relax song

Friday, August 7, 2009

SHAMU TAILORING (Kajang)



SHAMU TAILORING adalah sebuah Premis Perkhidmatan Menjahit, Mengambil upah menjahit pakaian pelbagai jenis terletak ditengah-tengah kesibukan Bandar Kjang. Diusahakan oleh En Ganesan dengan Isteri beliau. Walaupun kedainya ditingkat 1, tetapi atas sebab ramai pelanggan tetap yang telah sedia ada, Shamu Tailoring bercita-cita membesarkan perniagaan ini supaya dapat menerima tempahan yang lebih banyak dan menguntung kan. Oleh itu beliau memohon dari TEKUN Malaysia sebagai titi permualaan syarikat ini mendapat pembiayaan.







Thursday, August 6, 2009

EZ LAUNDRY ONE SERVICES (Bandar Puteri Puchong)



EZY LAUNDRY ONE SERVICES diusahakan oleh 2 orang usahawan Beliawanis bersahabat baik, berkongsi perniagaan Dobi setelah mempunyai pengalaman kerja selama beberapa tahun dengan Kedai Dobi di Petaling Jaya. Rakan Kongsi perniagaan adalah CIK ASLINDA MAT SAMAN dan CIK SITI AISYAH WAHIDIN bercita-cita memajukan lagi Perkhidmatan ini dan menjadikan Perniagaan Dobi ini adalag satu kerjaya yang berjaya. Dalam masa yang sama beliau mengambil peluang mandapatkan banyak kontrak cuci pakaian dan juga dry cleaning di sekitar Bandar Puteri dan Puchong. EZY LAUNDRY memohon pembiayaan dari SME BANK bagi membeli mesin-mesin yang lebih berkapasiti tinggi bagi menerima kontrak-kontrak yang lebih besar.







Tuesday, August 4, 2009

ARZI ENTERPRISE (Shah Alam)



ARZI ENTERPRISE sebuah syarikat Kontraktor Bumiputra yang telah mula beroperasi sejak tahun 2001 sehingga hari ini. Di miliki oleh En Arzi Rusli, seorang usahawan muda bercita-cita untuk lebih maju lagi. Sehingga hari ini Jumlah kerja yang pernah tercapai adalah setinggi RM700,000.00 setahun. Projek-projek dan kerja-kerja banyak tertumpu kepada UITM, MPPJ, MBSJ, KASTAM dan beberapa Kemneterian yang lain. Setakat ini syarikat beliau dibiayai oleh kemudahan Factoring dari Bank Rakyat. Beliau ingin memohon lebih banyak kemudahan dari Institusi Kewangan supaya dapat menyokong usaha beliau meningkatkan usaha kerja dan juga memberi lebih banyak peluang kerja kepada lepasan Universiti dan Kolej dengan kerja-kerja yang berkaintan dengan bidang yang ada sekarang.







Thursday, July 30, 2009

MNS AUTO PART SERVICES (Puncak Alam)



MNS AUTO PART SERVICES adalah satu-satu bengkel kenderaan yang dimiliki oleh seorang usahawan muda bumiptera terletak di Kawasan Perindutrian Puncak Alam yang baru di buka. EN MOHD NAZRI MOHD NAWI (35 tahun) mengambil risiko membuka bengkel membaiki kenderaan dikawasan tersebut atas pandangan jangka panjang, justeru pembangunan kawasan Puncak Alam yang meyakinkan dalam tempuh 5 tahun akan datang. Beliau menjangka, pembangunan Kampus UITM Puncak Alam ada kaitan dengan kebanjiran banyak kenderaan dari tenaga pengajar, kakitangan malah pelajar-pelajae sendiri. Beliau juga menjadi pengedar kepada minyak pelincir jenama CAVIAGA yang banyak permintaan dari bengkel-bengkel kecil luarbandar. Memohon pembiayaan bagi meningkatkan aktiviti bengkel dan pemasaran minyak pelincir daripada SME BANK.








Wednesday, July 29, 2009

FUZAINI SAHAR (Puchong Intan)


PERNIAGAAN FUZAINI SAHAR telah menjalankan perniagaan membuat dan membekal kuih muih sejuk beku sejak tahun 2006 lagi sehingga hari ini. Disamping bakeri yang sedia ada, beliau giat menyediakan kuih "frozen" yang dapat dijual dibeberapa pasaraya dan kedai-kedai runcit yang lain. Dengan mutu keluaran yang terpuji, PERNIAGAAN FUZAINI SAHAR telah mendapat tempahan dari "KART,S FOOD dengan kuantiti mencecah 6000 biji kuih setiap kali penghantaran. Dengan tempahan yang begini banyak, PFS memerlukan pembiayaan bagi membeli beberapa buah mesin bagi mempercepatkan proses penyediaan kuih. Beliau memohon dari SME BANK bahagaian pembiayaan khas bagi mendapat pembiayaan tersebut.








Monday, July 27, 2009

HMS ENTERPRISE (Shah Alam)




HMS ENTERPRISE adalah sebuah Perniagaan Pemilikan Tunggal yang ditubuh sejak tahun 1989 dan terlibat dalam banyak projek-projek pembekalan dan penyelenggraan, tumpuan di Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling Jaya. Syarikat ini sekarang duterajui oleh Usahawan Wanita Puan Zuraini bin Ishak, yang berpengalaman dalam urusniaga pembekalan dan kontrak sejak dari tahun 90an lagi. Sehingga tahun 2009 pencapai jualan mencecah RM500,000.00. HMS banyak mendapat projek dari JKR cawangan Keselamatan, MBSA, MPSJ dan MPPJ di samping kerja-kerja dari Jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Mendapat Kontrak Pemasangan Meter Air dari Syabas dan sekarang kontraknya bersambung. Dengan banyaknya kontrak tersebut, HMS memohon pembiayaan dari SME Bank supaya dapat membantu modal kerja yang diperlukan bagi menjalankan projek-projek terkini.








Sunday, July 26, 2009

PELANGI JINGGA ENTERPRISE



En Zulkefly Ibrahim adalah Bekas Tentera yang bersara dari Angkatan Tentera pada tahun 2004, bekerja 2 tahun di Syarikat Sinar Jaya dan selepas itu menubuhkan PELANGGI JINGGA ENTERPRISE dan berjaya mendapat beberapa kontrak pembekalan peralatan alat ganti dan peralatan-peralatan lain untuk dibekalkan ke UPM, Jabatan Pertanian, Kem Sumber Manusia dan juga beberapa Jabatan lain. Sehingga hari ini Hasil Kerja tertinggi beliau adalah sebanyak RM287,000 setahun. Beliau ingin menningkatkan lagi usaha menjadi pembekal tetapi kekurangan modal kerja tetap yang amat diperlukan. Oleh itu beliau memohon pembiayaan dari SME BANK bagi membantu beliau menambahkan modal kerja.