relax song

Monday, June 15, 2009

SAPRUDA ENTERPRISE (Shah Alam)



SAPRUDA ENTERPRISE adalah sebauh syarikat Bumiputera yang menjalankan kerja-kerja kontrak pembersihan dan Langskap, taman dan juga kerja-kerja mencantikkan kawasan, bagi sekitar Shah Alam dan juga Petaling Jaya. Banyak mendapat Kontrak dari MPSJ, MBSA dan juga beberapa syarikat besar. Syarikat ini diusahakan oleh EN AZHARI SHAHARI berkelulusan Diploma Kejuruteraan dan Perhubungan Politeknik Sultan Ahmad Shah Kuantan. Selama dalam perniagaan SAPRUDA ENTERPRISE tidak pernah berpeluang mendapat pembiayaan dari mana-mana Institut Kewangan Tempatan. Dengan rekod kerja yang membanggakan, SAPRUDA ENT memajukan permohonan beliau untuk mendapatkan pembiayaan.







Sunday, June 14, 2009

RS CRYSTAL COLLECTION (KL)


RS CRYSTAL COLLECTION adalah sebuah perniagaan peruncitan dan pemborong yang di milikimoleh DATIN SARANE BT ZAINAL. Beliau telah menceburkan diri dalam perniagaan Fabrik, Pakaian Siap wanita dan juga Aksesori wanita ini sejak dari tahun 1987 lagi secara sambilan dan membuat perniagaan sepenuh masanya pada tahun 2005 sehingga hari ini. Walaupun bergerak dari rumah tetapi sudah mempunyai jumlah peruncit dan pelanggan yang ramai. Pernah mencapai pusingan perniagaan sebanyak RM400,000.00 setahun. Kini RS CRYSTAL COLLECTION membuka premis perniagaan nya sendiri kerana bercadang mengembangkan perniagaan secara pasaran terbuka. Memohon Pembiayaan dari SME Bank








Thursday, June 11, 2009

HML ZIES ENTERPRISE (Puchong)



HML ZIES ENTERPRISE menjalankan perkhidmatan Dobi yang berpusat di Taman Perindustrian Puchong Utama, dan satu-satu pusat dobi yang dimiliki oleh Puan Fazidah Joned, seorang usahawan wanita yang gigih. Beliau telah menjalankan perkhidmatan ini sejak tahun 2000 sehingga hari ini. Sehingga tahun 2007 jumlah jualannya mencecah RM400,000.00 setahun. Melihatkan permintaan yang semakin banyak, syarikat ini bercadang menaiktaraf Premis Dobi yang sedia ada ketaraf yang lebih baik dan dapat menarik pelanggan setempat. Beliau memohon pinjaman ini bagi mengembangkan dengan menambah mesin-mesin baru.







Tuesday, June 9, 2009

MINI MARKET KESUMA (Bdr Tasek Kesuma)



MINI MARKET KESUMA diusahakan oleh Usahawan Bumiputera En Mohd Kassim Abd Hashim sejak dari tahun 2002 sehingga hari ini. Dari sebuah Mini Market sebesar 1 lot kedai kini Mini Market Kesuma seluas 3 Lot Kedai. Mini Market ini merupakan pilihan utama penduduk Pangsapuri Baiduri Bandar Tasek Kesuma berbelanja harian dan barangan keperluan rumah. Sehingga tahun 2008, putaran jualan adalah RM154,000.00. Dengan jumlah urusniaga sebanyak itu beliau bercita-cita menyewa sebuah lah lot bagi membesarkan Mini market beliau kepada 4 lot dan akan menambahkan lagi ruang niaga. Beliau memohon Pembiayaan dari SME Bank.







Monday, June 8, 2009

BUSANA UMIE

Puan Salina Ibrahim adalah pemilik BUSANA UMIE, menjual pakaian siap wanita, tempahan dan juga aksesori wanita di Bazaar Rakyat Seri Kembangan yang dianggap sebagai satu-satunya UPTOWN di kawasan tersebut. Beliau bekerja kuat untuk memajukan perniagaan yang sangat diminati ini. Walaubagai manapun masih tidak cukup modal untuk membanyakkan lagi stok pakaian dan stok lain disamping memerlukan peralatan menjahit yang terkini bagi memajukan konsep "tempahan pakaian" sekali gus ingin membekal kepada butik-butik disekitar Lembah Klang. Semuga dengan permohonan TEKUN dapat membantu BUSANA UMIE lebih maju









NAZUDA ENGINEERING SDN BHD (Seremban)





NAZUDA ENGINEERING SDN BHD, adalah sebuah syarikat kejuruteraan elektrik milik 100% Bumiputera dan berdaya maju di Senawang, Negeri Sembilan. Mula giat dalam kontak-kontrak Kejuruteraan Letrik sejak tahun 2005. Diterajui oleh En Nazri Ali yang mempunyai pengalaman dalam bidang Kejuruteraan Letrik keluaran Pusat Latihan Kejuruteraan Elektik MARA. NESB pernah mencapai pusingan kerja sehingga RM740,000 setahun pada tahun 2006. NESB tahu saingan terlalu senget dalam kerja-kerja kejuruteraan elektrik, tatpi yakin dengan perkembangan pembangunan domestik sekarang ini, kerja-kerja Kontrak Kejuruteraan Elektrik sentiasa ada. Beliau memohon pembiayaan dari pihak bank bagi membantu pusingan modal syarikt beliau.











Saturday, June 6, 2009

JAZ AGRO FARM



JAZ AGRO FARM sebuah perniagaan perkongsian yang diusahakan oleh 3 usahawan dari Rawang Selangor, En Arbain Abd Ghani, En Zul Atfi Mohd Ghazali dan En Jalal Mohd Yusuf, dengan Projek Pertenakan Ikan Keli berlokasi di Kampung Melayu Batu 16 dan Kampung Sungai Buaya. Mereka telah mengeluarkan modal hampir RM20,000 tanpa bantuan mana-mana Institusi Kewangan bagi memajukan Perniagaan yang berpontensi ini. Sehingga hari ini jumlah ikan keli yang diternak adalah dalam lingkungan 100,000 ekor dan boleh dijual dalah jumlah berat 1.4 tan apa bila di tuai. Memandangkan harga Ikan Keli yang Stabil dalam lingkungan 4.30-4.50 sekilo dan permintaan yang semakin meningkat Jaz Agro Farm berpendapat perniagaan ini berdaya maju. Beliau memohon dari Dana TEKUN bagi menambahkan modal perternakan.