relax song

Tuesday, September 8, 2009

MRS GEMILANG ENTERPRISE (MELAKA)





MRS GEMILANG ENTERPRISE adalah sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya mengusahakan pengeluaran air minuman berjenama LESTARI dan kilang pemerosesan terlatak di Teluk Mas Melaka. Kilang minuman ini dimiliki oleh En Mohd Rais bin Shukor dan telah diusahakan sejak 5 tahun yang lalu. Atas kualiti yang baik, MRS GEMILANG ENTERPRISE telah mendapat tempahan dari TESCO seluruh Malaysia bagi membekalkan minuman jenama LESTARI sepanjang 2 tahun. Ini merupakan tempahan yang paling banyak pernah di terima sebelum ini. Namun MRS GEMILANG masih kekurangan modal bagi menjalankan produksi pembekalan kepadsaTESCO Malaysia sepanjang tahun. Oleh itu beliau mengambil langkah bagi memohon Pembiayaan dari pihak bank.















Sunday, September 6, 2009

BENZIN WORKHOUSE



BENZIN WORKHOUSE sebuah bengkel kenderaan yang diusahakan oleh 2 orang usahawan muda MOHD NAZRUL IZWAN dan NAZEY SPUN. Kedua-dua usahawan ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang membaiki kenderaan terutamanya Jenama Mercedes. Dengan Pengalaman selama beberapa tahun bekerja dengan Cycle and Carrigae dan beberapa Bengkel Kenderaan MERZ, kedua-dua rakan kongsi berhenti kerja dan mengusahakan sendiri Bengkel mereka.
Sehingga hari ini telah mempunyai hampir 300 pelanggan tetap dan cuba menambahkan lagi pelanggan tersebut. Mereka memohon pembiayaan dari SME BANK bagi menaikkan tarafkan Bengkel ini setaraf dengan bengkel-bengkel lain yang terkemuka












OMEGA TELECOMMUNICATION



OMEGA TELECOMMUNICATION satu-satu kedai menjual alat Telfon bimbit dan akseosri yang terletak di Bandar BatangBerjuntai, Selangor. Diusahakan oleh seorang Usahawan Muda, SOLOMON MARUTHAMUTHU, hanya berkelulusan SPM, tetapi memulakan pernigaan sejak berhenti dari kerja sebagai QC di kilang POKKA ICE. Tidak banyak saingan setakat ini dikawasan perniagaan tersebut. Namun masih kekurangan modal unutk memajukan lagi perniagaan tersebut. Beliau ingin menaiktaraf lagi Kedai Telefonnya dan juga membuka beberapa cawangan lagi bagi usaha meningkatkan pernigaan ini sebagai satu kerjaya yang dipilih olehnya sendiri








RESTORAN SURIA MENTARI



Restoran Suria Mentari ini telah mula menjalan perniagaannya sejak tahun 2006 sehingga hari ini. Dimiliki oleh En Kamarul Bahrin, seorang usahawan berkelulusan Ijazah Pengurusan UITM, berhenti kerja dari sebuah Bank terkemuka dan melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan Restoran. Restoran yang terletak di sebuah Kompleks Kondominium yang terkenal di Sunway, mempunyai lebih dari 800 yunit rumah (Kondo) sudah cukup untuk melayani pelanggan di kawasan tersebut sahaja. Walaubagaimana pun beliau ingin menaikkan lagi taraf restoran ini supaya lebih kelihatan eksklusif berbanding keadaannya masakini. Memohon pembiyaan dari SME Bank bagi pembiyaan tersebut












Wednesday, September 2, 2009

TIAN MI MI TRADING



TIAN MI MI adalah sebuah Kafe seperti Kopitiam yang terletak di Bandar Puteri Puchong. Walaupun berkonsepkan sederhana tetapi sudah cukup dengan pelbagai jenis makanan dan minuman berdasarkan permintaan orang ramai. Dalam masa yang TIAN MI MI juga memproses kuih muih untuk dijual di Kafe dan dibekalkan ke Kafe-kafe lain di sekitar Puchong, Sunway sehingga ke Subang Jaya. Oleh yang demikian, Kafe bukan sahaja pendapat harian, Pembekalan kuih muih juga adalah pendapatan perniagaan TIAN MI MI. Buat masa sekarang proses membuat kuih dilakukan di rumah (Homemade), dan TIAN MI MI sedang berusaha mendapatkan pembiayaan untuk mengalihkan proses membuat Kek dan Kuihnya di tingkat atas Kafenya yang sedia ada. Pembiyaan yang diperlukan melebihi RM100,000.00 dipohon dari SME BANK












Monday, August 31, 2009

MANSURIA AUTO (Shah Alam)



Mansuria Auto adalah sebuah syarikat menjual alatganti kenderaan yang terletak di Seksyen 34 Shah Alam Selangor. Syarikat ini merupakan satu-satu syarikat alatganti yang dimiliki oleh bumiputera dan mempunyai sebuah cawangan di Terengganu. Seharusnya ia diberi kepujian kerana terlalu sedikit bilangan bumiputera yang terlibat dalam perniagaan Alat Ganti Kenderaan yang diketahui umum di monopoli oleh peniagaan Bukan Bumiputra. Atas peningkatan yang mendadak, Mansuri Auto telah banyak mendapat permintaaan teruatama dari bengkel-bengkel kenderaan Bumiputera untuk pembekalan alatganti, oleh itu Mansuri Aota bercita-cita untuk menjadi Pemborong Alat Ganti Kenderaan bagi pembekalan dikalangan kaum bumiputera di Selangor. Maka beliau ingin mendapat pembiayaan dari pihak Bank Tempatan atas tujuan tersebut.












SHOW GEAR PRODUCTION SDN BHD



SHOW GEAR PRODUCTION SDN BHD adalah sebuah syarikat yang membekalkan peralatan audio, peralatan kesan bunyi dan peralatan-peralatan lain yang berkaitan dengan keperluan pentas dan acara-acara pelancaran termasuk persidangan-persidangan Antarabangsa. Syarikat ini telah memulakan perniagaan perkhidmatan ini sejak tahun 2005. Pada tahun 2006, pencapaian jualan sebanyak RM3.5 juta, meningkat sehingga RM4.5 juta dalam tahun 2007. Pencapaian yang mendadak sehingga RM7.5 juta dapat dicapai dalam tahun 2008. Atas kelengkapan dan peralatan yang termoden, Shoe Gear Prod Sdn Bhd, sering menjadi rujukan syarikat-syarikat "event" bagi mendapatkan khidmat nasihat dan alatan sekiranya melancarkan sesuatu Majlis. Atas keperluan Modal yang tinggi, SHOW GEAR PROD S?B memohon pembiayaan dari bank tempatan agar dapat meningkatkan perniagaan ini.