relax song

Thursday, June 25, 2009

CERY AUTO GARAGE (Shah Alam)





CERY AUTO GARAGE adalah sebuah Bengkel Membaiki Kenderaan yang di miliki oleh EN NURAIMY yang mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja membaiki kenderaan selama 10 tahun. Premis bengkel beliau terletak dikawasan perkilangan seksyen 23 berdekatan Kilang KANZEN dan NITTO DENKO. Keluasan bengkel yang cukup luas membolehkan beliau menerima banyak kereta dalam satu-satu masa. Setakat hari ini, Cery Auto Garage hanya mengambil beberapa mkereta dalam satu masa disebabkan kekurangan modal alat ganti dan kelengkapan. Beliau memohon Pembiayaan TEKUN bagi menambah modal alat ganti dan menaikkan taraf Bengkel.






.

Monday, June 22, 2009

RANTING WORKSHOP (Kajang)


RANTING WORKSHOP adalah bengkel membaiki Kenderaan yang terletak di Desa Putra Kawasan, Laluan Sungai Merab Dalam melalu Jalan Ke Dengkil dan Putrajaya. Bengkel diusahakan di atas tanah sendiri selama beberapa tahun yang lalu. Sehingga hari ini RANTING WORKSHOP dikunjungi oleh pelanggan-pelanggan dari sekitar Kajang, Bangi, Dengkil malah dari Putrajaya dan Dengkil. Kelebihan bengkel ini adalah terletak di tepi jalan di persimpangan antara Jalan ke Putrajaya dan Dengkil menyebakan jalan tersebut menjadi laluan utama. Atas kepesatan kenderaan yang datang ke bengkel, RANTING WORKSHOP memohon pembiyaan TEKUN bagi menambahkan modal mendapatkan beberapa peralatan supaya mutu mekanik di bengkel diRANTING WORKSHOP dapat ditingkatkan.








Sunday, June 21, 2009

TERATAI KATERING (Putrajaya)


TERATAI KATERING adalah salah satu daripada banyak perniagaan-perniagaan Katering yang beroperasi di Pusat Pentadbiran Putrajaya. TERATAI KATERING menjalankan Kafetaria di Blok E14 Putrajaya dan merupakan Kafetaria yang dikunjungi oleh ramai pelanggan yang merupakan kakitangan dari Kementerian Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan. Dalam masa yang sama TERATAI KATERING mengusahakan tawaran-tawaran katering yang banyak di tawarkan dari mesyuarat-mesyuarat kecil dan besar Kementerian. Denganh permintaan yang semakin meningkat setiap bulan, TERATAI KATERING memerlukan pembiayaan bagi menambahkan lebih banyak peralatan katering berikutan dengan permintaan yang semakin bertambah.








Thursday, June 18, 2009

KASYIFIL RAZAN ENTERPRISE (Bandar Baru Salak Tinggi)


KASYIFIL RAZAN ENTERPRISE adalah syarikat pemilikan tunggal yang menjalankan perniagaan restoran R&B Bistro di kawasan pusat perniagaan Kosmopkes Bandar Baru Salak Tinggi Sepang. KRE menyewa 2 lot kedai dan menjalankan perniagaan restoran selama 24 jam. Dalam masa yang sama KFE juga menjalankan perniagaan Katering bagi sekitar Salak Tinggi, Nilai, Sepang dan Putera Jaya. Pemilik KRE En Mohamad Herman Mohamad Johari memohon pembiayaan dari TEKUN bagi membanyakkan lagi kelengkapan Katering dan urusniaga dapat dipercepat dan dimasa akan datang perniagaan dijangka akan meningkat







THREE SIXTY AGRO FARM RESOURCES (Banting)


THREE SIXTY AGRO FARM RESOURCES di miliki oleh EN NORISHAM PAIMIN seorang usahawan muda yang memulakan kerjaya penanaman Cendawan sebanyak 5000 bungkah dengan modal mula membuat bangsal sebanyak RM10,000 dibelakang rumah. Setelah terbukti mendapat pendapatan bersih RM3,000 hingga RM4,000 sebulan, beliau bercita-cita membesarkan lagi bangsal cendawan yang dapat memuatkan 10,000 bungkah disebelah tanah di kawasan rumah. Beliau yakin modal yang tidak melebihi RM50,000 diperlukan bagi menyediakan segala kelengkapan agar dapat menghasilkan pendapatan bersih antara RM8,000 hingga RM10,000 sebulan. Dengan permintaan yang semakin banyak terhadap hasil cendawan, permohonan dari TEKUN yakin dapat diperolehi membantu beliau meningkatkan perniagaannya








Wednesday, June 17, 2009

MATAHARI TERBIT RESOURCES (SRI NATASHA ANDAMAN)


Puan Nuryatimah Wahid adalah pemilik MATAHARI TERBIT RESOURCES yang menjalankan perniagaan SRI NATASHA ANDAMAN sejak awal tahun 2002 sehingga hari ini. Beliau adalah seorang usahawan wanita yang gigih membangunkan perniagaan andamannya dengan modal yang dikumpulkan sendiri. Bercita-cita membuka sebuah premis Andaman yang berkonsepkan Andaman sebenar kerana selama ini beliau berniaga dari rumah. Atas sebab pelanggan kurang percaya untuk meberinya Pakej yang lebih besar atas alasan perniagaan dari rumah, beliau memohon Pembiayaan TEKUN bagi mendapatkan modal membuka premisnya di Kawasan Perniagaan di Bandar mahkota Cheras








CHAMASH ENTERPRISE


CHAMASH ENTERPRISE adalah sebuah syarkat yang menjalankan perkhidmatan penjagaan Langskap dan Kerja Mencuci Bangunan dan berkaitan dengan pembersihan. Syarikat ini diusahakan oleh ENCIK SHARUL HARISA yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang pembersihan dan penjagaan langskap. Beliau ingin mendapatkan lagi lebih banyak kelengkapan dan juga mesin-mesin bagi mempercepatkan kerja.Mutu kerja sentiasa menjaga mutu kerjanya, dan dengan mutu kerja yang baik, CHAMASH ENTERPRISE telah berjaya mendapat kerja-kerja penjagaan langskap dikawasan perumahan di CYBERJAYA satu kawasan elit. Dengan pembiayaan yang cukup, CHAMASH ENT yakin dapat meningkat lagi perkhidmatan dan dapat memberi peluang kepada ramai lagi belia tempatan.