SULAIMAN YAT CABLE JOINTING sebuah syarikat kontraktor bumiputera beroperasi di Melaka, dan melibatkan diri dalam kerja-kerja Kontraktor Pemasangan Kabel dan penyambungan Kabel dengan Tenaga Nasional. Hanya 4 buah syarikat di Malaysia yang diiktiraf kerja-kerja penyambungan Kabel ini, dan SULAIMAN YAT adalah satu dari 4 buah ini. Dengan pusingan kerja antara 700,000 hingga 1,000,000.00 setahun SULAIMAN YAT ingin memperbesarkan perniagaan nya dengan mendapat pembiayaan dari beberapa Institusi Kewangan. Atas status Bumiputera ini, SULAIMAN YAT ingin mendapat pembiayaan dalam lingkungan 500,000 agar kerja-kerja kontraknya dengan TNB dapat disempurnakan.
relax song
Friday, December 26, 2008
Tuesday, December 16, 2008
ZANMA AUTO RESOURCES
ZANMA AUTO RESOURCES diterajui oleh En Rahman Hussin, seorang bekas pekerja MAB, KLIA, menjalankan perniagaan membaiki kenderaan-kereta dan juga baik pulih kereta. Dalam masa yang sama beliau mengambil peluang menjual kereta terpakai, kebanyakannya kereta tempatan. Dengan pengalaman sebagai bekas pegawai di KLIA, belia banyak mendapat pelanggan dari staf KLIA. Premis perniagaan yang terletak di jalan lama antara Nilai ke KLIA dan tidak sibuk, menjamin pelanggan muda mencari dan berurusan dengan Zanma Auto. Beliau memohon pembiayaan dari skim IKS bagi membaiki pulih bengkel, agar berkeadan lebih menarik pelanggan disamping memperlbagaikan lagi perniagaan dibidang yang sama.
Sunday, December 14, 2008
DYA PLANNER SDN BHD
DYA PLANNER SDN BHD di terajui oleh CIK ZARINA ABDUL AZIZ jurusan Diploma Rekaan Dalaman dari UITM. Beliau menubuhkan syarikat ini bagi memajukan idea dan pernigaan yang ada berkaitan dengan ilmu yang beliau belajar di UITM. Dalam masa yang tidak sampai setahun beliau berjaya mendapat kerja-kerja yang berjumlah lebih dari RM1 juta, Satu-satunya Syarikat Rekaan dalaman Bumiputera yang dikendalikan oleh Usahawan Wanita. Beribu pejabat di Damansara Damai DYA PLANNER SDN BHD memajukan permohonan bagi mendapatkan pembiayaan dlm RM300,000.00 bagi bersedia membiayai projek-projek akan datang.
Saturday, December 6, 2008
NURUL IZZAH CATERING
Syarikat ini telah ditubuhkan dan menjalankan perniagaan sejak tahun 2005, sebuah syarikat perkongsian antara Cik Nurrul Izzah dan ayahnya Haji Harun. Nama Kateringnya terkenal kerana banyak mengendalikan beberapa "event" disektor kerajaan dan perbadanan. "NIK juga memiliki sebuah restoren di seksyen 7 Shah Alam yang terkenal dengan SUP EKOR UTARA. Memohon pembiayaan dari SME BANK cawangan Shah Alam dan tahniah mendapat perhatian yang baik dan respon yang begitu baik dari pihak Bank. Semuga maju jaya.
PUSTAKA ILMUWAN
Pusataka Ilmuwan telah ditubuhkan pada tahun 2007, sehingga hari ini, Pustaka Ilmuwan merupakan sebuah syarikat pengedar
buku-buku yang terkemuka ke seluruhan semenanjung Malaysia. Pustaka Ilmuwan berjaya menjana jualan RM70,000 sebulan. Pustaka Ilmuwan dimiliki oleh seorang usahawan muda En Nizam, dan memohon pinjaman dari SME BANK (Bahagian Pembiayaan Khas). Dengan permohonan ini beliau bercadang mengembangkan rangkaian pengedaran buku ugama dan menjadikan buku-buku agama mendapat pasaran dan permintaan yang baik. Untuk mendapatkan buku-buku ugama sila hubungi beliau : 0192767164
Thursday, December 4, 2008
ZUE BEAUTY STUDIO & ACADEMY
ZUE BEAUTY STUDIO & ACADEMY mula terkenal dengan nama "MakeUp Artist" Salon dimiliki oleh CIK ZUNAIDA OTHMAN dan mempunyai nama baik dari sebahagian produser filem tempatan dan memilih beliau sebagai MAKEUP ARTIST. Beliau mendapat Latihan Kursus Kecantikan di IKBN Pertak dan kini mengusahakan sepenuh masa Salon nya yang terletak di Selayang. Dalamn masa yang sama beliau menjadi Tenaga Pengajar di IKBN. Beliau juga membuka cawangan Salonnya di City Plaza Alor Setar Kedah. Cita-citanya ialah untuk memajukan lagi perniagaan ini dibidang Academi Kecantikan yang jarang diceburi oleh bumiputera dan ini membangunkan "produk Kecantikannya sendiri "MAGIC PANC-CAKE" yang kini banyak digunakan oleh Artis-artis terkenal.
Subscribe to:
Posts (Atom)