relax song

Tuesday, March 31, 2009

MUARA BERNAS (M) SDN BHD

Muara Bernas Sdn Bhd, syarikat Bumiputera yang diperbadankan pada tahun 1994 dan menjalankan perniagaan Kontraktor Klas C. Muara Bernas bertapak di Taman Seremban Jaya dan sehingga tahun 2008 syarikat ini telah berjaya memperolehi projek melebihi RM4,000,000.00. Dengan saingan yang cukup kuat, tetapi setakat ini Muara Bernas sering berjaya mendapat projek-projek dari JKR, Majlis Perbandaran Seremban dan beberapa badan berkanun. Dijangka pada tahun 2009 Muara Bernas dapat "secured" projek bernilai lebih RM10,000,000.00. Dengan nilai tersebut En Mohd Amin memerlukan pembiayaan dalam lingkungan RM1,500,000.00 menerusi RHB Islamic Bank


Monday, March 23, 2009

ZSA JAYA SDN BHD (SEREMBAN)


ZSA JAYA SDN BHD adalah kontraktor Bumiputera Kelas D yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan merupakan satu satu Syarikat Kontraktor Bumiputera yang dikenali di Seremban. Mempunyai pusingan kerja pada tahun 2008 sehingga RM1.5 Juta. Sehingga bulan Disember 2008 ZSA JAYA SDN BHD berjaya memperolehi hampir RM10 juta projek tetapi kekurangan modal untuk menjalankan projek-projek tersebut. Syarikat ini di terajui oleh En Mohd Zin Hj Siron sejak tahun 1997 sehingga hari ini. Mempunyai premis milik sendiri dan yakin dengan pembiayaan yang ada, syarikat ZSA Sdn Bhd akan berdaya maju








Thursday, March 19, 2009

AFFIMAZ (M) SDN BHD (SEREMBAN)


AFFIMAZ (M) SDN BHD adalah salah satu dari beberapa syarikat kontraktor Bumiputera Kelas A yang berdaftar dengan kementerian Kewangan dan bertapak di Negeri Sembilan. Sejak dari tahun 2002 hingga 2008 AFFIMAZ telah melaksanakan kerja-kerja dari Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelajaran, Majlis Perbadandaran Pork Dickson dan beberapa badan berkanun yang lain. Pusingan kerja setahun adalah dalam lingkungan RM3,000,000.00 hingga RM4,000,000.00 dan selama ini tidak pernah mendapat mana-mana pembiayaan. Beliau memohon Kemudahan pembiayaan bagi menampung kerja-kerja yang akan diterima tidak lama lagi dalam lingkungan RM22,000,000.00









Wednesday, March 11, 2009

BILLION AGROTECH SDN BHD


BIILION AGROTECH SDN BHD sebuah syarikat Bumiputera sepenuhnya (100%) telah berjaya mendapatkan kontrak (Contract Farming) dengan Huat Lai Resources Berhad bagi menternak ayam dan perusahaan ternakan ayam telur danghasilkan telur ayam berskil besar. Billion Agrotech didalam kontrak tersebut dikehendaki menternak minima 30,000 ekor ayam dalam satu-satu masa untuk diserahkan kembali kepada HLRB pada setiap 4 bulan. Dengan kontrak ini BASB memerlukan pembiayaan untuk membuat Reban-reban Ayam bermutu dan berteknologi tinggi bagi membuatkan ayam tersenut dihasilkan segar dan dapat menghasilkan telur sebagai produk utama HLRB.








Monday, March 9, 2009

D LAVENDER ENTERPRISE (SEREMBAN)


D LAVENDER ENTERPRISE dahulunya dikenali dengan nama MAYA CAFE, sebuah restoran yang beradea di kawasan Lavender Height, kawasan pusat perniagaan yang baru. Diusahakan oleh usahawan muda berlatar belakang kan F & B, beliau bercita-cita untuk membangunkan restoran dan berkonsepkan lebih elit. DEngan berbekalkan pengalaman niaga di industri makanan, beliau memerlukan pembiayaan untuk menaiktaraf Restoran ini dlm lingkugan 150,000.00. Pembiayaan yang dipilih adalah SME Bank








Friday, March 6, 2009

TIMUR WAWASAN ENTERPRISE (PAHANG)


TIMUR WAWASAN ENTERPRISE adalah sebuah Perniagaan Perkongsian yang mempunyai Lesen Kementerian Kewangan bagi membekalkan pelbagai barangan ke Jabatan Kerajaan dan sektor Awam yang lain sejak 2003. TWE di erajui oleh En Hashim Ibrahim dan sehingga hari ini mempunyai rekod pembekalan peralatan bengkel, makmal, bahan mentah dan lain ke Universiti Malaysia Pahang, Kolej Komuniti di pahang, Sekolah Men Teknik, Penjara Tenor Pahang dan Majlis Perbandaran Kuantan. TWE memerlukan pembiayaan yang cukup bagi meningkatkan modal pembiayaan untuk menjalankan aktiviti pembekalan akan datang.