relax song

Wednesday, July 30, 2008

KEDAI MAKAN BAYU TIMUR











Kedai makan Bayu Timur diusahakan oleh MOHD SAYUTI BIN IDRIS sejak 5 tahun lagi. Terletak dikawasan industri Kepong, berdekatan kilanh Yee Lee, mempunyai daya maju yang begitu mengalakkan. Gerai makan tepi jalan ni mendapat perhatian umum terutama pekerja-pekerja kilang dan tiada saingan. Bayu Timur memilih untuk memohon pinjaman dari STEB sebagai dana belia yang ada

Monday, July 28, 2008

AGRO BERKAT - PROJEK BELA LEMBU







AGRO BERKAT mendapat peluang membela lembu sebanyak 500 ekor bagi tujuan komersial dan peluang menggunakan tapak padang ragut di Pusat Serenti Benta, adalah peluang yang tidak akan dapat dilepaskan. Agro Berkat berusaha mendapatkan pembiayaan bagi membina Kandang, Pagar dan menaik taraf padang ragut agar kawasan ini menjadi kawasan pembiakan baka lembu yang terbaik

Sunday, July 27, 2008

RESTOREN TOMYAM MAT SHAH BERANANG










Restoren ini terletak di Jalan Pekan Beranang diusahakan oleh En Bakar Mahmood asal dari Kelantan. Beliau juga mempunyai beberapa restoren lain di Serdang dan juga di Taman Equine Sri Kembangan. Memilih SAS untuk membuat kertas kerja dan dimajukan kepada SME bank bagi pembiayaan bumiputera



Beliau memohon pembiayaan untuk menaiktaraf Restoren di Beranang supaya lebih berdaya saing, termasuk menaiktaraf Dapur (steel) lebih bersih dan juga pengubahsuai dewan makan




CAHAYA MATANG - LAWATAN TAPAK PROJEK







Cahaya Matang Enterprise Sdn Bhd menjalankan projek Membina Jalan Raya Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang, kami pergi lawatan tapak di Felda Aring pada 26 Julai, dan ini adalah keadaan Tapak Projek bersama En Rosli




Thursday, July 24, 2008

FATONI TOMYAM







Fatoni Tomyam, pelanggan SAS yang terbaru menjalankan perniagaan Tomyam di Bandar Baru Nilai, Desa Cempaka 2. Beliau telah mengeluarkan modal untuk meneruskan perniagaan Tomyam setelah gagal di Beranang. SAS berusaha menyediakan kertas kerja permohonannya dengan MPEB. Fatoni yakin dengan jumlah penduduk disekitarBandar Baru Nilai (Desa Cempaka) ini dapat memajukan perniagaan beliau. Terima kasih kepada Fatoni kerana memilih SAS

Wednesday, July 23, 2008

CAHAYA MATANG SDN BHD, SHAZ ENTERPRISE CYTYXS SERVICES DAN BAYU TIMUR AGENCY
















Terima Kasih kepada pelanggan baru kami, diperkenalkan oleh En Rosdi dari RHB Bank, terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada SAS ADVISORY SERVICES menyiapkan kertas kerja. Usahawan Muda yang berdaya maju dengan perniagaan berkonsepkan perkhidmatan

CAHAYA MATANG ENTERPRISE SDN BHD mendapat projek kerja tanah di Kelantan, kami ditukarkan menyiapkan kertas kerja bernilai RM2 juta bagi pembiayaan kerja-kerja tersebut



Tuesday, July 22, 2008

LANAI ENTERPRISE Tahniah dengan Francais Deli France di Bukit Tinggi Klang

Depan Outlet Deli France kebanggaan beliau

Saya bersama beliau di depan outlet dan sahabat-sahabat yang memberi sokongan





Tahniah kepada En Khairi yang telah berjaya mendapat Pembiayaan dari SME Bank cawangan Shah Alam dan sekarang beliau mengusaha Francais Deli France dan mendapat sambutan yang begitu mengalakkan.
Sehingga hari ini kami sendiri mengiklankan kepada sesiapa sahaja sahabat dan rakan niaga datang ke Deli France Bukit Tinggi (Jusco) bagi menyokong satu-satunya Francais Deli France yang diusahakan oleh Bumiputera
Tahniah sekali lagi kepada En Khairi, walaupun menerima berbagai cabaran akhirnya atas sikap profesionalnya dan yakin dengan kerja-kerja kami membuat kertas kerja bagi mendapatkan Pembiayaan Bank, akhirnya berhasil.