relax song

Wednesday, June 3, 2009

F & T CREATIVE SDN BHD



F & T CREATIVE SDN BHD adalah sebuah syarikat milik Bumiputera sepenuhnya dan kerja-kerja reka bentuk Kreatif bagi pembinaan bangunan, dalam dan luaran. Syarikat ini di terajui oleh En Muhd Hishom Hashim berpengalaman hampir 10 tahun dalam kerja-kerja sedemikian. F&T Creative mempunyai kilang sendiri dalam mengeluar reka bentuk Aluminium bagi pasaran pembangunan bangunan. Hasil kerja sehingga tahun 2008 mencecah RM1,700,000.00 Atas kerja kuat ini F&T yakin dapat memberi peluang ramai tenaga kerja. Dengan memohon pembiayaan ini, F&T bercadang mendapatkan Modal kerja dan pembangunan IKS.







Tuesday, June 2, 2009

DKASIH HEMODALISIS SDN BHD (Seremban)



D'KASIH HEMODIALISIS SDN BHD adalah satu-satu Pusat Rawatan Hemodialisis yang terletak di Taman Seremban Jaya. Pusat Rawatan ini dibuka oleh 4 rakan kongsi professional, 2 orang ahli perniagaan dan 2 orang ahli professional yang mempunyai latar belakang pekerjaan di Hospital. Dalam masa yang sama DHSB yang bermula pada tahun 2007 telah mula mendapat permintaan dari pesakit-pesakit sekitar Seremban dan kawasan berdekat untuk mendapatkan Rawatan dengan Mesin Hemodialisis. Perniaggaan ini memerlukan jangkamasa panjang untuk mendapat keuntungan, namun secara tak langsung syarikat ini lebih tertumpukan kepada memberi perkhidmatan. Dijangka jumpa pelanggan dari kalangan pesakit buah pinggang bertambah oleh tu, DHSB memohon pembiayaan dari pihak bank bagi menambah lagi peralatan Mesin rawatan dan menaik tarafkan Premis Rawatan ini.







HIKMAT ULUNG SDN BHD




HIKMAT ULUNG SDN BHD telah diterajui oleh 2 orang usahawan bekas peneroka Felda Bukit Cerakah yang menumpukan perniagaan pengurusan Ladang kelapa Sawit dari Felda Berhad. Hikmat Ulung Sdn Bhd juga bertanggungjawab penyelenggaraan Ladang dan membuat integrasi ladang. Syarikat juga menjalankan perniagaan Bengkel Kenderaan bagi kemudahan penduduk Felda Bukit Cerakah. Dalam masa 3 tahun pencapaian tertinggi urusniaga setahun yang tercapai adalah RM1,200,000.00. Bagi meningkat dan mempelbagaikan perniagaan Hikmat Ulung Sdn Berhad bercadang pemeliharaan ikan air tawar dan sekali gus membuat Konsep Restoran masakan ikan air tawar, di kawasan tanah yang sama. Memohon pembiayaan sehingga RM300,000.00 projek tersebut.













Thursday, May 28, 2009

FARIESYA COLLECTION (Kajang)



FAZRIESYA COLLECTION adalah sebuah perniagaan yang diusahakan oleh Puan Rozita di kajang Selangor dalam perniagaan mengambil tempahan baju siap dan penjualan produk kesihatan dan kecantikan. SAS mengucapkah Tahniah kepada beliau kerana telah berjaya mendapat Pembiayaan dari SKIM TABUNG EKONOMI BELIA. Atas kelulusan tersebut beliau telah membuka sebuah premis baru di Bangi Bagi membolehkan pelanggan datang dan memilih produk jahitan dan juga produk Kecantikan yang dijual oleh beliau. Semuga Puan Rozita akan Maju jaya







Tuesday, May 26, 2009

PERMATANG AGRO FARM (KUANTAN)


PERMATANG AGRO FARM diasakan oleh En Sufian Aziz, berasal dari Kuantan Pahang, Beliau berminta dalam Kerjaya Penternakan Kambing secara Komersial. Memiliki tanah keluarga di Kampung Baru Chendering, Kuantan seluas 1 1/2 ekar untuk dijadikan tapak Ladang Ternakan Kambing, Daging dan Tenusu, dari pelbagai spesis Kambing yang didapati disini. Memandangkan permintaan terhadap Daging Kambing semakin tinggi, justeru itu beliau memohon Pembiayaan TEKUN bagi mendapatkan Modal Kerja Tetap dan Modal Pusingan juga sokongan dari Kerajaan bagi memajukan Projek Ternakan ini yang diklasfikasikan dalam Industri Desa.








Monday, May 25, 2009

ISLAND HEALTH & BEAUTY (Kota Damansara)



ISLAND HEALTH & BEAUTY dimiliki oleh EN HAFIZI HASHIM seorang graduan Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia, yang telah memilih kerjaya dalam bidang keusahawanan dan membawa produk House Of Healin. Beliau berkeyakinan produk ini boleh maju kerana sekongan dari pembekal dan sokongan dari Iklan Media yang kuat. Dalam masa yang sama beliau juga menjalankan beberapa perniagaan pembekalan yang lain disamping menguruskan Pusat Urutan Tradisional dan juga Stokis House Of Healin di Jalan Teknologi Seksyen 3, Kota Damansara. Memohon pembiayaan TEKUN bagi menambah modal kerja dan memajukan lagi kerjaya dalam perniagaan ini.







Sunday, May 24, 2009

PERNIAGAAN AZMAN KASTUMI (KL)


PERNIAGAAN MOHD AZMAN KASTUMI, menjalan perniagaan Makanan dan Minuman dan tertumpu kepada menjual Nasi Lemak dan berlauk di Pusat Penjaja Jalan Tunku Abd Rahman Kuala Lumpur. Kawasan perniagaan tersebut adalah satu kawasan yang pesat dan ramai pengunjung. Beliau telah berniaga di situ sejak dari awal 1990an sehingga hari ini, dan sekarang telah membuka minda untuk membuat Permohonan Pembiayaan TEKUN bagi meluaskan perniagaan beliau dalam bentuk Katering. Untuk sesiapa yanghendak rasa keenakan Nasi Lemak berlauk di Chowkit, datanglah ke Pusat Penjaja Jalan Tunku Abd Rahman berdekatan Chowkit