SULAIMAN YAT CABLE JOINTING sebuah syarikat kontraktor bumiputera beroperasi di Melaka, dan melibatkan diri dalam kerja-kerja Kontraktor Pemasangan Kabel dan penyambungan Kabel dengan Tenaga Nasional. Hanya 4 buah syarikat di Malaysia yang diiktiraf kerja-kerja penyambungan Kabel ini, dan SULAIMAN YAT adalah satu dari 4 buah ini. Dengan pusingan kerja antara 700,000 hingga 1,000,000.00 setahun SULAIMAN YAT ingin memperbesarkan perniagaan nya dengan mendapat pembiayaan dari beberapa Institusi Kewangan. Atas status Bumiputera ini, SULAIMAN YAT ingin mendapat pembiayaan dalam lingkungan 500,000 agar kerja-kerja kontraknya dengan TNB dapat disempurnakan.
relax song
Friday, December 26, 2008
Tuesday, December 16, 2008
ZANMA AUTO RESOURCES
ZANMA AUTO RESOURCES diterajui oleh En Rahman Hussin, seorang bekas pekerja MAB, KLIA, menjalankan perniagaan membaiki kenderaan-kereta dan juga baik pulih kereta. Dalam masa yang sama beliau mengambil peluang menjual kereta terpakai, kebanyakannya kereta tempatan. Dengan pengalaman sebagai bekas pegawai di KLIA, belia banyak mendapat pelanggan dari staf KLIA. Premis perniagaan yang terletak di jalan lama antara Nilai ke KLIA dan tidak sibuk, menjamin pelanggan muda mencari dan berurusan dengan Zanma Auto. Beliau memohon pembiayaan dari skim IKS bagi membaiki pulih bengkel, agar berkeadan lebih menarik pelanggan disamping memperlbagaikan lagi perniagaan dibidang yang sama.
Sunday, December 14, 2008
DYA PLANNER SDN BHD
DYA PLANNER SDN BHD di terajui oleh CIK ZARINA ABDUL AZIZ jurusan Diploma Rekaan Dalaman dari UITM. Beliau menubuhkan syarikat ini bagi memajukan idea dan pernigaan yang ada berkaitan dengan ilmu yang beliau belajar di UITM. Dalam masa yang tidak sampai setahun beliau berjaya mendapat kerja-kerja yang berjumlah lebih dari RM1 juta, Satu-satunya Syarikat Rekaan dalaman Bumiputera yang dikendalikan oleh Usahawan Wanita. Beribu pejabat di Damansara Damai DYA PLANNER SDN BHD memajukan permohonan bagi mendapatkan pembiayaan dlm RM300,000.00 bagi bersedia membiayai projek-projek akan datang.
Saturday, December 6, 2008
NURUL IZZAH CATERING
Syarikat ini telah ditubuhkan dan menjalankan perniagaan sejak tahun 2005, sebuah syarikat perkongsian antara Cik Nurrul Izzah dan ayahnya Haji Harun. Nama Kateringnya terkenal kerana banyak mengendalikan beberapa "event" disektor kerajaan dan perbadanan. "NIK juga memiliki sebuah restoren di seksyen 7 Shah Alam yang terkenal dengan SUP EKOR UTARA. Memohon pembiayaan dari SME BANK cawangan Shah Alam dan tahniah mendapat perhatian yang baik dan respon yang begitu baik dari pihak Bank. Semuga maju jaya.
PUSTAKA ILMUWAN
Pusataka Ilmuwan telah ditubuhkan pada tahun 2007, sehingga hari ini, Pustaka Ilmuwan merupakan sebuah syarikat pengedar
buku-buku yang terkemuka ke seluruhan semenanjung Malaysia. Pustaka Ilmuwan berjaya menjana jualan RM70,000 sebulan. Pustaka Ilmuwan dimiliki oleh seorang usahawan muda En Nizam, dan memohon pinjaman dari SME BANK (Bahagian Pembiayaan Khas). Dengan permohonan ini beliau bercadang mengembangkan rangkaian pengedaran buku ugama dan menjadikan buku-buku agama mendapat pasaran dan permintaan yang baik. Untuk mendapatkan buku-buku ugama sila hubungi beliau : 0192767164
Thursday, December 4, 2008
ZUE BEAUTY STUDIO & ACADEMY
ZUE BEAUTY STUDIO & ACADEMY mula terkenal dengan nama "MakeUp Artist" Salon dimiliki oleh CIK ZUNAIDA OTHMAN dan mempunyai nama baik dari sebahagian produser filem tempatan dan memilih beliau sebagai MAKEUP ARTIST. Beliau mendapat Latihan Kursus Kecantikan di IKBN Pertak dan kini mengusahakan sepenuh masa Salon nya yang terletak di Selayang. Dalamn masa yang sama beliau menjadi Tenaga Pengajar di IKBN. Beliau juga membuka cawangan Salonnya di City Plaza Alor Setar Kedah. Cita-citanya ialah untuk memajukan lagi perniagaan ini dibidang Academi Kecantikan yang jarang diceburi oleh bumiputera dan ini membangunkan "produk Kecantikannya sendiri "MAGIC PANC-CAKE" yang kini banyak digunakan oleh Artis-artis terkenal.
Saturday, November 29, 2008
PETRONAS BATU 4 JLN IPOH
Stesyen Petronas ini terletak
di Batu 4 Jalan Ipoh Kuala Lumpur dan di letakkan laluan jalan yang paling sibuk arah ke Jalan Kuching Kuala Lumpur. Jualan yang paling tinggi adalah NGV kerana banyak teksi-teksi bandar memilih stesyen ini un tuk mengisi NGV. Stesyen ini dikendalikan oleh En Azhan, seorang usahawan muda bekas pekerja bank. Kami mengucapkan tahniah atas pembiayaan yang berjaya di luluskan oleh SME BANK. Semuga dengan kelulusan in i dapat membantu PETROADZ ENTERPRISE terus maju : Tahniah
Monday, November 24, 2008
PETRONAS BATANG KALI 2
Stesen Petronas Batang kali di kendalikan oleh IDH SYNERGY milik EN KHAIRUNIZAM ABDUL GHANI, Stesen ini memperolehi jualan purata RM35,000 hingga RM40,000 sehari iaitu dalam RM1.2 juta setahun. En Khairunizam adalah usahawan muda (30 tahun) yang berdedikasi. Memohon pembiayaan RM300,000 bagi pusingan modal agar dapat memajukan Stesen ini. Stesen Batang Kali 2 satu-satu Stesen Petrolium yang terdapat bagi laluan ke Pusat Peranginan Genting melalui jalan Batang Kali. Kami di SAS ADVISORY berkeyakinan dengan keupayaan bayaran yang tinggi dan perniagaan tanpa saingan ini, IDH SENERGY mampu maju lebih baik dengan Pembiayaan yang di perolehi.
Sunday, November 2, 2008
KILANG KEREPEK MEESHEH
Kilang Kerepek MEESHEH terlatak di Kampung Sungao Pelek Sepang. Meesheh adalah usahawan wanita telah menjalankan perusahaan in i sejak dari tahun 2000. Sebelum itu beliau membuat kerepak kecil-kecil dari rumah. Kehingga hari ini hampir 1 tan ubi kayu diperlukan untuk menyediakan kerepek goreng. Konsep jualan kerepek adalah secara Borang. Beliau menjualnya secara "bundel" 5 kilo dengan harga RM25.00 sekilo. Sehingga hari ini beberapa syarikat pengusaha makanan ringan mengambil kerepek Meesheh sebagai bahan mentah sebelum di bungkus lebih kemas dan di pasarkan. Sebulan hampir 900-1200 bundel di keluarkan. Pengusaha wanita ini ingin memajukan lagi kilang kerepek ini supaya berbentuk lebih kemasa dan dapat menawarkan pekerjaan kepada lebih ramai penduduk kampung Sungai Pelek SEPANG. Beliau bercita-cita dapat mengeluarkan 2000 hingga 3000 bundel sebulan. Dengan itu beliau memerlukan modal peralatan dan modal pusingan yang lebih besar
PETRONAS BUKIT BERUNTUNG
Stesen Petronas Bukit Beruntung ini diuasahakan oleh seorang usahawan muda MOHAMAD RIDZUAN BIN SUDDIN, berumur 34 tahun. Sebelum ini juga telah berpengalaman menguruskan stesen petronas milik ayahnya selama 10 tahun. Petronas Dagangan Berhad telah memilih beliau mengusahakan Stesen Bukit Beruntung. Walaubagaimana pun beliau telah mengfeluarkan hampir 200,000 modal tunai. Dalam masa sebulan sahaja Stesen ini tlah mencecah jualan anggaran 30,000 sehari. Walaupun mendapat saingan dengan stesen MOBIL terdekat tetapi disebabkan laluan utama didahului oleh stesen beliau, maka ramai pemandu memilih Petronas sebagai stesen pilihan mereka. SAS mengucapkan tahniah kerana di pilh mengusahakan Stesen Bukit Beruntung. Beliau masih memerlukan suntingan modal dalam 200,000 agar pusingan modal stesen ini akan lebih memudahkan urusniaga.
SAUJANA RAWANG - PETRONAS
Saujana Rawang Enterprise, di miliki oleh En Mustakim Ariffin, Sebelum ini beliau telah menjalankan perniaggan yang sama di Puchong, atas rekod "dealer" yang cemerlang, Petronas Dagangan telah memili beliau untuk menguruskan Stesen Petronas Baru ber tempat di tengah-tengah bandar Rawang. Stesen yang baru beroprasi 3 bulan ini mempunyai kawsan seluas 1 1/2 ekar dan dapat menempatkan 14 buah Pam. Dengan laluan anatara Rawang -KL dan ke Utara Stesen di bandar Rawang ini tidak mempunyai saingan yang serius berbanding dengan stesen-stesen lain. Dalam tempuh 3 bulan dibuka Stesen ini mendapat jualan antara 35,000 hingga 40,000 sehari. Beliau ingin memohon kemudahan bank bagi menampung modal yang amat diperlukan.
Sunday, October 26, 2008
ENJE SERVICES - PETRONAS STESYEN
Enje Services adalah salah satu stesten Petronas yang terdapat di Rawang disamping beberapa Stesen Petronas yang lain.
Stesen ini terletak dijalan keluar ke Lebuh Raya Utara Selatan melalaui Rawang. Purata Jualan Stesen ini adalah antara RM 1 Juta hingga RM1.2 juta sebulan termasuk jualan Gas NGV dan Disel. Stesen ini berdaya maju kerana laluan keluar ke Lebuh raya. Hampir 90% kenderaan yang ingin ke Lebuhraya Utara Selatan melalui Laluan Tol Rawang akan mengisi petrol atau Disel di Stesen ini kerasa tiada pilihan Jenama Petrol lain selalin dari Petronas. Di usahakan oleh En Jalal sejak tahun 2002 sehingga sekarang. Disel adalah Jualan yang tinggi kerana kawasan sekitar adalah Kawasan Perindutrian Rawang.
Subscribe to:
Posts (Atom)