relax song

Saturday, June 6, 2009

JAZ AGRO FARM



JAZ AGRO FARM sebuah perniagaan perkongsian yang diusahakan oleh 3 usahawan dari Rawang Selangor, En Arbain Abd Ghani, En Zul Atfi Mohd Ghazali dan En Jalal Mohd Yusuf, dengan Projek Pertenakan Ikan Keli berlokasi di Kampung Melayu Batu 16 dan Kampung Sungai Buaya. Mereka telah mengeluarkan modal hampir RM20,000 tanpa bantuan mana-mana Institusi Kewangan bagi memajukan Perniagaan yang berpontensi ini. Sehingga hari ini jumlah ikan keli yang diternak adalah dalam lingkungan 100,000 ekor dan boleh dijual dalah jumlah berat 1.4 tan apa bila di tuai. Memandangkan harga Ikan Keli yang Stabil dalam lingkungan 4.30-4.50 sekilo dan permintaan yang semakin meningkat Jaz Agro Farm berpendapat perniagaan ini berdaya maju. Beliau memohon dari Dana TEKUN bagi menambahkan modal perternakan.







Thursday, June 4, 2009

KOLAM MEMANCING BERJAYA (Klang)



KOLAM MEMANCING BERJAYA adalah pusat rekreasi memancing yang terdapat di Jalan Kapar Klang, dan kelebihan pusat memancing ini adalah kolam memancing ini adalah kolam ikan air masin. Tidak banyak terdapat kolam seumpama ini di Malaysia. Di usahakan oleh seorang Usahawan Wanita muda Cik Rohana bt Mohamed, telah mengusahakan kolam tersebut setahun yang lalu dan memperolehi pusingan perniagaan mencecah RM30,000 sebulan. Dengan kenyakinan ini beliau bercadang membuka sebuah lagi kolam memancing ini di Mukim Jeram Klang berdekatan Kapar Klang tetapi dengan konsep Restoran Rekreasi dan Kolam Memancing. Beliau yakin dengan konsep ini pusingan perniagaan boleh mencecah RM50,000 ke RM60,000 sebulan.







Wednesday, June 3, 2009

F & T CREATIVE SDN BHD



F & T CREATIVE SDN BHD adalah sebuah syarikat milik Bumiputera sepenuhnya dan kerja-kerja reka bentuk Kreatif bagi pembinaan bangunan, dalam dan luaran. Syarikat ini di terajui oleh En Muhd Hishom Hashim berpengalaman hampir 10 tahun dalam kerja-kerja sedemikian. F&T Creative mempunyai kilang sendiri dalam mengeluar reka bentuk Aluminium bagi pasaran pembangunan bangunan. Hasil kerja sehingga tahun 2008 mencecah RM1,700,000.00 Atas kerja kuat ini F&T yakin dapat memberi peluang ramai tenaga kerja. Dengan memohon pembiayaan ini, F&T bercadang mendapatkan Modal kerja dan pembangunan IKS.







Tuesday, June 2, 2009

DKASIH HEMODALISIS SDN BHD (Seremban)



D'KASIH HEMODIALISIS SDN BHD adalah satu-satu Pusat Rawatan Hemodialisis yang terletak di Taman Seremban Jaya. Pusat Rawatan ini dibuka oleh 4 rakan kongsi professional, 2 orang ahli perniagaan dan 2 orang ahli professional yang mempunyai latar belakang pekerjaan di Hospital. Dalam masa yang sama DHSB yang bermula pada tahun 2007 telah mula mendapat permintaan dari pesakit-pesakit sekitar Seremban dan kawasan berdekat untuk mendapatkan Rawatan dengan Mesin Hemodialisis. Perniaggaan ini memerlukan jangkamasa panjang untuk mendapat keuntungan, namun secara tak langsung syarikat ini lebih tertumpukan kepada memberi perkhidmatan. Dijangka jumpa pelanggan dari kalangan pesakit buah pinggang bertambah oleh tu, DHSB memohon pembiayaan dari pihak bank bagi menambah lagi peralatan Mesin rawatan dan menaik tarafkan Premis Rawatan ini.







HIKMAT ULUNG SDN BHD




HIKMAT ULUNG SDN BHD telah diterajui oleh 2 orang usahawan bekas peneroka Felda Bukit Cerakah yang menumpukan perniagaan pengurusan Ladang kelapa Sawit dari Felda Berhad. Hikmat Ulung Sdn Bhd juga bertanggungjawab penyelenggaraan Ladang dan membuat integrasi ladang. Syarikat juga menjalankan perniagaan Bengkel Kenderaan bagi kemudahan penduduk Felda Bukit Cerakah. Dalam masa 3 tahun pencapaian tertinggi urusniaga setahun yang tercapai adalah RM1,200,000.00. Bagi meningkat dan mempelbagaikan perniagaan Hikmat Ulung Sdn Berhad bercadang pemeliharaan ikan air tawar dan sekali gus membuat Konsep Restoran masakan ikan air tawar, di kawasan tanah yang sama. Memohon pembiayaan sehingga RM300,000.00 projek tersebut.













Thursday, May 28, 2009

FARIESYA COLLECTION (Kajang)



FAZRIESYA COLLECTION adalah sebuah perniagaan yang diusahakan oleh Puan Rozita di kajang Selangor dalam perniagaan mengambil tempahan baju siap dan penjualan produk kesihatan dan kecantikan. SAS mengucapkah Tahniah kepada beliau kerana telah berjaya mendapat Pembiayaan dari SKIM TABUNG EKONOMI BELIA. Atas kelulusan tersebut beliau telah membuka sebuah premis baru di Bangi Bagi membolehkan pelanggan datang dan memilih produk jahitan dan juga produk Kecantikan yang dijual oleh beliau. Semuga Puan Rozita akan Maju jaya







Tuesday, May 26, 2009

PERMATANG AGRO FARM (KUANTAN)


PERMATANG AGRO FARM diasakan oleh En Sufian Aziz, berasal dari Kuantan Pahang, Beliau berminta dalam Kerjaya Penternakan Kambing secara Komersial. Memiliki tanah keluarga di Kampung Baru Chendering, Kuantan seluas 1 1/2 ekar untuk dijadikan tapak Ladang Ternakan Kambing, Daging dan Tenusu, dari pelbagai spesis Kambing yang didapati disini. Memandangkan permintaan terhadap Daging Kambing semakin tinggi, justeru itu beliau memohon Pembiayaan TEKUN bagi mendapatkan Modal Kerja Tetap dan Modal Pusingan juga sokongan dari Kerajaan bagi memajukan Projek Ternakan ini yang diklasfikasikan dalam Industri Desa.