relax song

Thursday, July 30, 2009

MNS AUTO PART SERVICES (Puncak Alam)



MNS AUTO PART SERVICES adalah satu-satu bengkel kenderaan yang dimiliki oleh seorang usahawan muda bumiptera terletak di Kawasan Perindutrian Puncak Alam yang baru di buka. EN MOHD NAZRI MOHD NAWI (35 tahun) mengambil risiko membuka bengkel membaiki kenderaan dikawasan tersebut atas pandangan jangka panjang, justeru pembangunan kawasan Puncak Alam yang meyakinkan dalam tempuh 5 tahun akan datang. Beliau menjangka, pembangunan Kampus UITM Puncak Alam ada kaitan dengan kebanjiran banyak kenderaan dari tenaga pengajar, kakitangan malah pelajar-pelajae sendiri. Beliau juga menjadi pengedar kepada minyak pelincir jenama CAVIAGA yang banyak permintaan dari bengkel-bengkel kecil luarbandar. Memohon pembiayaan bagi meningkatkan aktiviti bengkel dan pemasaran minyak pelincir daripada SME BANK.








Wednesday, July 29, 2009

FUZAINI SAHAR (Puchong Intan)


PERNIAGAAN FUZAINI SAHAR telah menjalankan perniagaan membuat dan membekal kuih muih sejuk beku sejak tahun 2006 lagi sehingga hari ini. Disamping bakeri yang sedia ada, beliau giat menyediakan kuih "frozen" yang dapat dijual dibeberapa pasaraya dan kedai-kedai runcit yang lain. Dengan mutu keluaran yang terpuji, PERNIAGAAN FUZAINI SAHAR telah mendapat tempahan dari "KART,S FOOD dengan kuantiti mencecah 6000 biji kuih setiap kali penghantaran. Dengan tempahan yang begini banyak, PFS memerlukan pembiayaan bagi membeli beberapa buah mesin bagi mempercepatkan proses penyediaan kuih. Beliau memohon dari SME BANK bahagaian pembiayaan khas bagi mendapat pembiayaan tersebut.








Monday, July 27, 2009

HMS ENTERPRISE (Shah Alam)




HMS ENTERPRISE adalah sebuah Perniagaan Pemilikan Tunggal yang ditubuh sejak tahun 1989 dan terlibat dalam banyak projek-projek pembekalan dan penyelenggraan, tumpuan di Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling Jaya. Syarikat ini sekarang duterajui oleh Usahawan Wanita Puan Zuraini bin Ishak, yang berpengalaman dalam urusniaga pembekalan dan kontrak sejak dari tahun 90an lagi. Sehingga tahun 2009 pencapai jualan mencecah RM500,000.00. HMS banyak mendapat projek dari JKR cawangan Keselamatan, MBSA, MPSJ dan MPPJ di samping kerja-kerja dari Jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Mendapat Kontrak Pemasangan Meter Air dari Syabas dan sekarang kontraknya bersambung. Dengan banyaknya kontrak tersebut, HMS memohon pembiayaan dari SME Bank supaya dapat membantu modal kerja yang diperlukan bagi menjalankan projek-projek terkini.








Sunday, July 26, 2009

PELANGI JINGGA ENTERPRISE



En Zulkefly Ibrahim adalah Bekas Tentera yang bersara dari Angkatan Tentera pada tahun 2004, bekerja 2 tahun di Syarikat Sinar Jaya dan selepas itu menubuhkan PELANGGI JINGGA ENTERPRISE dan berjaya mendapat beberapa kontrak pembekalan peralatan alat ganti dan peralatan-peralatan lain untuk dibekalkan ke UPM, Jabatan Pertanian, Kem Sumber Manusia dan juga beberapa Jabatan lain. Sehingga hari ini Hasil Kerja tertinggi beliau adalah sebanyak RM287,000 setahun. Beliau ingin menningkatkan lagi usaha menjadi pembekal tetapi kekurangan modal kerja tetap yang amat diperlukan. Oleh itu beliau memohon pembiayaan dari SME BANK bagi membantu beliau menambahkan modal kerja.







Saturday, July 25, 2009

VA THEVARAJ MAJU ENTERPRISE


VA THEVARAJ MAJU ENTERPRISE sebuah syarikat pemilikan tunggal di miliki moleh En GUNASEELAN THEVARAJ menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan. Mendapat beberpa kontrak dari pusat-pusat komersial dan menggunakan pekerja tempatan dan asing untuk menjalankan kerja-kerja tersebut. En Guna seelan mempunya pengalaman bukan hanya kerja-kerja pembersihan, beliau juga berpengalaman dalam bidang perniagaan pengangkutan. Walaupun perniagaan ini hanya menggunakan tenaga kerja manusia, tetapi juga memerlukan modal tetap seperti kelengkapan peralatan pembersihan yang kosnya tinggi. Beliau memohon Pembiayaan dari BSN Temaniaga supaya dapat membantu nya mendapatkan modal pusingan dan modal tetap.








HABIB INDAH CAFE (Bandar Sunway)


HABIB INDAH CAFE adalah salah sebuah restoran yang diusahakan oleh usahawan muda En Yusrin Habib, dan dibantu oleh ahli keluarha En Habib di tengah-tengah kesibukan Bandar Sunway. Restoran ini menyediakan semua jenis makanan kecuali makanan "western". Menjadi tumpuan pelanggan kerana terletak di kalan Utama ke pusat perdagangan Bandar Sunway. Hasil jualan adalah anggaran RM800,000 setahun, dan Habib Indah cafe memohon pembiayaan dari SME BANK supaya restoran ini dapat dinaik taraf dan membuka satu lagi cawangan. Pemilik sekarang adalah serahan dari En Habib yang telah lebih 25 dalam bidang restoran dan En Yusrin adalah penilik baru restoran ini.








Thursday, July 23, 2009

HULU BERNAM WORKSHOP (Hulu Bernam)



EN CHOW YEE THYE adalah pemilik tunggak HULU BERNAM WORKSHOP dan beliau telah perniagaan Bengkel membaiki kenderaan secara sendiri sejak awal tahun 2000. Mempunyai pengalaman lebih dari 25 dalam industri ini. Namun disebabkan ekonomi menrundum, bengkel HULU BERNAM menghadapi kemerosotan dalam jualan dan kerja-kerja pembaikan disamping kurangnya peralatan bengkel yang perlu kerana banyak kenderaan-kenderaan baru memerlukan peralatan baru untuk dibaiki. HULU BERNAM WORKSHOP memohon pembiayaan dari dana sedia ada untuk memajukan Bengkel Membaiki Kenderaan yang sedia ada.







Wednesday, July 22, 2009

SHIMETSU-F-EXPRESS (Shah Alam)



SHIMETSU-F-EXPRESS adalah syarikat wakil Pengangkutan dan Penghantaran yang bertaraf Bumiputera telah beroperasi sejak tahun 1997 sehingga hari ini. Diterajui oleh En Zainal bin Jamin berpengalaman sejak dari tahun 1970an apabila bertugas dengan Kontena Nasional dan menubuhkan SESB pada tahun 1997. Jualan tertinggi syarikat yang pernah dicapai mencecag RM6,000,000 setahun dan kini ingin mendapatkan pinjaman modal pusingan yang lebih besar untuk memperbesarkan operasi SESB. Pernah mendapat pembiayaan dari Maybank sebanyak RM100,000.00. Dengan perkembangan ekonomi sekarang SESB yakin dapat meningkatkan julan sebanyak RM7,000,000.00 pada tahun 2009







Sunday, July 19, 2009

AVIATRADE SDN BHD (Shah Alam)



AVIATRADE SDN BHD adalah sebuah syarikat bumiputera 100%yang diusahakan oleh EN Zubir bekas kakitangan jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan kini menjalankan kerja-kerja selenggara landasan (runway). Sehingga hari ini urusniaga Aviatrade dengan kerja-kerja selenggara dan pembekalan peralatan Aviasi ke KLIA mencecah RM6,000,000.00 setahun. Mendapat pembiayaan dari Maybank dibawa skim CGC sebelum ini, dan dengan perkembangan niaga yang semakin meningkat, Aviatrade mempunyai "target" membeli sebuah Mesin TRACKJET dari Germany bagi kerja-kerja penyelenggaraan Landasan KLIA dan lapangan terbang yang lain-lain. AVIATRADE yakin dengan memiliki peralatan ini kerja-kerja selenggra dapat ditingkatkan kualitinya. Beliau memohon pembiayaan dari SME BANK.







AZAM BEST FARM (Melaka)



AZAM BEST FARM, sebuah Ladang Ternakan Kambing pelbagai baka yang terletak di Sungai Rambai Melaka. Mula diusahakan sejak akhir tahun 2008. Dimiliki oleh seorang usahawan lulusan Automotif Kolej Komuniti Melaka dan dibantu oleh ahli keluarga beliau (EN KHAITUL MUNAP) sehingga hari ini telah menjalankan aktiviti mengimpot baka kambing luar, kambing tempatan untuk dibiakkan dan kemudian membekalkan kambing-kambing tersebut kepada penternakan temapatan. Dalam masa yang sama AZAM BEST FARM ingin memperkembangkan usaha pertanian ternakan ini ke Skala yang lebih besar dari skala yang ada sekarang ini dengan melibatkan diri ke pembekalan Daging Kambing segar ke pasaran tempatan. Beliau memohon pembiayaan AGRO BANK bagi tujuan tersebut.







Friday, July 17, 2009

JOB PERSONNEL CONSULTING SDN BHD (KL)



JOB PERSONNEL CONSULTING SDN BHD adalah sebuah syarikat yang beroperasi di Wisma Central Kuala Lumpur diusahakan oleh 3 orang usahawan Wanita, Puan Jotthi Karupiah, Poonasweri dan Wan Noraini Othman. JPCSB adalah sebuah syarikat perunding dan firma pekerjaan yang berkonsepkan pekerjaan profesional sahaja. JPCSB telah mendapat kontrak dengan beberapa syarikat Koporat Tempatan dan Luarnegeri, membekalkan pekerja-pekerja professional secara kontrak. Sehingga tahun 2008, jumlah pusingan perniaggan mencecah RM1.6 juta. JPCSB mempunyai visi untuk mencapai jualan sehingga RM2.3 juta setahun dan mempelbagaikan industri. Syarikat ini telah di biayai oleh CGC semalam 3 tahun dengan ingin meningkatkan lagi modal kerja kepada RM500,000.00 dengan bantuan CGC.







Tuesday, July 14, 2009

TWIN ANGEL ENTERPRISE (K Lumpur)



TWIN ANGEL ENTERPRISE telah ditubuhkan sejak 2006 dengan aktiviti perniagaan yang kecil terlibat dalam kerja-kerja mereka bentuk produk-produk promosi bagi pasaran dan pemintaan syarikat koporat dan syarikat-syarikat berjenama. Syarikat ini di terajui oleh Usahawan Muda Wanita SHAMHANIN BT ARIE yang berkelulusan Diploma UPM dan mempunyai pengalaman Kerja di syarikat-syarikat Franchanies seperti Fish Shop, King Confectionary dan Dunkin Donat. Dari pengalaman ini beliau nampak peluang berniaga dengan syarikat ini membekalkan reka bentuk Produk Promosi dan akhirnya mendapat permintaan yang mengalakkan. Bagi memperkembangkan perniagaan ini beliau memohon Pembiayaan dari TEKUN untuk mendapatkan Dama Modal yang cukup dan dapat membangunkan perniagaan yang tidak banyak persaingan ini.







Tuesday, July 7, 2009

ALAT GANTI & BENGKEL KENDERAAN MHA (Ipoh)



ALAT GANTI & BENGKEL KENDERAAN MHA dimiliki oleh EN HARIS GOH ABDULLAH seorang pengusaha bengkel kenderaan sejak dari tahun 2001. Beliau adalah orang lama dalam industri ini di Ipoh. Bengkel kenderaan beliau terletak di Kawasan Perindustrian Jelapang dan merupakan bengkel yang dikenali ramai di Kawsan Bandar Ipoh. ABKM sehingga hari ini berjaya memperolehi pusingan jualan mencecah RM1,300,000.00 setahun. Oleh itu ABKM telah mengemukakan cadangan memohon Pembiayaan dari SME bank tapak baru Bengkel di Taman Pertama, Kawasan Perindudtrian Jepalang. Beliau yakin dengan tapak baru yang lebih hampir dengan Bandaraya Ipoh, perniagaan bengkel ini akan mencecah 1.5-2.0 juta jualan dalam setahun akan datang.