relax song

Tuesday, December 29, 2009

HAZ ALKAUSAR ENTERPRISE


Syarikat ini baru ditubuhkan setelah berjaya mendapat Kontrak sebagai Pembekal Peralatan Tapisan Air (RO FILTER) jenama HIJRAH WATER bagi pasaran Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Syarikat ini dimiliki oleh En Hazirul Fezal Mohamad Isa dan berpejabat Operasinya di Taman Tuanku Hamimah 1, Sungai Petani, Kedah. HAZ KAUSAR memerlukan modal Tetap bagi mengubahsuai Pejabat Urusan dan beberapa peralatan Pemasaran supaya pemasaran dapat dijalankan dengan segera. Beliau yakin bahawa Produk yang berasaskan Minuman sihat ini mendapat permintaan yang baik dari pengguna lebih-lebih lagi menggunakan Jenama Muslim yang mendapat Fokus Pasaran bagi pengguna-pengguna Islam. HAZ KAUSAR memohon pembiayaan dari SME BANK bagi tujuan tersebut.












VISUAL INTECH SDN BHD



VISUAL IN-TECH SDN BHD adalah sebuah syarikat bumuputera sepenuhnya yang menjalankan perniagaan membekal peralatan Teknikal bagi Pusat-pusat Pengajian Teknikal terutamna Fakulti Kejuruteraan yang banyak terdapat di Universiti Tempatan di Malaysia. Syarikat ini diterajui oleh EN AMINUDIN MOHD KASSIM seorang yang berpengalaman dalam urusniaga pembekalan peralatan teknikal ini. Visual In Tech Sdn Bhd bermodal berbayar sebanyak RM400,000.00 dan modal dibenarkan sebanyak RM1,000,000.00 dan kini beribupejabat di Bandar Puteri Puchong. Pencapaian Jualan pada tahun 2008, adalah sebanyak RM3,528,317.00 dan berusaha untuk pencapaian sebanyak RM4.5 juta pada tahun 2009. Bagi mencapai sasaran ini, Visual In-Tech Sdn Bhd memerlukan Pembiayaan yang sesuai supaya pembekalan dapat berjaya dengan sempurna tanpa sebarang keraguan dari pihak pemberi tender.












MY BAKTI SDN BHD



MYBAKTI SDN BHD telah diperbadankan sejak tahun 2002 dengan modal berbayar RM100,000.00 dari penariktaraf syarikat asalnya BAKTI ENTERPRISE pada tahun 1990an. Syarikat ini telah mendapat Kontrak Menselenggra Lebuhraya Utara Selatan sejak dari peringkat awal lagi, dan merupakan Syarikat Bumiputera yang pertama mendapat Sijik KOntraktor dari PROPEL/PLUS. MYBAKTI diuruskan oleh EN ESARUL SHAH dan beberapa Pengarah lain, dan pernah mendapat "revenue" sehingga RM3,000,000.00 dalam tempuh setahun. Syarikat ini sering menjadi rujukan dari PLUS dan PROPEL dalam kerja-kerja membaikpulih Lebuhraya. Disebabkan banyak syarikat-syarikat lain yang telah juga menjadi Kontraktor dibidang yang sama, maka MYBAKTI memerlukan pembiyaan sebagai "standby" dalam kerja-kerja yang telah diterima dan akan diterima dimasa akan datang. Oleh itu MYBAKTI memohon pembiayaan dari Institusi Kewngan Tempatan bagi tujuan tersebut.












AXL WORKSHOP
















GETARAN BERNAS ENTERPRISE - IPOH



Bengkel Membaiki Kenderaan ini diusahakan secara Perniagaan Perkongsian Suami Isteri, En Radin Mohd Husnidin dan Puan Nuraisah Arshad. Pengusaha ini empunyai pengalaman lebih dari 12 tahun dalam kerja-kerja membaiki dengan Pusat Srevis Kereta (Fedaral Auto) dan mendapat penghargaan dari VOLVO dengan beberapa pusat servis kereta yang lain. Dari Sijil-sijil penghargaan ini telah membuktikan bhawa En Radin mempunyai kebolehan dalam membaik pulih kenderaan berjenama Eropah. Oleh itu beliau mengusahakan sendiri bengkel ini di Pusat Perindustrian Ringan Jelapang, namun memerlukan pembiayaan yang secukupkan bagi meniktaraf bengkel yang sedia ada agar menjadi lebih mantap dalam menbaikpulih kenderaan-kenderaan sedemikian













Thursday, December 24, 2009

SPEED TYRE



SPEED TYRE SERVICES adalah satu-satu bengkel servis dan membaiki kereta yang terlatak di Pusat Bandar Puchong yang di miliki oleh Pengusaha BUMIPUTERA sepenuhnya. Dengan pengalaman dan juga sijil kemahiran yang dimiliki, penilik bengkel ini inginm meningkatkan lagi perniagaan bengkel ini dengan memodenkan peralatan dan memerlukan modal pusingan yang cukup supaya dapat bersaing dengan Pengusaha-pengusaha bengkel bukan bumiputera yang berjumlah lebih dari 20 pengusaha di sekitar Pusat Bandar Puchong. SPEED TYRE SERVICES telah berjaya mendapat pembiayaan Peralatan Bengkel dari SME BANK dan kini memohon pembiayaan Mikro bagi mendapat modal pusingan yang secukupnya












Sunday, December 20, 2009

POWA AUTO WORK



Bengkel Baikpulih Kenderaan ini terletak di Kampung Batu Belah, jalan arah ke Kapar Klang. Walaupun Bengkelnya kecil namun dalam tempuh 2 tahun, Jualan bengkel mencecah RM275,000.00 setahun. Pemilik bengkel ini En MD AZLI SALMAN adalah orang tempatan yang mempunyai pengalaman lebij 10 tahun dalam kerja-kerja bengkel dan selenggara kenderaan. Pengalaman ini digunakan untuk membuka sebuah bengkel dan yakin boleh maju. Dalam masa yang sama POWA AUTO WORK memerlukan modal untuk menambahkan lagi peralatan bengkel, supaya dapat membaiki kenderaan-kenderaan dari pelbagai model. Oleh itu POWA AUTO WORK memohon pembiayaan dari SME Bank bagi tujuan pembiayaan tersebut.







Saturday, December 19, 2009

ANDAMAN NF ANGGUN



Andaman Pengantin NF Anggun adalah sebuah syarikat yang berasakan Perkhidmatan Andaman Pengantin yang terletak di Tanjung Tualang Perak. Perniagaan ini dimiliki oleh Puan Nor Azurah Bt Nordin, telah didaftarkan pada tahun 1998, tetapi aktif sejak tahun 2001. Permintaan perkhidmatan ini bertambah setiap tahun dan mula terkenal disekitar pelanggan di Batu Gajah, Ipoh, Lumut, Manung dan juga kawasan-kawasan sekitar yang lain. Kelebihan NF Anggun di sini, kerana tidak terdapat saingan berbanding dengan tempat-tempat lain. Atas peningkatan perniagaan NF Anggun masih memerlukan pembiayaan bagi meningkatkan modal aset dan Modal Kerja supaya perniagaan ini boleh meningkat maju.







KEDAI BUAH-BUAHAN ZAITON



Puan Zaiton telah mengusahakan Kedai Menjual Buah-buahan dan barangan runcit ini sejak 3 tahun yang lepas di Tamn Puchong Permai, namun masih kurang mampu memajukan kedainya yang sedia ada, supaya dapat bersaingan dengan kedai-kedai lain yang sedia ada. Walaupun tidak terdapat saingan yang kuat tetapi Puan Zaiton Mohd Nor, memohon pembiayaan supaya beliau dapat menaiktarafkan kedainya yang sedia ada sekarang supaya dapat menarik minat lebih ramai pelanggan, dan bukan sahaja tertumpu menjual buah-buahan tetapi juga menjual barangan runcit yang lain atas permintaan penduduk sekitar.







Thursday, December 17, 2009

VITALINE MARKETING



Vitaline Marketing adalah sebuah syarikat perkongsian yang diuruskan oleh ARINA BT ALI dan EN AHMAD RIZAL, berpejabat di Ara Damansara, Petaling jaya,. Kedua-dua rakan kongsi ini mempunyai pengalaman dalam pembekalan perlatan perubatan termasuk Ubat-ubatan Tak berjadual dan kelengkapan Makmal bagi keprluan Hospital. Kebanyakan sumber produk diimport dari Luar negeri. Modal mula syarikat adalah sebanyak RM30,000.00 pada tahun bermula 2007 dan kini modal terkumpul hampir RM150,000.00. Syarikat ini berjaya membuat pembekalan peralatan perubatan ke Hospital Sepang, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pusat Perubatan UKM dan beberapa hospital kerajaan yang lain. VITALINE MARKEING berusaha mendapatkan pembiayaan kontrak kerana ingin mengembangkan perniagaan pembekalan ini bukan sahaja ke Hospital Kerajaan malah ingin membekalkan produk ke Hospital-hospital Pakar yang banyak terdapat di Lembah Kelang.












Wednesday, December 16, 2009

MUTIARA HIJRAH SOLUTION



MUTIARA HIJRAH SOLUTION adalah syarikat yang baru didaftar pada Bulan April 2009 mendapat kontrak pengedar bagi Produk Penapis Air Teknologi Nano yang dikilangkan di Johor, dan MUTIARA HIJRAH SOLUTION menjadi pengedar utama bagi Lembah Kelang, dan berpusat di Klang Selangor. Namun Pemilik MUTIARA HIJRAH SOLUTION berpandangan lebih jauh bukan setakat menjadi pendegar, tetapi ingin mengorak langkah, membuat Penjenamaan Produknya sendiri. Oleh itu MUTIARA HIJRAH SOLUTION memohon pembiayaan untuk mengeluarkan Produk atas nama baru - PENJENAMAAN (RE-BRANDING) dari Kilang yang sama mengeluarkan Produk HIJRAH.