relax song

Sunday, December 14, 2008

DYA PLANNER SDN BHD


DYA PLANNER SDN BHD di terajui oleh CIK ZARINA ABDUL AZIZ jurusan Diploma Rekaan Dalaman dari UITM. Beliau menubuhkan syarikat ini bagi memajukan idea dan pernigaan yang ada berkaitan dengan ilmu yang beliau belajar di UITM. Dalam masa yang tidak sampai setahun beliau berjaya mendapat kerja-kerja yang berjumlah lebih dari RM1 juta, Satu-satunya Syarikat Rekaan dalaman Bumiputera yang dikendalikan oleh Usahawan Wanita. Beribu pejabat di Damansara Damai DYA PLANNER SDN BHD memajukan permohonan bagi mendapatkan pembiayaan dlm RM300,000.00 bagi bersedia membiayai projek-projek akan datang.








Saturday, December 6, 2008

NURUL IZZAH CATERING

Syarikat ini telah ditubuhkan dan menjalankan perniagaan sejak tahun 2005, sebuah syarikat perkongsian antara Cik Nurrul Izzah dan ayahnya Haji Harun. Nama Kateringnya terkenal kerana banyak mengendalikan beberapa "event" disektor kerajaan dan perbadanan. "NIK juga memiliki sebuah restoren di seksyen 7 Shah Alam yang terkenal dengan SUP EKOR UTARA. Memohon pembiayaan dari SME BANK cawangan Shah Alam dan tahniah mendapat perhatian yang baik dan respon yang begitu baik dari pihak Bank. Semuga maju jaya.








PUSTAKA ILMUWAN




Pusataka Ilmuwan telah ditubuhkan pada tahun 2007, sehingga hari ini, Pustaka Ilmuwan merupakan sebuah syarikat pengedar
buku-buku yang terkemuka ke seluruhan semenanjung Malaysia. Pustaka Ilmuwan berjaya menjana jualan RM70,000 sebulan. Pustaka Ilmuwan dimiliki oleh seorang usahawan muda En Nizam, dan memohon pinjaman dari SME BANK (Bahagian Pembiayaan Khas). Dengan permohonan ini beliau bercadang mengembangkan rangkaian pengedaran buku ugama dan menjadikan buku-buku agama mendapat pasaran dan permintaan yang baik. Untuk mendapatkan buku-buku ugama sila hubungi beliau : 0192767164


Thursday, December 4, 2008

ZUE BEAUTY STUDIO & ACADEMY
















ZUE BEAUTY STUDIO & ACADEMY mula terkenal dengan nama "MakeUp Artist" Salon dimiliki oleh CIK ZUNAIDA OTHMAN dan mempunyai nama baik dari sebahagian produser filem tempatan dan memilih beliau sebagai MAKEUP ARTIST. Beliau mendapat Latihan Kursus Kecantikan di IKBN Pertak dan kini mengusahakan sepenuh masa Salon nya yang terletak di Selayang. Dalamn masa yang sama beliau menjadi Tenaga Pengajar di IKBN. Beliau juga membuka cawangan Salonnya di City Plaza Alor Setar Kedah. Cita-citanya ialah untuk memajukan lagi perniagaan ini dibidang Academi Kecantikan yang jarang diceburi oleh bumiputera dan ini membangunkan "produk Kecantikannya sendiri "MAGIC PANC-CAKE" yang kini banyak digunakan oleh Artis-artis terkenal.

Saturday, November 29, 2008

PETRONAS BATU 4 JLN IPOH



Stesyen Petronas ini terletak
di Batu 4 Jalan Ipoh Kuala Lumpur dan di letakkan laluan jalan yang paling sibuk arah ke Jalan Kuching Kuala Lumpur. Jualan yang paling tinggi adalah NGV kerana banyak teksi-teksi bandar memilih stesyen ini un tuk mengisi NGV. Stesyen ini dikendalikan oleh En Azhan, seorang usahawan muda bekas pekerja bank. Kami mengucapkan tahniah atas pembiayaan yang berjaya di luluskan oleh SME BANK. Semuga dengan kelulusan in i dapat membantu PETROADZ ENTERPRISE terus maju : Tahniah







Monday, November 24, 2008

PETRONAS BATANG KALI 2




Stesen Petronas Batang kali di kendalikan oleh IDH SYNERGY milik EN KHAIRUNIZAM ABDUL GHANI, Stesen ini memperolehi jualan purata RM35,000 hingga RM40,000 sehari iaitu dalam RM1.2 juta setahun. En Khairunizam adalah usahawan muda (30 tahun) yang berdedikasi. Memohon pembiayaan RM300,000 bagi pusingan modal agar dapat memajukan Stesen ini. Stesen Batang Kali 2 satu-satu Stesen Petrolium yang terdapat bagi laluan ke Pusat Peranginan Genting melalui jalan Batang Kali. Kami di SAS ADVISORY berkeyakinan dengan keupayaan bayaran yang tinggi dan perniagaan tanpa saingan ini, IDH SENERGY mampu maju lebih baik dengan Pembiayaan yang di perolehi.











Sunday, November 2, 2008

KILANG KEREPEK MEESHEH



Kilang Kerepek MEESHEH terlatak di Kampung Sungao Pelek Sepang. Meesheh adalah usahawan wanita telah menjalankan perusahaan in i sejak dari tahun 2000. Sebelum itu beliau membuat kerepak kecil-kecil dari rumah. Kehingga hari ini hampir 1 tan ubi kayu diperlukan untuk menyediakan kerepek goreng. Konsep jualan kerepek adalah secara Borang. Beliau menjualnya secara "bundel" 5 kilo dengan harga RM25.00 sekilo. Sehingga hari ini beberapa syarikat pengusaha makanan ringan mengambil kerepek Meesheh sebagai bahan mentah sebelum di bungkus lebih kemas dan di pasarkan. Sebulan hampir 900-1200 bundel di keluarkan. Pengusaha wanita ini ingin memajukan lagi kilang kerepek ini supaya berbentuk lebih kemasa dan dapat menawarkan pekerjaan kepada lebih ramai penduduk kampung Sungai Pelek SEPANG. Beliau bercita-cita dapat mengeluarkan 2000 hingga 3000 bundel sebulan. Dengan itu beliau memerlukan modal peralatan dan modal pusingan yang lebih besar