EN CHOW YEE THYE adalah pemilik tunggak HULU BERNAM WORKSHOP dan beliau telah perniagaan Bengkel membaiki kenderaan secara sendiri sejak awal tahun 2000. Mempunyai pengalaman lebih dari 25 dalam industri ini. Namun disebabkan ekonomi menrundum, bengkel HULU BERNAM menghadapi kemerosotan dalam jualan dan kerja-kerja pembaikan disamping kurangnya peralatan bengkel yang perlu kerana banyak kenderaan-kenderaan baru memerlukan peralatan baru untuk dibaiki. HULU BERNAM WORKSHOP memohon pembiayaan dari dana sedia ada untuk memajukan Bengkel Membaiki Kenderaan yang sedia ada.
relax song
Thursday, July 23, 2009
HULU BERNAM WORKSHOP (Hulu Bernam)
EN CHOW YEE THYE adalah pemilik tunggak HULU BERNAM WORKSHOP dan beliau telah perniagaan Bengkel membaiki kenderaan secara sendiri sejak awal tahun 2000. Mempunyai pengalaman lebih dari 25 dalam industri ini. Namun disebabkan ekonomi menrundum, bengkel HULU BERNAM menghadapi kemerosotan dalam jualan dan kerja-kerja pembaikan disamping kurangnya peralatan bengkel yang perlu kerana banyak kenderaan-kenderaan baru memerlukan peralatan baru untuk dibaiki. HULU BERNAM WORKSHOP memohon pembiayaan dari dana sedia ada untuk memajukan Bengkel Membaiki Kenderaan yang sedia ada.
Wednesday, July 22, 2009
SHIMETSU-F-EXPRESS (Shah Alam)
SHIMETSU-F-EXPRESS adalah syarikat wakil Pengangkutan dan Penghantaran yang bertaraf Bumiputera telah beroperasi sejak tahun 1997 sehingga hari ini. Diterajui oleh En Zainal bin Jamin berpengalaman sejak dari tahun 1970an apabila bertugas dengan Kontena Nasional dan menubuhkan SESB pada tahun 1997. Jualan tertinggi syarikat yang pernah dicapai mencecag RM6,000,000 setahun dan kini ingin mendapatkan pinjaman modal pusingan yang lebih besar untuk memperbesarkan operasi SESB. Pernah mendapat pembiayaan dari Maybank sebanyak RM100,000.00. Dengan perkembangan ekonomi sekarang SESB yakin dapat meningkatkan julan sebanyak RM7,000,000.00 pada tahun 2009
Sunday, July 19, 2009
AVIATRADE SDN BHD (Shah Alam)


AVIATRADE SDN BHD adalah sebuah syarikat bumiputera 100%yang diusahakan oleh EN Zubir bekas kakitangan jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan kini menjalankan kerja-kerja selenggara landasan (runway). Sehingga hari ini urusniaga Aviatrade dengan kerja-kerja selenggara dan pembekalan peralatan Aviasi ke KLIA mencecah RM6,000,000.00 setahun. Mendapat pembiayaan dari Maybank dibawa skim CGC sebelum ini, dan dengan perkembangan niaga yang semakin meningkat, Aviatrade mempunyai "target" membeli sebuah Mesin TRACKJET dari Germany bagi kerja-kerja penyelenggaraan Landasan KLIA dan lapangan terbang yang lain-lain. AVIATRADE yakin dengan memiliki peralatan ini kerja-kerja selenggra dapat ditingkatkan kualitinya. Beliau memohon pembiayaan dari SME BANK.
AZAM BEST FARM (Melaka)


AZAM BEST FARM, sebuah Ladang Ternakan Kambing pelbagai baka yang terletak di Sungai Rambai Melaka. Mula diusahakan sejak akhir tahun 2008. Dimiliki oleh seorang usahawan lulusan Automotif Kolej Komuniti Melaka dan dibantu oleh ahli keluarga beliau (EN KHAITUL MUNAP) sehingga hari ini telah menjalankan aktiviti mengimpot baka kambing luar, kambing tempatan untuk dibiakkan dan kemudian membekalkan kambing-kambing tersebut kepada penternakan temapatan. Dalam masa yang sama AZAM BEST FARM ingin memperkembangkan usaha pertanian ternakan ini ke Skala yang lebih besar dari skala yang ada sekarang ini dengan melibatkan diri ke pembekalan Daging Kambing segar ke pasaran tempatan. Beliau memohon pembiayaan AGRO BANK bagi tujuan tersebut.
Friday, July 17, 2009
JOB PERSONNEL CONSULTING SDN BHD (KL)


JOB PERSONNEL CONSULTING SDN BHD adalah sebuah syarikat yang beroperasi di Wisma Central Kuala Lumpur diusahakan oleh 3 orang usahawan Wanita, Puan Jotthi Karupiah, Poonasweri dan Wan Noraini Othman. JPCSB adalah sebuah syarikat perunding dan firma pekerjaan yang berkonsepkan pekerjaan profesional sahaja. JPCSB telah mendapat kontrak dengan beberapa syarikat Koporat Tempatan dan Luarnegeri, membekalkan pekerja-pekerja professional secara kontrak. Sehingga tahun 2008, jumlah pusingan perniaggan mencecah RM1.6 juta. JPCSB mempunyai visi untuk mencapai jualan sehingga RM2.3 juta setahun dan mempelbagaikan industri. Syarikat ini telah di biayai oleh CGC semalam 3 tahun dengan ingin meningkatkan lagi modal kerja kepada RM500,000.00 dengan bantuan CGC.
Tuesday, July 14, 2009
TWIN ANGEL ENTERPRISE (K Lumpur)

TWIN ANGEL ENTERPRISE telah ditubuhkan sejak 2006 dengan aktiviti perniagaan yang kecil terlibat dalam kerja-kerja mereka bentuk produk-produk promosi bagi pasaran dan pemintaan syarikat koporat dan syarikat-syarikat berjenama. Syarikat ini di terajui oleh Usahawan Muda Wanita SHAMHANIN BT ARIE yang berkelulusan Diploma UPM dan mempunyai pengalaman Kerja di syarikat-syarikat Franchanies seperti Fish Shop, King Confectionary dan Dunkin Donat. Dari pengalaman ini beliau nampak peluang berniaga dengan syarikat ini membekalkan reka bentuk Produk Promosi dan akhirnya mendapat permintaan yang mengalakkan. Bagi memperkembangkan perniagaan ini beliau memohon Pembiayaan dari TEKUN untuk mendapatkan Dama Modal yang cukup dan dapat membangunkan perniagaan yang tidak banyak persaingan ini.
Tuesday, July 7, 2009
ALAT GANTI & BENGKEL KENDERAAN MHA (Ipoh)


ALAT GANTI & BENGKEL KENDERAAN MHA dimiliki oleh EN HARIS GOH ABDULLAH seorang pengusaha bengkel kenderaan sejak dari tahun 2001. Beliau adalah orang lama dalam industri ini di Ipoh. Bengkel kenderaan beliau terletak di Kawasan Perindustrian Jelapang dan merupakan bengkel yang dikenali ramai di Kawsan Bandar Ipoh. ABKM sehingga hari ini berjaya memperolehi pusingan jualan mencecah RM1,300,000.00 setahun. Oleh itu ABKM telah mengemukakan cadangan memohon Pembiayaan dari SME bank tapak baru Bengkel di Taman Pertama, Kawasan Perindudtrian Jepalang. Beliau yakin dengan tapak baru yang lebih hampir dengan Bandaraya Ipoh, perniagaan bengkel ini akan mencecah 1.5-2.0 juta jualan dalam setahun akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)







