SALJU BIRU EDU SERVICE memulakan perniagaannya sejak tahun 2007 sehingga hari ini, berteraskan bidang Teknologi Maklumat. Dari sebuah syarikat yang membekal peralatan komputer sehingga membangunkan sebuah Pusat Siber Internet di Bandar Baru Bangi, syarikat ini berkeupayaan menawarkan perkhidmatan menyewa komputer dan peralatan-peralatan komputer yang lain. Diterajui oleh En Badli Haryadi Mohd Baharudin seorang usahawan berkelulusan Sarjana Undang University Islam Antarbangsa, berkeyakinan bahawa perniagaan ini boleh meningkat maju sekiranya mempunyai Dana Pembiayaan yang cukup di bawah Pembiayaan IKS. Oleh itu beliau memohon dari SME Bank bagi tujuan memperkembangkan lagi perniagaannya.
relax song
Tuesday, June 30, 2009
Friday, June 26, 2009
RAUDHAH DESIGN & BEAUTY (Kuala Lumpur)
RAUDHAH DESIGN & BEAUTY adalah perniagaan yang dimiliki oleh PUAN RAMLAH BINTI DAWI, seorang usahawan wanita yang berpengalaman dalam perniagaan berkonsepkan butik sejak tahun 2002 lagi. Beliau membuka BUTIK Pakaian jenama Raudhah di Pusat Perniagaan Baru di taman Sri Rampai atas konsep BUTIK PAKAIAN MUSLIMAH. Sejak dari awal tahun 2000 sehingga hari ini permintaan terhadap pakaian Muslimah meningkat kerana ramai wanita Islam sudah mula mencari pakaian-pakaian yang berkonsepkan seperti itu. Atas peningkatan itu, beliau memohon Pembiayaan dari SME BANK di bawah SKIM Pembiayaan Khas bagi memajukan kan Butik beliau.
Thursday, June 25, 2009
CERY AUTO GARAGE (Shah Alam)
CERY AUTO GARAGE adalah sebuah Bengkel Membaiki Kenderaan yang di miliki oleh EN NURAIMY yang mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja membaiki kenderaan selama 10 tahun. Premis bengkel beliau terletak dikawasan perkilangan seksyen 23 berdekatan Kilang KANZEN dan NITTO DENKO. Keluasan bengkel yang cukup luas membolehkan beliau menerima banyak kereta dalam satu-satu masa. Setakat hari ini, Cery Auto Garage hanya mengambil beberapa mkereta dalam satu masa disebabkan kekurangan modal alat ganti dan kelengkapan. Beliau memohon Pembiayaan TEKUN bagi menambah modal alat ganti dan menaikkan taraf Bengkel.
.
Monday, June 22, 2009
RANTING WORKSHOP (Kajang)
RANTING WORKSHOP adalah bengkel membaiki Kenderaan yang terletak di Desa Putra Kawasan, Laluan Sungai Merab Dalam melalu Jalan Ke Dengkil dan Putrajaya. Bengkel diusahakan di atas tanah sendiri selama beberapa tahun yang lalu. Sehingga hari ini RANTING WORKSHOP dikunjungi oleh pelanggan-pelanggan dari sekitar Kajang, Bangi, Dengkil malah dari Putrajaya dan Dengkil. Kelebihan bengkel ini adalah terletak di tepi jalan di persimpangan antara Jalan ke Putrajaya dan Dengkil menyebakan jalan tersebut menjadi laluan utama. Atas kepesatan kenderaan yang datang ke bengkel, RANTING WORKSHOP memohon pembiyaan TEKUN bagi menambahkan modal mendapatkan beberapa peralatan supaya mutu mekanik di bengkel diRANTING WORKSHOP dapat ditingkatkan.
Sunday, June 21, 2009
TERATAI KATERING (Putrajaya)
TERATAI KATERING adalah salah satu daripada banyak perniagaan-perniagaan Katering yang beroperasi di Pusat Pentadbiran Putrajaya. TERATAI KATERING menjalankan Kafetaria di Blok E14 Putrajaya dan merupakan Kafetaria yang dikunjungi oleh ramai pelanggan yang merupakan kakitangan dari Kementerian Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan. Dalam masa yang sama TERATAI KATERING mengusahakan tawaran-tawaran katering yang banyak di tawarkan dari mesyuarat-mesyuarat kecil dan besar Kementerian. Denganh permintaan yang semakin meningkat setiap bulan, TERATAI KATERING memerlukan pembiayaan bagi menambahkan lebih banyak peralatan katering berikutan dengan permintaan yang semakin bertambah.
Thursday, June 18, 2009
KASYIFIL RAZAN ENTERPRISE (Bandar Baru Salak Tinggi)
KASYIFIL RAZAN ENTERPRISE adalah syarikat pemilikan tunggal yang menjalankan perniagaan restoran R&B Bistro di kawasan pusat perniagaan Kosmopkes Bandar Baru Salak Tinggi Sepang. KRE menyewa 2 lot kedai dan menjalankan perniagaan restoran selama 24 jam. Dalam masa yang sama KFE juga menjalankan perniagaan Katering bagi sekitar Salak Tinggi, Nilai, Sepang dan Putera Jaya. Pemilik KRE En Mohamad Herman Mohamad Johari memohon pembiayaan dari TEKUN bagi membanyakkan lagi kelengkapan Katering dan urusniaga dapat dipercepat dan dimasa akan datang perniagaan dijangka akan meningkat
THREE SIXTY AGRO FARM RESOURCES (Banting)
THREE SIXTY AGRO FARM RESOURCES di miliki oleh EN NORISHAM PAIMIN seorang usahawan muda yang memulakan kerjaya penanaman Cendawan sebanyak 5000 bungkah dengan modal mula membuat bangsal sebanyak RM10,000 dibelakang rumah. Setelah terbukti mendapat pendapatan bersih RM3,000 hingga RM4,000 sebulan, beliau bercita-cita membesarkan lagi bangsal cendawan yang dapat memuatkan 10,000 bungkah disebelah tanah di kawasan rumah. Beliau yakin modal yang tidak melebihi RM50,000 diperlukan bagi menyediakan segala kelengkapan agar dapat menghasilkan pendapatan bersih antara RM8,000 hingga RM10,000 sebulan. Dengan permintaan yang semakin banyak terhadap hasil cendawan, permohonan dari TEKUN yakin dapat diperolehi membantu beliau meningkatkan perniagaannya
Wednesday, June 17, 2009
MATAHARI TERBIT RESOURCES (SRI NATASHA ANDAMAN)
Puan Nuryatimah Wahid adalah pemilik MATAHARI TERBIT RESOURCES yang menjalankan perniagaan SRI NATASHA ANDAMAN sejak awal tahun 2002 sehingga hari ini. Beliau adalah seorang usahawan wanita yang gigih membangunkan perniagaan andamannya dengan modal yang dikumpulkan sendiri. Bercita-cita membuka sebuah premis Andaman yang berkonsepkan Andaman sebenar kerana selama ini beliau berniaga dari rumah. Atas sebab pelanggan kurang percaya untuk meberinya Pakej yang lebih besar atas alasan perniagaan dari rumah, beliau memohon Pembiayaan TEKUN bagi mendapatkan modal membuka premisnya di Kawasan Perniagaan di Bandar mahkota Cheras
CHAMASH ENTERPRISE
CHAMASH ENTERPRISE adalah sebuah syarkat yang menjalankan perkhidmatan penjagaan Langskap dan Kerja Mencuci Bangunan dan berkaitan dengan pembersihan. Syarikat ini diusahakan oleh ENCIK SHARUL HARISA yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang pembersihan dan penjagaan langskap. Beliau ingin mendapatkan lagi lebih banyak kelengkapan dan juga mesin-mesin bagi mempercepatkan kerja.Mutu kerja sentiasa menjaga mutu kerjanya, dan dengan mutu kerja yang baik, CHAMASH ENTERPRISE telah berjaya mendapat kerja-kerja penjagaan langskap dikawasan perumahan di CYBERJAYA satu kawasan elit. Dengan pembiayaan yang cukup, CHAMASH ENT yakin dapat meningkat lagi perkhidmatan dan dapat memberi peluang kepada ramai lagi belia tempatan.
Monday, June 15, 2009
SAPRUDA ENTERPRISE (Shah Alam)
SAPRUDA ENTERPRISE adalah sebauh syarikat Bumiputera yang menjalankan kerja-kerja kontrak pembersihan dan Langskap, taman dan juga kerja-kerja mencantikkan kawasan, bagi sekitar Shah Alam dan juga Petaling Jaya. Banyak mendapat Kontrak dari MPSJ, MBSA dan juga beberapa syarikat besar. Syarikat ini diusahakan oleh EN AZHARI SHAHARI berkelulusan Diploma Kejuruteraan dan Perhubungan Politeknik Sultan Ahmad Shah Kuantan. Selama dalam perniagaan SAPRUDA ENTERPRISE tidak pernah berpeluang mendapat pembiayaan dari mana-mana Institut Kewangan Tempatan. Dengan rekod kerja yang membanggakan, SAPRUDA ENT memajukan permohonan beliau untuk mendapatkan pembiayaan.
Sunday, June 14, 2009
RS CRYSTAL COLLECTION (KL)
RS CRYSTAL COLLECTION adalah sebuah perniagaan peruncitan dan pemborong yang di milikimoleh DATIN SARANE BT ZAINAL. Beliau telah menceburkan diri dalam perniagaan Fabrik, Pakaian Siap wanita dan juga Aksesori wanita ini sejak dari tahun 1987 lagi secara sambilan dan membuat perniagaan sepenuh masanya pada tahun 2005 sehingga hari ini. Walaupun bergerak dari rumah tetapi sudah mempunyai jumlah peruncit dan pelanggan yang ramai. Pernah mencapai pusingan perniagaan sebanyak RM400,000.00 setahun. Kini RS CRYSTAL COLLECTION membuka premis perniagaan nya sendiri kerana bercadang mengembangkan perniagaan secara pasaran terbuka. Memohon Pembiayaan dari SME Bank
Thursday, June 11, 2009
HML ZIES ENTERPRISE (Puchong)
HML ZIES ENTERPRISE menjalankan perkhidmatan Dobi yang berpusat di Taman Perindustrian Puchong Utama, dan satu-satu pusat dobi yang dimiliki oleh Puan Fazidah Joned, seorang usahawan wanita yang gigih. Beliau telah menjalankan perkhidmatan ini sejak tahun 2000 sehingga hari ini. Sehingga tahun 2007 jumlah jualannya mencecah RM400,000.00 setahun. Melihatkan permintaan yang semakin banyak, syarikat ini bercadang menaiktaraf Premis Dobi yang sedia ada ketaraf yang lebih baik dan dapat menarik pelanggan setempat. Beliau memohon pinjaman ini bagi mengembangkan dengan menambah mesin-mesin baru.
Tuesday, June 9, 2009
MINI MARKET KESUMA (Bdr Tasek Kesuma)
MINI MARKET KESUMA diusahakan oleh Usahawan Bumiputera En Mohd Kassim Abd Hashim sejak dari tahun 2002 sehingga hari ini. Dari sebuah Mini Market sebesar 1 lot kedai kini Mini Market Kesuma seluas 3 Lot Kedai. Mini Market ini merupakan pilihan utama penduduk Pangsapuri Baiduri Bandar Tasek Kesuma berbelanja harian dan barangan keperluan rumah. Sehingga tahun 2008, putaran jualan adalah RM154,000.00. Dengan jumlah urusniaga sebanyak itu beliau bercita-cita menyewa sebuah lah lot bagi membesarkan Mini market beliau kepada 4 lot dan akan menambahkan lagi ruang niaga. Beliau memohon Pembiayaan dari SME Bank.
Subscribe to:
Posts (Atom)