relax song

Thursday, August 14, 2008

RITA BAKERY - Bandar Tasek Kesuma


RONITA Enterprise (RITA BAKERY) sebuah Perniagaan Tunggal milik Usahawan wanita di Bandar Tasik Kesuma telah memulakan perniagaan Bakeri secara kecil-kecilan bersama-sama suami dan ahli keluarga. Pada mulanya mendapat suntikan modal sebanyak RM 4000 sahaja dari Yayasan Tekun dan kini dengan modal terkumpul hampir 30,000, Rita Bakery ingin memajukan permohonan tersebut melalui SKIM PERBANGUNAN EKONOMI DESA (SPED) dibawah SME BANK. Kami menyediakan kertas kerja yang terbaik untu RITA BAKERY







Friday, August 1, 2008

WAN KURNIA ENTERPRISE


Wan Kurnia Enterprise adalah pelanggan SAS yang menjalankan perniagaan hiasan bunga bagi majlis keramaian dan majlis-majlis kerja kawin. Walaupun syarikat ini kecil dan dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera tetapi dengan berkat KAK WAN seorang IBU TUNGGAL dapat menyewa sebuah kedai di tengah-tengah Bandar Kajang. Dalam tempuh 2 tahun sahaja, kedai WAN KURNIA telah dikenali ramai. Sebelum ini beliau mendapat bantuan dari TEKUN, dan sekarang menambah lagi peluang pembiayaan dari Tabung Belia Niaga. TAHNIAH berjaya mendapat pembiayaan Tabung Belia sebanyak RM50,000.00. UNTUK MENDAPATKANKAN PERKHIDMATAN DARI WAN KURNIA SILA HUBUNGI : 013-2512463




Thursday, July 31, 2008

PROJEK FERRY LAWATAN KE BATU BARA





Batu Bara adalah destinasi terbaru perjalanan Feri dari Port Klang ke Sumatera Indonesia. Kami membuat lawatan kesana bagi mempastikan infrastruktur yang telah sedia ada, seperti Jetty dan juga kelengkapan-kelengkapan imigrasi. RNB Islamic Bank telah membuat analisa dan kaji selidik berhubung pembiayaan 2 buah Ferry yang akan berlabuh di Batu bara









DAGANGAN PURIM KEDAI RIMBOON



Dangangan Purim Sdn Bhd, sebuah syarikat Bumiputera yang menjalankan Konsep perniagaan Runcit berkonsepkan perkongsian untung, dengan keuntungan runcit dan bonus antara 18%-20% sebulan, RIMBOON akan dapat menarik ramai belia dan golongan muda untuk turut terlibat dalam usaha menjana ekonomi dan melahirkan usahawan-usahawan muda. Kami di SAS akan menyediakan kertas kerja bagi Mereka yang berminat memperolehi Dana dan Skim Belia Niaga sebanyak maksima 50,000 kepoada mereka yang layak. Dan kepada usahawan-usahawan yang telah mempunyai kedai runcit yang kecil jika berminat dapat menaikkan taraf kepada Konsep Rimboon.



Wednesday, July 30, 2008

KEDAI MAKAN BAYU TIMUR











Kedai makan Bayu Timur diusahakan oleh MOHD SAYUTI BIN IDRIS sejak 5 tahun lagi. Terletak dikawasan industri Kepong, berdekatan kilanh Yee Lee, mempunyai daya maju yang begitu mengalakkan. Gerai makan tepi jalan ni mendapat perhatian umum terutama pekerja-pekerja kilang dan tiada saingan. Bayu Timur memilih untuk memohon pinjaman dari STEB sebagai dana belia yang ada

Monday, July 28, 2008

AGRO BERKAT - PROJEK BELA LEMBU







AGRO BERKAT mendapat peluang membela lembu sebanyak 500 ekor bagi tujuan komersial dan peluang menggunakan tapak padang ragut di Pusat Serenti Benta, adalah peluang yang tidak akan dapat dilepaskan. Agro Berkat berusaha mendapatkan pembiayaan bagi membina Kandang, Pagar dan menaik taraf padang ragut agar kawasan ini menjadi kawasan pembiakan baka lembu yang terbaik

Sunday, July 27, 2008

RESTOREN TOMYAM MAT SHAH BERANANG










Restoren ini terletak di Jalan Pekan Beranang diusahakan oleh En Bakar Mahmood asal dari Kelantan. Beliau juga mempunyai beberapa restoren lain di Serdang dan juga di Taman Equine Sri Kembangan. Memilih SAS untuk membuat kertas kerja dan dimajukan kepada SME bank bagi pembiayaan bumiputera



Beliau memohon pembiayaan untuk menaiktaraf Restoren di Beranang supaya lebih berdaya saing, termasuk menaiktaraf Dapur (steel) lebih bersih dan juga pengubahsuai dewan makan