relax song
Tuesday, December 29, 2009
HAZ ALKAUSAR ENTERPRISE
VISUAL INTECH SDN BHD
VISUAL IN-TECH SDN BHD adalah sebuah syarikat bumuputera sepenuhnya yang menjalankan perniagaan membekal peralatan Teknikal bagi Pusat-pusat Pengajian Teknikal terutamna Fakulti Kejuruteraan yang banyak terdapat di Universiti Tempatan di Malaysia. Syarikat ini diterajui oleh EN AMINUDIN MOHD KASSIM seorang yang berpengalaman dalam urusniaga pembekalan peralatan teknikal ini. Visual In Tech Sdn Bhd bermodal berbayar sebanyak RM400,000.00 dan modal dibenarkan sebanyak RM1,000,000.00 dan kini beribupejabat di Bandar Puteri Puchong. Pencapaian Jualan pada tahun 2008, adalah sebanyak RM3,528,317.00 dan berusaha untuk pencapaian sebanyak RM4.5 juta pada tahun 2009. Bagi mencapai sasaran ini, Visual In-Tech Sdn Bhd memerlukan Pembiayaan yang sesuai supaya pembekalan dapat berjaya dengan sempurna tanpa sebarang keraguan dari pihak pemberi tender.
MY BAKTI SDN BHD
MYBAKTI SDN BHD telah diperbadankan sejak tahun 2002 dengan modal berbayar RM100,000.00 dari penariktaraf syarikat asalnya BAKTI ENTERPRISE pada tahun 1990an. Syarikat ini telah mendapat Kontrak Menselenggra Lebuhraya Utara Selatan sejak dari peringkat awal lagi, dan merupakan Syarikat Bumiputera yang pertama mendapat Sijik KOntraktor dari PROPEL/PLUS. MYBAKTI diuruskan oleh EN ESARUL SHAH dan beberapa Pengarah lain, dan pernah mendapat "revenue" sehingga RM3,000,000.00 dalam tempuh setahun. Syarikat ini sering menjadi rujukan dari PLUS dan PROPEL dalam kerja-kerja membaikpulih Lebuhraya. Disebabkan banyak syarikat-syarikat lain yang telah juga menjadi Kontraktor dibidang yang sama, maka MYBAKTI memerlukan pembiyaan sebagai "standby" dalam kerja-kerja yang telah diterima dan akan diterima dimasa akan datang. Oleh itu MYBAKTI memohon pembiayaan dari Institusi Kewngan Tempatan bagi tujuan tersebut.
GETARAN BERNAS ENTERPRISE - IPOH
Bengkel Membaiki Kenderaan ini diusahakan secara Perniagaan Perkongsian Suami Isteri, En Radin Mohd Husnidin dan Puan Nuraisah Arshad. Pengusaha ini empunyai pengalaman lebih dari 12 tahun dalam kerja-kerja membaiki dengan Pusat Srevis Kereta (Fedaral Auto) dan mendapat penghargaan dari VOLVO dengan beberapa pusat servis kereta yang lain. Dari Sijil-sijil penghargaan ini telah membuktikan bhawa En Radin mempunyai kebolehan dalam membaik pulih kenderaan berjenama Eropah. Oleh itu beliau mengusahakan sendiri bengkel ini di Pusat Perindustrian Ringan Jelapang, namun memerlukan pembiayaan yang secukupkan bagi meniktaraf bengkel yang sedia ada agar menjadi lebih mantap dalam menbaikpulih kenderaan-kenderaan sedemikian
Subscribe to:
Posts (Atom)