relax song

Friday, February 6, 2009

MAGHNA ENTERPRISE (N SEMBILAN)


Maghna Enterprise adalah sebuah perniagaan menjual VCD, Cenderamata, Peralatan Rumah, Alat Tulis dan Pelbagai keperluan di Taman Semarak Nilai sejak dari tahun 1995. Diusahakan oleh En Sukumaran setelah ibunya meninggal dunia dan meneruskan perniagaan ini sehingga hari ini. Mempunyai 2 premis di Taman Semarak dan di Taman Cempaka Nilai. Berusaha untuk membuka sebuah kedai lagi di Nilai 3. Nilai urusniaga bulanan adalah antara RM80,000 hingga RM100,000 sebulan. Beliau memerlukan pembiayaan dari pihak institusi kewangan bagi memajukan lagi perniagaan ini.








Thursday, February 5, 2009

RESTORAN KOTA ANGGERIK (SHAH ALAM)




Retoran Kota Anggerik adalah sebuah Restoren yang dikenali ramai di Seksyen 7 Shah Alam. Dengan urusniaga antara RM3000-RM4000 sehari pelbagai jenis makanan dihidangkan oleh Restoran ini dan kebanyakan pelanggan adalah dikalangan penduduk Shah Alam Seksyen 7 dan kawasan sesekitarnya. Restoran Kota Anggerik ingin mengembangkan perniagaannya dan membuka satu lagi cawangannya di Seksyen 24 di kawasan Kolam Memancing Ikan dengan Nama DANAU ANGGERIK. Memohon pembiayaan dari SME Bank bagi meningkat dan memajukan lagi Restoren ini dengan Konsep yang lebih Esklusif




Wednesday, February 4, 2009

SYARIKAT SELAMAT KHALIL SDN BHD (MELAKA)


Syarikat Selamat Khalil Sdn Bhd, adalah sebuah syarikat Bumiptera sepenuhnya di terajui oleh En Selamat Khalil dan Puan Zaini, sebagai Kontraktor Kejuruteraan Elektrik Bumiputera yang terbesar di Melaka. Syarikat ini telah mula bertapak sejak awal 1990an sehingga hari ini. Mempunyai bangunan sendiri dan hampir 30 kakitangan. Nilai urusniaga adalah dalam lingkungan RM7 juta sehingga RM10 juta setahun. En Selamat Khalil juga telaha melahirkan ramai kontraktor Bumiputera yang lain agar dapat bersaing dengan sihat dalm bidang yang sama.









Friday, January 16, 2009

MS ISHAK ENTERPRISE


MS ISHAK ENTERPRISE adalah sebuah perniagaan yang dijalankan sekeluarga. Syarikat yang menjalankan perniagaan Pengangkutan, Cuci Kenderaan dan Membaiki Barangan Elektrik cukup terkenal di sekitar Nilai dan bandar Baru Nilai kerana diusahakan oleh Bumiputera dan adik beradik keseluruhannya. Perniagaan hanya dijalankan disekitar kawasan rumah, namun MS ISHAK ENT telah bertekat untuk membaikpulih premis perniagaan supaya perniagaan ini berbentuk lebih teratur. Pusingan modal setahun masa kini adalah dalam lingkungan 300,000 hingga 350,000 setahun tak termasuk perniagaan pengangkutan. Sekiranya mendapat pembiayaan syarikat keluarga ini akan pergi lebih jauh lagi di masa akan datng








SELAKA WELDING WORKSHOP


SELAKA WELDING WORKSHOP satu-satu workshop Kimpalan yang diusahakan oleh pengusaha wanita dari Sarawak. Bumiputera Sarawak bernama Selaka Anak Banggung ini telah mengusahakan Bengkel ini sejak tahun 2004 sehingga sekarang. Mendapat sambutan yang baik. Bengkel ini terletak di jalan Labu ke Nilai. Memohon kemudahan dari SME Bank supaya bengkelnya dapat dinaikkan taraf dan dan boleh menerima jumlah kereta yang lebih banyak.








MERCU JAYA ELEKTRIK (MELAKA)







MERCU JAYA ELEKTRIK diterajui oleh En Mustafa Bachik dan syarikat ini adalah sala satu daripasa beberapa syarikat Bumiputera yang bergiat dalam Industri Kontraktor Elektrik. SEhingga hari ini anggaran urusniaga setahun adalah dalam lingkungan 650,000. Mercu Jaya Elektrik memerlukan bantuan kemudahan bank dalam lingkungan 300,000 bagi menjalankan kontrak-kontrak besar. Syarikat ini pertama kalinya memohon pinjaman dari SME BANK bagi tujuan pembiayaan kontrak sebanyak 300,000. Walaupun mempunyai cukup modal tetapi tambahan modal "standby" dapat meyakinkan lagi urusniaga berjalan lancar



Friday, December 26, 2008

SULAIMAN YAT CABLE JOINTING (MELAKA)


SULAIMAN YAT CABLE JOINTING sebuah syarikat kontraktor bumiputera beroperasi di Melaka, dan melibatkan diri dalam kerja-kerja Kontraktor Pemasangan Kabel dan penyambungan Kabel dengan Tenaga Nasional. Hanya 4 buah syarikat di Malaysia yang diiktiraf kerja-kerja penyambungan Kabel ini, dan SULAIMAN YAT adalah satu dari 4 buah ini. Dengan pusingan kerja antara 700,000 hingga 1,000,000.00 setahun SULAIMAN YAT ingin memperbesarkan perniagaan nya dengan mendapat pembiayaan dari beberapa Institusi Kewangan. Atas status Bumiputera ini, SULAIMAN YAT ingin mendapat pembiayaan dalam lingkungan 500,000 agar kerja-kerja kontraknya dengan TNB dapat disempurnakan.