenggara yang akan memiliki peralatan ini bagi kebaikan penyelenggaraan Landasan Pendaratan dan Penerbagan KLIA. Teknologi yang berasakan air ini adalah satu-satu teknologi yang ada termaju di dunia. SAS ADVISORY SERVICE mengucapkan jutaan terimakasih dan penghargaan kepada RHB BANK ISLAMIC yang yakin dengan urusniaga ini dan dapat membantu usahawan bumiputra dalam jarak masa pemerosesan yang terpantas. Dan RHB Islamic Bank adalah satu-satu bank di Malaysia sekarang yang komiten dengan usaha mereka membantu Usahawan Bumiputera dalam menjayakan projek dan keusahawanan ini. Wakil RHB adalah En Rosdi, dari Aviatrade ialah En Zubir dan dari Pengilang adalah Em Benn Weigel.

Wednesday, August 12, 2009
PERFUMESMANIA ENTERPRISE
PERFUMESMANIA ENTERPRISE adalah perniagaan tunggal yang dimiliki oleh MOHD NOR AKMIL yang mula beroprasi sejak tahun 2008. PERFUMESMANIA menumpukan perniagaan membekal barangan kosmetik kepada peniaga kecil-kcil dan juga pembekalan barangan perhiasaan wanita. Walaupun kebanyakan perniagaan ini diceburi oleh wanita tetapi Mohd Nor Akmil yakin dengan pembekalan dan harga yang kompetatif perniagaan ini dapat bersaingan dengan syarikat-syarikat lain yang telah sedia maju, namun permintaan produk ini tidak terhad. Memohon TEKUN bagi menambahkan modal pembekalan dan membuka premis perniagaan yang lebih menarik.
GRANDIOSE ENTERPRISE
Grandoise Enterprise telah ditubuhkan oleh En Kamarulzaman sejak tahun 2007 sebagai sebuah Perniagaan Tunggal yang tertumpu kepada pembekalan ke sektor awam. Grandiose juga menjalankan kerja-kerja selenggara bagi Kementerian Pendidikan, Telekom, Risda dan badan-badan berkanun lain. Dalam masa yang sama Grandiose menjalankan kerja-kerja pemasangan peralatam kominikasi dan peralatan multimedia. Sejak kebelakangan ini Grandiose mendapat peluang membekal alatulis berskala besar dibeberapa kementerian. Dengan peluang itu beliau memohon terus pembiayaan bank bagi mebeli terus sebuat syarikat Alat Tulis dan sekali gus syarikat tersebut akan menjadi pembekal terus. Sehingga tahun 2008 jualan tahunan mencecah RM250,000.00 dan ini adalah pencapaian yang baik kerana Grandiose adalah syarikat yang tidak sampai 3 tahun beroperasi.
Friday, August 7, 2009
SHAMU TAILORING (Kajang)
SHAMU TAILORING adalah sebuah Premis Perkhidmatan Menjahit, Mengambil upah menjahit pakaian pelbagai jenis terletak ditengah-tengah kesibukan Bandar Kjang. Diusahakan oleh En Ganesan dengan Isteri beliau. Walaupun kedainya ditingkat 1, tetapi atas sebab ramai pelanggan tetap yang telah sedia ada, Shamu Tailoring bercita-cita membesarkan perniagaan ini supaya dapat menerima tempahan yang lebih banyak dan menguntung kan. Oleh itu beliau memohon dari TEKUN Malaysia sebagai titi permualaan syarikat ini mendapat pembiayaan.
Thursday, August 6, 2009
EZ LAUNDRY ONE SERVICES (Bandar Puteri Puchong)
EZY LAUNDRY ONE SERVICES diusahakan oleh 2 orang usahawan Beliawanis bersahabat baik, berkongsi perniagaan Dobi setelah mempunyai pengalaman kerja selama beberapa tahun dengan Kedai Dobi di Petaling Jaya. Rakan Kongsi perniagaan adalah CIK ASLINDA MAT SAMAN dan CIK SITI AISYAH WAHIDIN bercita-cita memajukan lagi Perkhidmatan ini dan menjadikan Perniagaan Dobi ini adalag satu kerjaya yang berjaya. Dalam masa yang sama beliau mengambil peluang mandapatkan banyak kontrak cuci pakaian dan juga dry cleaning di sekitar Bandar Puteri dan Puchong. EZY LAUNDRY memohon pembiayaan dari SME BANK bagi membeli mesin-mesin yang lebih berkapasiti tinggi bagi menerima kontrak-kontrak yang lebih besar.
Tuesday, August 4, 2009
ARZI ENTERPRISE (Shah Alam)
ARZI ENTERPRISE sebuah syarikat Kontraktor Bumiputra yang telah mula beroperasi sejak tahun 2001 sehingga hari ini. Di miliki oleh En Arzi Rusli, seorang usahawan muda bercita-cita untuk lebih maju lagi. Sehingga hari ini Jumlah kerja yang pernah tercapai adalah setinggi RM700,000.00 setahun. Projek-projek dan kerja-kerja banyak tertumpu kepada UITM, MPPJ, MBSJ, KASTAM dan beberapa Kemneterian yang lain. Setakat ini syarikat beliau dibiayai oleh kemudahan Factoring dari Bank Rakyat. Beliau ingin memohon lebih banyak kemudahan dari Institusi Kewangan supaya dapat menyokong usaha beliau meningkatkan usaha kerja dan juga memberi lebih banyak peluang kerja kepada lepasan Universiti dan Kolej dengan kerja-kerja yang berkaintan dengan bidang yang ada sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)